Bab 3

2.6K 240 8
                                    

Mereka berlima meronda kawasan akademi secara berkumpulan bagi mencari pelajar-pelajar yang tiada di dalam Dewan Intan Berlian. Niysa sering kali menghela nafas berat. Matanya pula melilau ke sana ke mari. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. 

"Niysa, awak okey?" Soal Hanie. Dia mendekati Niysa lalu menghulurkan buku kecil. 

Niysa menyambut huluran tersebut. Dia tersenyum lalu bertanya. "Yaasin?" Hanie mengangguk. "Terima kasih."

Aisyah, Aineen dan Yazmin yang melihat tersenyum kecil. Mereka bertiga yang mengambil tempat sebagai penunjuk arah mula mempercepatkan langkah. Ketika lalu di hadapan tandas perempuan yang berdekatan dengan bilik J-Qaf,  kedengaran bunyi yang agak ganjil.

Screech... Screech... Screech...

"Bu-bunyi apa tu? Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim..." Aineen berbisik sendirian. Tangannya menggigil ketakutan.

Yazmin dan Aisyah menjenguk ke dalam tandas perempuan. Tiada apa-apa yang mencurigakan kelihatan.

Screech... Screech... Screech...

"Ya Allah, bunyi apa tu? Peliknya." Bisik Aisyah kepada Yazmin. Yazmin hanya menjongketkan bahunya.

Secara tiba-tiba, salah satu pintu tandas terbuka dengan sendirinya. Terdapat sekujur tubuh keluar daripada tandas tersebut secara merangkak. Rambutnya melurut sehingga ke lantai.

"Hantu!!" Jerit Yazmin dan Aisyah serentak. Serta-merta mereka berlima berlari meninggalkan kawasan itu.

Beberapa minit berlari, mereka terserempak dengan sekumpulan guru yang sedang meronda. Muka mereka yang pucat itu jelas kelihatan pada pandangan guru-guru yang sedang meronda.

"Kamu kenapa? Muka macam baru lepas nampak hantu." Tutur Ustaz Taufiq. Entah kenapa beliau membawa lampu dalam suasana yang terang begini.

Aineen tersengih. "Betullah apa yang ustaz cakap tu." Balasnya.

"Mereka dah bertindak nampaknya." Ujar Ustaz Taufiq. Beliau juga mempunyai deria keenam seperti Niysa.

Tidak lama kemudian, muncul sekumpulan pelajar lelaki sedang mara ke arah mereka semua.

"Eh, Ahnaf." Ucap Hanie tanpa sedar.

Yazmin tersenyum sinis. "Amboi, amboi, Hanie." Katanya sambil menyenggol bahu Hanie. Terus sahaja Hanie menekup mulutnya menggunakan tangan.

Ustazah Aminah mendekati kumpulan tersebut. "Kamu semua pun meronda juga ke? Siapa suruh?" Soalnya.

Fazli mara ke hadapan lalu menjawab. "Cikgu Fazleenda yang suruh tolong, ustazah." Dia membetulkan songkoknya yang senget kemudian menyambung lagi. "Malangnya, tak ada seorang pun lelaki yang boleh nampak makhluk halus yang nak ikut. Mereka semua takut."

"Hahaha... Niysa pun berani tau." Potong Aisyah. Tangannya disilangkan ke dada.

Niysa mengangkat tangan sebagai isyarat supaya semua yang berada di situ senyap. "Tadi, ada sesuatu dalam tandas perempuan jadi, kita kena siasat siapa punca semua ni." Ulasnya.

"Siapa? Orang ke?" Tanya Ahnaf.

Niysa mengangguk. "Mungkin seseorang dalam akademi ni yang buka pelindung tu sebab mengikut bacaan saya, pelindung tu tak boleh dibuka daripada luar." Jelasnya.

"Tapi boleh je kan orang tu masuk lepastu dia buka. Kemudian, dia keluar semula." Tukas Hanif.

Aineen mengangguk perlahan. "Betul juga tu. Tapi, mana ada orang luar boleh masuk akademi ini."

"Sebab tu lah kita kena siasat."

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now