Bab 13

2.1K 212 0
                                    

Pagi itu, semua pelajar merentasi pokok-pokok yang banyak bagi menuju ke akademi. Mereka berjalan bersama lampu picit yang telah diberikan oleh guru.

Niysa, Aineen, Yazmin, Aisyah dan Hanie berjalan bersama-sama dengan lampu picit di tangan. Masing-masing hanya berjalan tanpa berdecit sekali pun. Buat beberapa ketika, Fazli dan Ahnaf muncul di sebelah mereka.

"Assalamualaikum." Fazli memberi salam.

"Waalaikumussalam." Jawab gadis-gadis itu dengan serentak.

Secara tiba-tiba, Fazli dan Ahnaf mengeluh kuat. "Kenapa?" Soal Aisyah, prihatin.

Fazli berkata dengan wajah kelat. "Hanif masih belum dijumpai. Kami risau kerana takut ada apa-apa yang terjadi kepada adik angkat kami tu." Dia meraup mukanya berkali-kali.

Suasana menjadi hening. Fikiran mereka menerawang mengenai kejadian yang berlaku.

"Hana dan Hanani pun sama nasibnya. Bukan tu saja, ketua pelajar pun hilang sekali. Maya pula masih dirawat kerana keadaannya yang lemah." Tutur Niysa, sedih. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh. Hanie turut bersedih apabila terlihat sahabatnya menangis.

Aisyah dan Yazmin hanya menghalakan pandangan ke bawah. Tiada apa yang perlu dikatakan sekarang ini. "Kenapa semua ini terjadi? Urgh!" Aineen berkata kuat sambil memegang kepalanya akibat kesedihan dan kemarahan yang melampau.

Buk!

Yazmin dilanggar oleh seseorang. Belum sempat gadis itu menoleh, seorang jejaka telah berlari melepasinya terlebih dahulu. 

"Maaf!" Jerit Farhan lalu berlari menuju ke akademi sambil membetulkan tali lehernya yang senget.

"Tak guna kau!" Jerit Yazmin namun tidak sempat mengejar Farhan kerana sebahagian daripada tudungnya telah menutup muka. Dia membetulkan kedudukan tudungnya dengan marah.

Ahnaf seperti terkejut. "Eh, itu kan..." Dia menoleh ke arah Hanie. "Tali..."

"Shh!" Hanie mengarahkan Ahnaf supaya menutup mulut. "Awak jangan cari gaduh ya, Ahnaf." Ujarnya sambil memberikan jelingan tajam.

Segera mata Hanie ditutup oleh Aineen. "Hei, jangan tengok lelaki ajnabi lama-lamalah." Tegurnya lalu membuatkan Hanie berasa malu.

Yazmin yang mengamuk ditenangkan oleh Aisyah dan Niysa. Pelajar-pelajar yang berada di sekeliling hanya memerhati. Ada yang berbisik-bisik, ada yang ketawa, ada juga hanya memandang kosong.

"Eh, apa renjis-renjis ni?" Marah Yazmin sebaik sahaja terasa ada air direnjiskan ke mukanya. 

"Dah awak marah sangat, saya renjiskanlah air Yaasin yang ada dalam botol saya ni." Kata Niysa dengan botol yang berada di tangan.

Mereka yang bising-bising di situ ditegur oleh Tuan Ramli yang berjalan di belakang sekali. "Jalanlah cepat. Jangan main-main!"

"Baik tuan." Jawab mereka semua serentak.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now