Minisode : Hanie

1.9K 178 6
                                    

Bosan. Itu yang dirasakan olehnya. Sejak sedar daripada koma, dia berasa keseorangan. Yalah, dia seorang sahaja yang baru sedar.

Tangan yang dicucuk dengan jarum yang disambungkan dengan beg air, dilihatnya. Makanan yang terasa tawar dikunyah perlahan-lahan.

Sungguh, dia terasa seperti mahu menjerit akibat terlalu bosan.

Sahabat-sahabatnya yang masih terbaring di atas katil, direnungnya.

"Bila kalian mahu bangun?"

Air mata yang dari tadi bertakung mula mengalir perlahan-lahan.

Semua ini adalah salahnya.

Jika dia tidak mencabut tali jodoh Xyphea Cressent, perkara ini tidak akan berlaku.

Apa yang akan jadi jika sahabat-sahabatnya tidak sedarkan diri?

Adakah dia akan hidup berseorangan?

Adakah dia akan dipersalahkan?

Adakah mereka akan dipertemukan di akhirat?

Wallahi, hanya Allah yang tahu.

*****

Krek~

Pintu hospital dibuka perlahan-lahan.  Terjengul satu wajah di muka pintu.

Hanie menoleh ke arah pintu. Matanya yang terasa kabur dikecilkan agar dapat melihat dengan lebih jelas.

"Assalamualaikum, Hanie." Seorang jejaka jalan mendekatinya dengan sebakul buah di tangan.

"Waalaikumussalam. Siapa ya?" Soal Hanie dengan penglihatan yang samar-samar.

Jejaka itu mengeluh perlahan. "Ini saya, Ahnaf." Balasnya.

Hanie mengangguk perlahan. "Oh, Ahnaf. Duduklah."

"Maaf mengganggu awak makan." Ujar Ahnaf sekadar berbasa-basi.

"Tak apa." Balas Hanie sambil menyambung makan. Tudung yang terasa senget dibetulkan.

Ahnaf tahu, Hanie berasa bosan. Maka dengan itu, dia membuat keputusan untuk datang melawat pada hari ini.

"Awak rasa macam mana? Semakin sihat?" Soal Ahnaf, risau. Sungguh, wajah lesu yang berada di hadapannya itu begitu meragut jiwanya.

Hanie tersenyum kecil. "Biasa-biasa saja. Tak apa, awak jangan risau. Kalau saya ada teman, In Sha Allah, saya akan rasa semakin sihat. Yalah, saya kan selalu seorang-seorang." Bebelnya.

Ahnaf ketawa kecil. Hanie pula hanya mengukir senyuman.

Hari itu, mereka berbual sehingga lewat malam.

























































"Apa kamu berdua buat ni?!" Marah Tuan Ramli tatkala membuka pintu bilik pada malam itu.

"Errr... Kami... Berbual?" Jawab Ahnaf tergagap-gagap. Hanie pula telah pucat wajahnya.

"Ahnaf, balik sekarang!"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now