Bab 23

1.9K 182 7
                                    

Hanie, Niysa, Aisyah, Yazmin dan Aineen terpempan tatkala terlihat sebuah lorong yang dipenuhi dengan bayangan hitam. Kelihatan beberapa orang pelajar ditarik keluar dari bilik-bilik yang berada di hadapan mereka.

Niysa menjenguk ke luar bilik. Begitu juga dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Belum sempat mereka membuka mulut bagi menyatakan kegembiraan, diri mereka ditarik oleh bayangan hitam yang memenuhi ruang tersebut dan dibawa pergi.

Hanie menutup telinganya menggunakan kedua-dua tangannya. Jeritan dan lolongan pelajar jelas kedengaran. Selepas beberapa minit dalam keadaan yang sebegitu, akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan yang luas.

"Tempat ini, bagaikan dewan peperangan." Tutur Aisyah, gerun. Yazmin menganggukkan kepalanya bagi mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

Hanie memeluk sahabat-sahabatnya itu. Dia menangis kegembiraan setelah beberapa hari tidak bersua.

"Cengkung muka awak." Ucap Aineen dan kata-kata itu membuatkan Hanie tersenyum kecil.

Semakin lama, semakin penuh dewan tersebut kerana dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang telah diculik. Kemudian, mereka terlihat tiga orang pelajar berlari-lari anak ke arah mereka.

"Kakak!!" 

Kelima-lima gadis itu terdiam. Air mata mengalir perlahan. Ketiga-tiga pelajar yang berada di hadapan mereka kini kelihatan amat kurus dan tidak terurus.

Hana, Hanani dan Hanif terduduk di hadapan mereka berlima. "Waa... Lamanya tak jumpa. Sudahlah kami terpisah di sini. Mujur kami ada telepati." Kata mereka seraya menangis.

Alat komunikasi yang berada di telinga ditekan oleh Yazmin. "Fazli, ramainya pelajar yang telah diculik. Berapa orang?"

"250?" Jerit Hanie yang terdengar jawapan Fazli.

Keadaan menjadi sunyi. Bukan kerana jeritan Hanie, tetapi kerana kehadiran Xyphea Cressent yang berada di udara. Tongkat saktinya itu bersinar-sinar sehingga menyilaukan mata. Senyuman sinis terbias di wajahnya dengan jelas.

Seorang jejaka mara ke hadapan dalam keadaan yang marah. Dia menjerit kuat. "Tak guna kau! Apa kau nak dengan kami?"

"Izzat..."

"Abang Izzat..."

Suara Izzat telah memberikan sinar harapan kepada mereka semua. Siapa yang tidak kenal, ketua pelajar yang sangat gagah dan amat mahir dalam seni mempertahankan diri. Walaupun dialah orang pertama yang menghilang, namun tubuhnya yang masih kelihatan gagah sering memberikan para pelajar semangat yag tidak terhingga.

Xyphea Cressent ketawa mengilai. Dia kelihatan amat gembira dengan pelajar-pelajar yang berkumpul di hadapannya itu. "Haha! Akhirnya, kalian semua berada di sini. Tenaga kalian yang kuat itu telah memberikan kuasa kepada tongkat sakti aku ini! Dengan kelebihan kalian, tiada sesiapa yang dapat kalahkan aku!"

"Allah akan membantu kami! Engkau tidak kuat. Sesungguhnya Allah itulah yang maha kuat!" Jerit seorang pelajar perempuan.

Xyphea Cressent menjelingnya. "Allah itu orangkah? Aku sedang merujuk kepada orang sekarang ini."

"Sungguh biadap kata-katamu. Allah itu tuhan kami. Dengan kuasaNya, kami akan menjadi kuat dan dapat menumpaskan kau. Kau bukan sesiapa bagi kami. Engkau tidak kuat!" Jerit seorang pelajar lelaki pula. Wajahnya merah menahan marah dan penumbuknya dikepal-kepal.

"Hahahaha! Benar? Mari aku tunjukkan siapa yang kuat sekarang ini." Ujar Xyphea Cressent lalu menarik seorang gadis yang sedang memegang tangan sahabatnya dengan erat. Sebaik sahaja pegangan tangan mereka terlepas, gadis itu meraung ketakutan.

Bertambah kuat gelak tawa Xyphea Cressent apabila terdengar raungan itu. Dia menyuakan permata yang berada di tongkatnya itu ke kepala gadis itu. Gadis itu terjerit-jerit kesakitan.

"Lepaskan aku. Tolong, sakit!" Jerit gadis itu dengan bersungguh-sungguh. Semua pelajar yang melihat dari bawah ternganga besar.

Beberapa orang pelajar turut menjerit sama. 

"Kakak, kenapa mereka menjerit sekali?" Soal Hanif, ketakutan. 

Aineen mengetap bibirnya kemudian menjawab. "Semua yang sedang menjerit di hadapan kita ini adalah pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan untuk mengesan tahap ketakutan seseorang. Mereka menjerit kerana berasa terganggu akibat tahap ketakutan gadis itu yang telah mencapai tahap maksimum.

"Sakit? Pastilah rasa sakit kerana deria keenam kalian itu sudah sebati dalam diri kalian. Hah, jangan bimbang. Aku hanya akan mengambil sedikit kekuatan kalian untuk membawa masuk sahabat-sahabatku ke dalam akademi kesayangan kalian itu. Kalian akan rasa apa yang gadis ini rasa!" Laung Xyphea Cressent dengan kuat lalu melepaskan gadis itu.

Rakan-rakan gadis itu menyambutnya. Niysa terus berlari ke arah mereka. "Awak okey?" Soal Niysa lalu mula memeriksa keadaan gadis itu. Sebagai ahli bulan sabit merah, dia tidak boleh melihat gadis itu terseksa.

Niysa melihat setiap pergerakan Xyphea Cressent. Apabila wanita itu tidak melihat mereka, dia segera mencucukkan sesuatu pada badan gadis yang terbaring lemah itu. Kemudian, dia membaca keadaan gadis itu pada monitor kecil yang berada di pergelangan tangannya.

"Degupan jantung, okey. Keadaan aliran darah, okey. Semua nampak baik. Cuma satu sahaja yang kurang, kelebihan awak telah berkurang. Ya Allah, kembalikanlah kelebihan gadis ini semula. Awak, jangan bimbang ya. Kami akan bawa semua orang keluar dari sini." Ujar Niysa bagi menenangkan gadis itu. Gadis itu tersenyum pahit.

Selepas itu, Niysa kembali kepada sahabat-sahabatnya dan menceritakan keadaan gadis itu.

*****

Fazli, Maya, Ahnaf, Umi dan Syahirah hanya mendengar sahaja perbualan gadis-gadis itu dengan tekun. Wajah masing-masing berubah apabila terdengar kata-kata yang tidak menyenangkan hati.

Suluhan lampu terpancar tepat pada wajah mereka semua termasuklah Razif. Wajah ditutup menggunakan tangan dengan segera.

Tuan Ramli dengan beberapa orang guru tercengang melihat keberadaan pelajar mereka yang berada si situ.

"Apa kalian buat di sini?!"





Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now