Bab 17

2K 195 5
                                    

Gelap.

Hitam.

Apakah ini? 

Hanie membuka matanya. Dia melihat keadaan sekeliling. Putih. Seperti penjara yang bersih dan sunyi.

"Assalamualaikum." Ucapnya seperti mencari insan yang lain di situ. Pintu besi yang terdapat di dinding bilik tersebut tertutup dengan sangat rapat. 

Dia mula berdiri dengan tegak. Mindanya ligat memikirkan kejadian yang menimpanya baru sahaja tadi. "MasyaAllah... Niysa, kenapa awak buat muka macam tu tadi. Nampaknya, saya sudah menjadi mangsa. Habislah!"

Beep. Beep. 

"Eh?"

*****

"Astaghfirullahalazim..."

"Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah!"

"Hanie! Hanie! Cikgu, tolong kawan saya cikgu!!"

Keempat-empat gadis itu menangis teresak-esak. Aineen memeluk bahu Aisyah, Yazmin mengesat air matanya beberapa kali dan Niysa pula menitiskan air mata sambil memegang erat novel kepunyaan Hanie yang ditinggalkan oleh gadis itu tadi.

Cikgu Fazleenda dan Ustazah Maisarah terdiam. Mereka amat terkejut setelah diceritakan mengenai kejadian yang menimpa Hanie. Terpempan, tersentak dan terkedu.

"What did I just heard? " Secara tiba-tiba, Tuan Ramli muncul dari sebalik dinding. Terperanjat mereka semua yang berada di situ.

"Oh my gosh, Tuan." Balas Cikgu Fazleenda.

Tuan Ramli turut serta melabuhkan punggung ke atas lantai yang mana sedang diduduki oleh sekumpulan pelajar perempuan dan dua orang guru wanita. Dia mengusap dagunya seperti memikirkan sesuatu.

"Pada masa inilah, kita harus gunakan kehebatan teknologi kita." Ujar Tuan Ramli dengan perlahan.

Aineen, Aisyah, Yazmin dan Niysa memandang antara satu sama lain sambil mengerutkan dahi. Tuan Ramli mengambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu.

Beep Beep.

"Eh apa tu?" Soal Yazmin lalu mencari arah dari mana datangnya bunyi tersebut.

Cikgu Fazleenda ketawa lalu menuding ke arah tudung gadis-gadis tersebut. Namun, mereka masih bingung.

"Begini, saya telah meletakkan sesuatu pada tudung kalian berlima secara senyap-senyap supaya mudah untuk kami mengawasi kamu semua. Apabila benda ini telah diaktifkan, kami boleh dengar apa yang kalian katakan dan kalian juga boleh dengar apa yang kami katakan tapi dengan perlahan. Jadi, kalian boleh berhubung dengan Hanie walaupun mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dia menyedarinya." Ulas Cikgu Fazleenda panjang lebar.

****

Ahnaf dan Fazli berjalan mengelilingi sekolah. Manalah tahu, terjumpa pula dengan ketiga-tiga pelajar kembar itu.

Sedang mereka melalui kawasan belakang surau, seorang gadis molek terlanggar Fazli dengan kuat dari belakang sehingga menyebabkan mereka berdua terjatuh. Ahnaf pula hanya menarik nafas bising lalu menekup mulutnya menggunakan tangan seperti seorang perempuan.

"Maya?!"

"Fazli?!"

"Oi, ponteng sekolah eh?" Satu suara muncul. 

Ketiga-tiga pelajar itu menoleh lalu terlihat Umi dan Syahirah yang sedang mengintai mereka.

Maya dan Fazli bangkit dengan cepat lalu menyapu baju mereka yang telah kotor. Ahnaf hanya mencebik lalu menjawab. "Bukan akak pun sama ke?"

"Ha'ah kan." Balas Umi bersahaja dan membuatkan Ahnaf berasa geram.

"Apa kalian buat di sini?" Tanya Umi dan Ahnaf serentak. Masing-masing memberikan renungan yang tajam.

Fazli menutup mata Ahnaf. "Hello, jangan renung lama-lama okey?" 

"Nanti Hanie cemburu." Sambung Maya pula lalu ketawa mengekek.

Syahirah yang berasa rimas dengan keadaan itu menepuk tangannya dengan kuat bagi mendapatkan perhatian. Dia membuat bahasa isyarat yang menunjukkan bahawa mereka sedang mencari Aineen, Hanie, Niysa, Aisyah dan Yazmin.

Maya seperti tersedar akan sesuatu. "Ha'ahlah. Ayuh cari mereka!" Ajaknya lalu mereka semua memulakan langkah.

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now