Bab 28

1.9K 184 11
                                    

Cahaya menerangi mereka berlima. Keadaan menjadi terang, seterang-terangnya sehingga menyilaukan mata setiap insan yang berada di situ. Tiada lagi suara yang dapat dikeluarkan daripada bibir masing-masing.

Gadis-gadis itu terapung di udara. Masing-masing menekup mulut kerana dapat merasakan sesuatu ingin keluar dari tubuh mereka.

Aineen cemas sebelum berpaling melihat penghuni-penghuni akademi yang lain. Setelah terlihat kelibat Tuan Ramli, dia menjerit kuat. "Tuan, apa yang tuan dah buat ni?!"

Semua pandangan kini teralih pada pengetua Akademi Dary itu. Kelihatan, lelaki tua itu sedang membacakan sesuatu.

"Tuan..." Seru Fazli. "Apa yang tuan baca dan kenapa mereka jadi begitu?" Sambungnya.

Tuan Ramli memusingkan badannya secara tiba-tiba bagi menghadap seluruh penghuni akademi yang telah dianggap sebagai keluarganya.

"Inilah masanya untuk membina kubah itu semula. Kesempatan ini harus diambil! Semua guru, kalian tahu apa yang perlu dilakukan!" Ujar Tuan Ramli dengan bersemangat. Walaupun berasa gerun, para guru yang patuh menganggukkan kepala mereka. Ayat-ayat mula meniti di bibir masing-masing.

Maya ingin berlari ke arah sahabat-sahabatnya namun ditahan oleh Umi dan Syahirah. "Tidak! Lepaskan saya! Mereka akan mati!" Jeritnya. Air mata merembes ke wajah.

Pandangan sayu diberikan oleh Niysa, Yazmin, Aisyah, Hanie dan Aineen. Mereka juga tidak sanggup untuk mati namun, bagi menyelamatkan akademi mereka, mereka haruslah bertarung nyawa dengan sekuat tenaga!

"Sakit... Sakit..." Rintih Hanie. Sudah beberapa hari dia tidak menjamah makanan dan kali ini, dia tidak sanggup untuk melawan kesakitan.

"Hanie, jangan pengsan!" Laung Ustazah Maisarah. Kesedaran gadis itu diperlukan untuk melakukan misi ini.

Aineen mendekati Hanie lalu memegang tangan sahabatnya itu. Semakin lama, semakin kuat kesakitan yang dirasai oleh mereka.

"Tidak! Kalian tidak boleh pergi!" Jerit Maya sekuat hatinya. Para pelajar yang berada di belakangnya menangis kuat.

Niysa tersenyum pahit. "Demi menyelamatkan nyawa kamu semua daripada musuh, kami sanggup. Doakan supaya kematian kami adalah syahid." Ungkapnya, lemah.

Semakin kuat tangisan didengari dan kesedihan yang dirasai. Guru-guru pula terketar-ketar bibir bagi membaca ayat pendinding. Tuan Ramli sahaja masih kuat menahan diri daripada menangis.

"Dengan kuasa tuhan, pelajar-pelajar ini bukanlah korban, namun, mereka adalah pejuang yang tabah dan kuat. Dengan deria keenam mereka, ambillah semula agar pendinding ini dapat dikembalikan seperti sedia kala." Baca Tuan Ramli dengan kuat.

'Maafkan kami, pejuang Akademi Dary.' 

"Allahuakbar!" 

Sebaik sahaja nama Yang Maha Esa disebut, seraya itu cahaya muncul daripada tubuh kelima-lima gadis itu. Satu cahaya seperti pelangi muncul di udara dan meliputi seluruh kawasan akademi.

Tuan Ramli tersenyum nipis lalu membuat sujud syukur.

"Alhamdulillah, ia sudah kembali semula. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kami pelajar-pelajar yang kuat dan sempurna akhlaknya."

*****

Keadaan kembali cerah. Nampaknya pagi telah mempercepatkan langkah. Kelihatan lima orang gadis sedang terbaring elok di atas tanah.

Semua tergamam tatkala terlihat lima tubuh yang berbaju putih itu tidak bergerak namun, wajah mereka masih tenang.

"Ti- Ti- Tidak. Tidak tidak tidak. Tidak!!" Jerit Hanan, Hanani dan Hanif dengan sekuat hati mereka lalu berlari ke arah tempatnya terletak lima gadis itu.

Maya menangis teresak-esak sebelum ditarik oleh Umi dan Syahirah bagi mendekati gadis-gadis itu. Maya hanya menurut dengan langkah yang longlai.

Ahnaf dan Fazli turut melangkah ke arah yang sama dengan perlahan-lahan. Wajah mereka pucat seperti tidak berdarah.

Hanya mereka berlapan yang berani menapak ke situ sedangkan, para guru juga masih belum ada yang bergerak. 

Maya memeluk sahabat-sahabatnya seorang demi seorang sehinggalah...

"Mereka masih bernafas. Alhamdulillah, mereka masih hidup!"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now