Bab 9

2.1K 221 1
                                    

Mereka membawa Maya ke surau. Ustaz yang berada di dalam surau tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran mereka.

"Kenapa?" Tanya ustaz itu lalu mula mengeluarkan alat-alat penyembuh dari almarinya.

"Sihir, ustaz." Jawab Irdawati sambil meletakkan Maya di atas karpet surau.

"Astaghfirullahalazim." Ucap ustaz itu sambil meraup wajahnya.

Sebaik sahaja ustaz itu memulakan bacaan, sembilan orang pelajar itu duduk di sisi Irdawati.

Maya sudah terjerit-jerit seperti orang yang hilang arah.

Niysa menutup matanya manakala Aineen pula memegang tangannya erat-erat. Aisyah dan Yazmin pula hanya menundukkan kepala. Namun, Hanie fokus pada proses tersebut.

Hanie kelihatan tidak senang duduk. Dia hampir memegang tangan Ahnaf yang berada di sebelahnya.

"Ahnaf... Ahnaf." Sebutnya seperti ketakutan.

Ahnaf menoleh ke arah Hanie yang tidak jauh daripadanya. "Kenapa?"

"Tu. Nampak tak tu? Kat tangan dia tu. Warna tali dia tu..." Ujar Hanie sambil menunjukkan ke arah tangan Maya.

Ahnaf mengecilkan matanya kemudian tersedar. "Allahuakbar. Tak boleh jadi ni."

"Niysa, bantu kami. Tolong buka mata awak dan lihat apa yang ada pada Maya." Pinta Hanie. Niysa membuka matanya perlahan-lahan lalu mengangguk.

"Yazmin, saya minta sangat pada awak supaya buka minda awak luas-luas. Tolong dengar suara hati seseorang yang tiada di sini." Pinta Hanie lagi.

Yazmin mengerutkan dahinya. "Macam mana? Dia tiada di sini." Ujarnya.

Aineen memegang bahu Yazmin. "Yazmin, buat saja." Suruhnya dan Yazmin pun mengangguk.

Mereka buat apa yang disuruh. Ustaz itu hanya mendiamkan diri kerana dia tahu apa yang terjadi. Irdawati pula cuba untuk melihat masa silam Maya bersama Aisyah.

Niysa terkejut. Apakah sesuatu yang dia nampak itu benar?

"Niysa, dekat mana?!" Soal Hanie, cepat. Niysa menunjukkan ke arah sisi Maya.

"Ahnaf, saya tak boleh sentuh lelaki." Ujar Hanie. Ahnaf mengangguk faham.

Fazli hanya menonton apa yang sedang terjadi dengan gusar. Apa yang paling dia risaukan ialah Maya.

Ahnaf mengambil sebiji bola kecil yang berada poketnya. "Bismillah...." Dia mula membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi serta surah Yaasiin daripada ayat satu hingga sembilan. Walaupun cepat bacaanya, namun butirnya masih boleh didengar dengan jelas.

"Allahuakbar!" Ahnaf menjerit tanpa mengganggu ustaz yang sedang mengubati Maya itu.

Ahnaf menekan bola tersebut ke sesuatu yang ghaib. Jika dilihat oleh orang lain, dia hanya seperti menekan angin.

Ustaz itu memegang kepala Maya lalu menoleh ke arah Ahnaf. "Nak, tekan kuat lagi dan baca ayat Kursi sekali lagi."

Ahnaf melakukannya dengan sekuat hati.

Fazli bangkit lalu berlari ke arah Ahnaf. Dia seperti memegang udara sahaja kerana susuknya tidak kelihatan.

"Bagus." Ucap Aisyah dan Yazmin serentak.

Tidak lama kemudian, muncul satu susuk tubuh pelajar lelaki di hadapan Ahnaf dan Fazli.

Maya berhenti daripada menjerit. Dia kelihatan tenang lalu rebah.

"Alhamdulillah..." Ucap mereka yang berada di situ.

•••••

Hanie berterima kasih kepada Ahnaf. Ahnaf hanya menayangkan sengihan.

"What a perfect duo." Kata Aisyah sambil menjongketkan  keningnya berkali-kali. Aineen yang berada di sebelahnya menganggukkan kepala bagi mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

Niysa mendekati Hanie kemudian bertanya. "Hanie dan Ahnaf. Bagaimana kalian tahu? Ceritakan pada kami."

Maka, demi menunaikan permintaan Niysa, mereka semua membentuk satu bulatan dan duduk dengan tenang.

Ahnaf mula menyusun ayat di dalam mindanya sebelum berkata. "Begini, kami diajar oleh ustazah kami untuk mengenal pasti warna-warna tali jodoh. Tentang itu,kami tak boleh beritahulah."

"Sedang saya elok duduk diam, tiba-tiba Hanie panggil saya. Bila dia tunjuk dekat jari Maya, warna tali dia kian menghilang." Terangnya.

Hanie dan Ahnaf menolehkan kepala mereka ke arah Fazli dengan serentak. Tangan jejaka itu menjadi sasaran.

"Apa ni?!" Soal Fazli lalu menyembunyikan tangannya ke belakang.

Aineen menggelengkan kepalanya lalu menghentikan pertelingkahan. "Dah! Mari sambung."

"Kami dapat rasakan yang ada orang yang melakukan perbuatan ni. Bila saya serang pembuat tu, terkejut juga saya kerana dia itu adalah rakan sekelas Hanif. Mungkin dia telah dikawal dan dighaibkan." Jelas Ahnaf lagi. Kesemua sahabatnya itu mengangguk faham.

Hanie menyambung. "Jika warna talinya seperti itu, itu menandakan bahawa seseorang itu sudah berada di ambang kematian. Mujurlah kita semua cepat bertindak. Kalau tak Fazli pun jadi mangsa-"

"Hanie!" Suara Ahnaf bergema di dalam surau. Semua yang berada di situ terdiam termasuk Irdawati dan ustaz serta Maya yang berada di penjuru dinding surau.

Hanie menundukkan kepalanya. "Aasif." Dia meminta maaf dalam bahasa arab.

"Wah, dah macam suami je." Usik Yazmin lalu dia ketawa bersama Aisyah, Ainin, Niysa dan Fazli.

Irdawati menghampiri mereka. "Kasihan kamu semua. Semua penghuni akademi keluar untuk mengambil udara luar. Kamu semua pula kena bantu kami di sini."

"Tak apalah kak. Pelajar contoh ni." Ujar Niysa sambil menunjukkan pakaiannya dengan bangga.

"Yelah Niysa, yelah." Kata Aineen, bosan. Aisyah yang juga pura-pura bosan melentokkan kepalanya ke bahu Aineen. Yazmin pula melentokkan kepalanya ke bahu Aisyah.

Niysa ketawa kecil. "Kalian ini dah kenapa?"

Irdawati melihat jam tangannya kemudian mengeluh perlahan. "Memang tak sempatlah untuk kalian keluar kerana tinggal dua jam sahaja lagi. Sebentar lagi, pulanglah mereka yang keluar itu." Tuturnya.

Mereka semua hanya tersenyum. Kemudian, tersedar akan sesuatu.

"Eh, mana kak Umi dan kak Syahirah?"

Semua pelajar yang berada di situ tercari-cari dua orang gadis yang hilang itu.

"Lah kat situ ke." Ucap Aisyah sambil menunjukkan ke satu arah.

Kelihatan Umi dan Syahirah sedang tidur dengan nyenyak di sudut surau.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now