Minisode : Niysa

1.7K 171 2
                                    

Sunyinya.

Senyapnya.

Kegelapan memenuhi mata.

Kenapa?

Adakah aku sudah buta?

"Aaaahhhhhh!!!" Niysa menjerit sekuat hatinya.

Cahaya tiba-tiba hadir dan dia melilau melihat sekeliling. Eh? Aku tak buta.

Hanie yang baru sahaja memetik suis lampu menghela nafas lega. Ingatkan apalah tadi.

"Niysa, relax. Kami di sini." Ujar Aineen lalu turun dari katilnya dan berjalan ke arah Niysa. "Alhamdulillah. Sedar pun." Sambungnya.

Rengusan marah dilepaskan oleh Aisyah. "Saya ingatkan apalah tadi. Baru nak lena."

"Ya Allah, saya ingatkan saya dah buta tadi. Alhamdulillah, saya sudah sedar. Saya tidak buta." Niysa mengucapkan syukur berkali-kali.

Hanie menggelengkan kepalanya. "Kenapalah awak sedar masa malam-malam. Sudahlah terus jerit-jerit. Nasib tak kena serangan jantung tadi." Bebelnya.

Tling!

Satu mesej masuk ke telefon Aisyah. Oh, Umi rupanya.

Kakak rasa ada yang sudah sedar. Niysa ya? Jikalau benar, tidak sia-sialah kekuatan naluri kakak mengejutkan kakak pada malam-malam begini.

"Tengok, Kak Umi pun terjaga." Kata Aisyah dalam nada yang sedikit tinggi. Sambil itu, dia membalas mesej yang baru sahaja diterima.

"Yalah, maafkan saya. Sudah takdir Allah untuk saya sedar malam ni." Keluh Niysa lalu membaringkan dirinya dan kemudian menarik selimut.

"Eh, dia pula tidur dulu." Ucap Aisyah, tidak puas hati.

Tawa kecil terbit di bibir Aineen. "Sudah-sudah. Mari tidur." Dia berkata lalu melelapkan mata.

"Saya tutup lampu dulu." Kata Hanie lalu menekan suis lampu.

Klik!



















































Aisyah terkebil-kebil dalam kegelapan.

"Ah sudah. Aku pula yang tak boleh tidur."

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now