Bab 24

1.9K 190 5
                                    

"Ka- Kami.. Err... Kami..." Tergagap-gagap Maya bersuara. Tangannya mengenggam erat lengan milik Syahirah.

Ustazah Maisarah merenung Maya. "Kami apa? Barang apa semua ni? Apa yang kamu sedang lakukan? Mana kamu dapat semua ni?" Soalnya bertalu-talu.

Tangan Cikgu Fazleenda hinggap di bahu Ustazah Maisarah. Dia mengangkat tangannya lalu berkata. "Sabar Maisarah. Kita tanya mereka elok-elok. Mungkin mereka ada sebab."

Tuan Ramli hanya melihat sahaja gerak-geri pelajar-pelajar yang berada di hadapannya itu. Beberapa saat kemudian, Fazli kelihatan terkejut kemudian berlari ke arah komputer riba yang terletak di atas batu. Wajahnya dibasahi peluh.

"Fazli, apa kamu buat tu?" Soal Tuan Ramli yang ingin meluru ke arah Fazli namun ditahan oleh Razif. Maya berdiri di hadapan semua guru lalu menceritakan segalanya.

Kesemua guru yang berada di situ ternganga besar. Tuan Ramli kelihatan amat terkejut. Tidak lama kemudian, beliau menjerit. "Mengapa mereka berbuat begini? Mereka adalah contoh dan harapan kepada sekolah! Tidak, habislah kita nanti!"

"Sabar tuan, kami sedang mengkaji. Baiklah, saya sudah berjaya." Ucap Fazli lalu meregangkan jari-jemarinya sambil tersenyum kepuasan. Dia memegang telinganya.

"Kalian, jalan keluar sudah tersedia. Cikgu sekalian, saya ada plan."

*****

Yazmin tersenyum sinis. Kata-kata yang diberikan oleh Fazli telah membakar semangat baru di dalam hatinya. Dia mula menyebarkan berita tersebut dengan membisikkannya kepada seorang pelajar yang berada di sebelahnya. Kemudian, pelajar tersebut disuruh untuk menyebarkan kepada orang lain tanpa dapat dikesan oleh Xyphea Cressent.

Pada ketika ini, Xyphea Cressent sedang sibuk menghubungi sahabat-sahabatnya di sebuah ruangan rahsia. Tanpa dia sedari, dia telah meninggalkan pelajar yang seramai 250 orang itu bersendirian. Dia menyangka bahawa pelajar-pelajar tersebut telah berputus asa dan tidak akan lagi berusaha untuk melarikan diri.

Namun, dia silap.

Seorang demi seorang pelajar telah diarahkan oleh Niysa dan Aisyah untuk bergerak ke sebuah dinding yang telah dihancurkan oleh pelajar-pelajar lelaki yang gagah. Dinding tersebut bukanlah dihancurkan dengan menggunakan tangan namun dengan sebuah alat yang dibawa oleh mereka. Kebetulan, keempat-empat gadis itu sempat menyelit sebuah penukul ke dalam lengan baju mereka.

"Kamu semua pergi dulu, biarkan saya di sini." Ujar Izzat yang kelihatan agak penat. Aineen menggelengkan kepalanya kemudian menyuruh Izzat keluar bersama-sama pelajar yang lain. Izzat akur.

Hana, Hanani dan Hanif adalah antara pelajar yang keluar dahulu daripada tempat tersebut. Mereka memanjat tangga kayu yang telah disediakan oleh Ahnaf dan keluar daripada sebuah lubang yang telah dikorek dari tanah.

"Eh?" Ucap Ahnaf yang baru sahaja selesai menggali tanah tersebut beberapa saat yang lepas. Cikgu Hanaz yang turut membantu Ahnaf tersentak lalu melepaskan cangkulnya. Kemudian, dia menjerit kesakitan kerana kakinya dihempap cangkul.

Tuan Ramli yang sedang duduk di tepi, terkejut. Dia segera berlari ke arah lubang tersebut lalu mula menarik pelajar-pelajar yang keluar, seorang demi seorang.

"Mana kakak-kakak yang lain tu?" Soal Umi sambil membersihkan kotoran yang terdapat pada baju gadis-gadis yang berjaya meloloskan diri.

Hana menangis. "Mereka beri kami keluar dahulu dan sekarang mereka berada di sana bagi mempertahankan kita."  Ujarnya lalu memeluk Hanani.

Cikgu Fazleenda yang hadir bersama beberapa guru yang lain terpempan. Bantuan makanan yang berada di tangannya terlepas ke tanah. "Ti- Tidak. Gadis-gadis itu amanah saya. Amanah saya!" Jerit Cikgu Fazleenda sebelum satu cahaya muncul dan menyilaukan mata.

*****

Xyphea Cressent muncul dengan senyuman sinis yang sentiasa menghisai bibir mungilnya. Sebelum muncul lagi dia sudah ketawa mengilai dengan niat untuk menakutkan pelajar-pelajar yang lemah itu. 

Sebaik sahaja tiba di kawasan yang sepatutnya menempatkan pelajar-pelajar yang diculik, dia terdiam. Hanya kelihatan lima orang pelajar sahaja yang tinggal. Dan pelajar-pelajar yang tinggal itu ialah pelajar-pelajar yang ditakutinya.

"Mana yang lain? Apa yang kau dah buat?!" Raung Xyphea Cressent sambil menarik rambutnya yang panjang mengurai akibat tertekan.

Aineen, Aisyah, Yazmin, Niysa dan Hanie saling berpegangan tangan. "Kau rasa?"

Xyphea Cressent berasa terkilan. Sungguh dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi. Apa yang menyebabkan kuasanya lemah? Apa yang membuatkan pertahanannya runtuh? Dimanakah konco-konconya kini? Sesungguhnya, kuasa Allah telah membantu mereka yang teraniaya.

Wanita itu menjerit sekuat hati dan jeritan itu menakutkan kelima-lima gadis yang berada di situ. Tongkatnya bersinar lalu mengeluarkan cahaya yang sangat terang. 

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now