Minisode : Aineen

1.8K 193 20
                                    

Berseorangan.

"Di manakah aku?"

Kenapa aku seorang sahaja yang tersedar ni?

Katil ada lima. Mana lagi seorang? Mana Hanie?

Bunyi pam dari tandas kedengaran. Aineen segera menoleh ke arah punca bunyi.

Hanie keluar dari tandas dan kemunculan gadis itu membuatkan Aineen berasa lega.

"Hanie." Tegur Aineen terhadap Hanie yang tidak sedar akan kehadirannya.

Hanie terdiam seketika sebelum menoleh ke arah Aineen. "Aineen!" Laung Hanie sebelum berlari ke arah sahabatnya itu. Mereka saling berpelukan.

"Lama saya tunggu awak bangun." Ujar Hanie, teruja.

"Bila awak sedar?" Soal Aineen, hairan. Yalah, buat masa ini, Hanie dan dia sahaja yang baru terjaga.

Hanie menggeleng kesal. "Dua minggu lepas, tahu? Mereka bertiga masih belum sedar lagi. Nampaknya, lamalah kita kena tunggu." Ujarnya.

"Awak berseorangan? Jadi, siapa yang teman awak selama ni?" Soal Aineen dalam nada kesal. Mengapalah dia tidak sedar awal-awal?

"Kadang-kadang yang lain akan juga datang melawat. Tapi, yang selalu temankan saya ialah Ahnaf." Hanie berterus terang dengan wajah gembira.

Aineen ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. "Awak ni, kemain ya. Nampaknya, beberapa tahun lagi awaklah yang akan kahwin dulu." Dia serkap jarang.

"E'eh, saya pula." Bidas Hanie dengan riak jengkel. "Tapi tak apalah, kami bercadang untuk buka ejensi pencarian jodoh habis maktab nanti." Sambungnya.

"Amboi! Dah cadang macam-macam. Persekolahan pun masih berbaki dua tahun." Kata Aineen lalu ketawa. Nampaknya, sahabatnya ini sudah semakin serius mengenai hubungan mereka.

Katil Hanie yang kosong diduduki oleh pemiliknya. "Saya tak sabar nak habis sekolah. Tak sabar nak masuk Maktab Pengajian Tinggi Dary pula."

"Saya pun." Balas Aineen. Kemudian, mereka berdua merenung ke arah tingkap yang jelas menunjukkan keindahan alam yang diciptakan tuhan yang Maha Esa.

Bang!

Pintu bilik dibuka rakus. Hempasan yang kuat mengejutkan kedua-dua gadis itu. Mereka segera berpaling ke belakang.

"Tuan? Tuan nak apa ni?" Jerkah Aineen yang terkejut.

Tuan Ramli kelihatan termengah-mengah. Dia memegang daun pintu lalu membuka kata. "Ada nampak Ahnaf?"

"Tak ada, tuan. Kenapa ya?" Soal Hanie, ingin tahu. Yalah, kenapa dikaitkan dengan jejaka itu?

Nafas ditarik dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan.

"Dia lari dari sekolah lepas habis kelas. Saya yang kebetulan jaga pagar ternampak dia. Sekarang musim gerak gempur PAT (Peperiksaan Akhir Tahun). Mana boleh ada yang keluar." Bebel pengetua sekolah itu. 

Secara tiba-tiba muncul seorang jejaka di balik pintu bilik yang terbuka.

"Assalamualaikum! Ni saya ada bawakan makanan. Mujur saya dapat lari daripada tuan penge-" Kata-kata Ahnaf terhenti sebaik sahaja terlihat seorang lelaki gagah berdiri di sebelahnya.

"Alamak." Ucapnya lalu melarikan diri.

"Ahnaf bin Hadif!!!!!"
















































"Lajunya pengetua lari."

"Kan."

"Ahnaf lari lagi laju."

"E'eh."

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now