Bab 6

2.4K 235 2
                                    

Aineen, Aisyah dan Yazmin menawarkan diri untuk berjumpa dengan guru yang bertugas. Hanie dan Niysa pula menunggu mereka di dalam perpustakaan.

"Awak rasa, betul ke pasal benda tu?" Soal Hanie. Dia bermain dengan penselnya yang diselitkan di celah jari.

Niysa menganggguk yakin. "InsyaAllah, itulah buktinya. Disebabkan buku itu masih ditulis oleh seseorang, senang untuk kita jejak kebenaran tentang kejadian ini." Katanya lalu menyandarkan diri ke kerusi kemudian berpeluk tubuh.

"Agak-agaknya kan, siapa yang tulis buku tu, ya?" Hanie menyoal kemudian membetulkan tudungnya yang senget. Dia tertanya-tanya tentang penulisan buku tersebut kerana kejadian yang berlaku di Akademi Dary pada tahun lepas pun telah ada.

Niysa hanya menjongketkan bahunya. "Saya pun tak tahulah, Hanie." Balasnya.

Setengah jam kemudian, Aineen, Aisyah dan Yazmin muncul di perpustakaan dengan kertas di tangan. Mereka mengambil tempat lalu mula berbincang.

"Cikgu Fazleenda kata, mungkin juga ada kaitan dengan kelima-lima pelajar lelaki sebelum kita itu. Kelima-lima pelajar tersebut mempunyai kelebihan yang berlainan seperti kita berlima. Merekalah yang dibawa oleh Cikgu Masyitah untuk diberi makan kepada sakanya itu. Kemungkinan, mereka inilah yang mampu untuk menutup semula pelindung akademi ini." Jelas Aineen.

"Cikgu Masyitah perlukan mereka untuk buka pelindung itu supaya keluarganya yang mempelajari ilmu hitam dapat memasuki akademi ini. Namun, disebabkan dua orang sahaja yang sempat dia beri makan kepada sakanya itu, pelindung ini tidak dapat dibuka dengan dua kelebihan sahaja." Hujah Aisyah pula.

Niysa meletakkan tangannya ke atas meja. "Wait, wait, wait. Jadi kita tak bolehlah nak buka sebab dah ada dua orang yang meninggal dunia iaitu abang Azwan dan abang Ramzi. Lagi satu, mesti mereka sudah bekerja kerana kejadian itu sudah berlaku pada lapan tahun yang lepas." Tuturnya, risau.

Hanie menggumam. "Uish, seramnya bila teringat tentang kejadian tu."

Yazmin ketawa lalu tersenyum. "Niysa, kan ramai lagi pelajar dekat akademi ni. Carilah orang lain, apa susah?" Cadangnya.

Niysa mengangguk sambil mengusap dagunya. "Hmm... Ya tak ya juga kan?"

"Adik-adik... Buat apa di sini? Siapkan kerja sekolah?" Satu suara menerjah dari belakang. Gadis-gadis itu menoleh.

Umi dan Syahirah tersenyum manis sebaik sahaja mereka berlima menolehkan kepala. Mereka mendekati meja gadis-gadis itu.

"Kalian buat apa tu? Eh, tak ada buku sekolah pun? Oh, ini mesti bincang tentang pencarian punca semua ni kan? Macam mana? Ada jumpa apa-apa tak?" Soal Umi sambil tersenyum. Syahirah yang berada di sebelahnya hanya menganggukkan kepala.

Kelima-lima gadis itu tersenyum ke arah mereka. Secara tiba-tiba, Yazmin bangkit lalu bergerak dengan pantas. Dia mengeluarkan sesuatu daripada poketnya lalu...

PAK!

Dia melempar benda tersebut sehingga tepat terkena pada dahi Umi. Umi terjatuh bagai terkena sedas tembakan pistol. Syahirah yang terkejut terus sahaja menyambut Umi. Dia berpaling ke arah Yazmin lalu menunjukkan bahasa isyarat yang menunjukkan bahawa yang dia sedang marah.

"Yazmin, kenapa ni?" Soal Aisyah. Dia mendekati Yazmin yang sedang berdiri tegak.

"Kak Umi bercakap lebih keras daripada biasa dan tak lembut macam yang dia selalu cakap. Kak Umi bukannya seorang yang banyak tanya, tau. Jadi, saya lempar kain yang diletakkan ayat suci yang selalu saya simpan dalam poket. Kan betul apa yang saya fikirkan... Tengok, dia pengsan tu." Terang Yazmin sambil berdiri dengan tegak. Dia menudingkan jari ke arah Umi yang tidak sedarkan diri di atas peha Syahirah.

Niysa, Hanie dan Aineen yang masih lagi duduk di atas kerusi ternganga besar. Cekap sungguh!

Niysa menoleh ke arah kedua-dua senior mereka itu. Dia ternampak sesuatu yang bewarna hitam keluar dari tubuh Umi. Sesuatu yang bewarna hitam itu berpusing-pusing dahulu buat beberapa ketika lalu lesap daripada pandangan.

"Betul apa yang awak kata, Yazmin." Niysa berkata dengan serius. "Kak Syahirah, tolong bawa kak Umi pergi bilik Afiat. Sapukan minyak angin di kepalanya, ya. Terima kasih." Pinta Niysa lalu melakukan tunduk hormat. Syahirah mengangguk lalu memapah Umi keluar dari perpustakaan.

Aineen berdiri sambil memegang sebuah buku. "Pelik pula sebab tak ramai pun orang yang datang ke perpustakaan ni. Besar kot perpustakaan ni. Tak akanlah kita berlima je." Katanya sebelum menuju ke kaunter bagi meminjam buku.

Hanie pula berdiri. "Semua berkurung dalam bilik sebab takut kot. Sebab itulah tak ada sesiapa di sini kecuali kita dan ketua pengawas. Oh, saya nak naik tingkat atas kejap. Nak cari novel fantasi. Bye-bye." Ujarnya sebelum menuju ke tangga perpustakaan.

Yazmin, Aisyah dan Niysa ditinggalkan di situ kebosanan. Mereka melentokkan kepala ke atas meja.

"Saya rindu baju sekolah kita yang dulu. Tak dapat saya merasa pakai kain ungu tu dah." Keluh Yazmin.

Niysa tersenyum kecil. "Tak apa. Baju ni menandakan yang kita ini istimewa." Katanya.

"Tapi kadang-kadang saya tak suka sebab orang suka tengok-tengok. Bukannya pelik pun kita berlima ni." Aisyah meluahkan isi hatinya.

"Alah, itu bermaksud mereka tu jealous..."Pintas Niysa dengan gayanya. 

"Yelah tu." Ucap Yazmin lalu mereka bertiga ketawa geli hati.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now