Bab 18 (2)

1.9K 192 0
                                    

Pintu Dewan Askara dibuka dengan perlahan-lahan. Nampaknya, tiada sesiapa di situ. Jari ibu diangkat oleh Yazmin dan Aisyah bagi menandakan bahawa dewan tersebut selamat untuk dimasuk.

Pelajar-pelajar tersebut berjalan dengan perlahan untuk memasuki dewan kerana takut dikesan oleh mana-mana guru. Mereka menekan suis yang berdekatan dengan pintu maka, seluruh dewan pun terang benderang.

"Tutup pintu cepat!" Arah Niysa sebaik sahaja orang yang terakhir melangkah masuk ke dewan. Mereka semua berkumpul di hujung dewan dan membentuk sebuah bulatan.

Maya mengensot mendekati Aisyah lalu bertanya. "Aisyah, kenapa awak suruh kita semua berkumpul di sini? Tidak bahayakah?" 

Aisyah menoleh ke arah Maya lalu tersenyum. "Tidak mengapa." Katanya lalu melihat jam di pergelangan tangannya. "Sepuluh minit lagi mereka akan pulang." Sambungnya lagi.

"So, ada plan?" Soal Aineen kebosanan. Dia sempat menjeling Niysa yang sedang berselawat kecil di sebelahnya. 

Yazmin mengangkat tangannya lalu bersuara. "Baiklah, meh sini dekat-dekat. Kami ada rancangan."

Selepas beberapa minit berbincang, akhirnya mereka menemukan kata sepakat. Kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki daripada luar. Pintu dewan terbuka dan para pelajar mula membanjiri dewan.

*****

"Astaghfirullah... Astaghfirullah..." Zikrullah sentiasa meniti di bibir Hanie. Dia tidak mahu membuang masa dengan mengeluh. 

Sudah tiga hari Hanie berada di situ namun, tiada pertolongan pun yang hadir. Dinding putih itulah yang menghiasi pandangannya setiap hari. Tidur pula hanya di atas lantai yang tidak beralas.

'Apakah tempat ini?' Soalan tersebut sering disoal hatinya pada setiap hari. Tiada seorang pun yang dapat dilihat, dibual atau disentuh. Pintu besi yang berada elok di dinding langsung tidak dibuka oleh sesiapa.

Semakin hari, Hanie semakin cengkung. Tenaganya umpama telah diserap dari luar.

"Assalamualaikum." Kedengaran satu suara hinggap di telinganya walaupun perlahan. Air mata kegembiraan mengalir di pipinya.

"Waalaikumussalam." Jawab Hanie.

Dari sebelah sana, Aisyah bertanya khabar Hanie. Hanie menceritakan kisah hidupnya di situ dengan tenang. Suara ditahannya daripada menjadi serak akibat kesedihan yang melampau.

"Allah sentiasa berada dengan kita. Tak apa, awak tak perlu risau. Malam ini juga kami bertindak!"

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now