| Linda | 2

16.6K 2K 217
                                    

"WAFA pun tak tahu mama!"

Suara meluat milik Kak Wafana mengejutkannya dari lena. Terus dia tersentak dari mimpi buruknya.

Dalam mimpi itu dia dapat melihat seluruh feri ini gelap gelita dan menakutkan. Semua orang mati bergelimpangan dan hanya dia yang tinggal masih hidup, menangis teresak-esak dia dibuatnya bila melihat pemandangan mengerikan itu.

"Hah! Baru pandai bangun!" Jerkahan Kak Wafana menyentaknya. Dia celikkan mata dengan sukar. Terus dia dapat melihat dua pasang mata sedang merenungnya tajam bagai hendak ditelan hidup-hidup. Dia perlahan bangun dari sofa. Kepalanya sakit sangat. Mimpi menakutkan itu seakan masih jelas dalam kepalanya. Buat dia rasa nak menangis sekali lagi.

Seketika Linda baru tersedar yang sekarang dia sedang berada di bilik hotel keluarga tirinya. Naik hairan dia dibuatnya bila mendapati dia sedang duduk berjulur kaki di atas sofa sedangkan Ibu Suraya sedang memeluk tubuh di tepi sofa dan Kak Wafana merenungnya jengkel dari sofa satu lagi. Mereka semua masih berpakaian cantik seperti dalam dewan.

"Kenapa Linda ada dekat sini?" Dia segera bertanya hairan. Kepalanya masih berdenyut kuat. Dia tak dapat ingat apa-apa.

"Kau tanya!? Amboi amboi.. kau tahu tak? Sebab kau kami semua malu! Kau pergi pengsan dekat atas tu kenapa?! Itulah konon nak pergi tandas padahal merayap entah ke mana-mana! Tuhan balas terus!" Kak Wafana menjawab kasar. Mendengus serabut dengan soalan Linda. Perempuan ini yang cari pasal, tiba-tiba boleh pulak dia tanya.

"Kalau kau tahu dah badan kau tu lembik, tak payahlah acah-acah macam cerita titanic naik atas malam-malam. Bodoh betul." Ibu Suraya mencemuh geram.

Linda tertunduk. Dia tak dapat ingat apa-apa. Apa dia ingat hanyalah dia keluar dari dewan sebab nak ke tandas, kemudian dia duduk di geladak atas merenung langit. Kemudian tika itu ada orang tarik lengannya..

Linda lupa apa jadi selepas itu.

"Disebabkan kau lah aku tak dapat jumpa Nick tau! Hmph!" Kak Wafana medengus.

"Linda minta maaf. Linda sendiri tak ingat kenapa Linda pengsan." Linda menjawab lemah.

"Hei perempuan, orang lain bila dah sedar diri tu lembik. Buatlah cara lembik, tak payah acah kuat. Duduk dalam bilik je, membusuk je dalam tu. Tak payah menyusahkan orang." Kak Wafana menayang wajah jengkel teramat. Dia sedang sakit hati sebab tak sempat jumpa Nick. Gara-gara Linda semuanya punah! Huh!

"Kenapa nak marahnya? Linda pengsan pun sebab mama dan adik suka sangat buli." Tidak semena ketika itu Abang Andika mencelah. Dia kelihatannya sedang mencicip kopi di depan televisyen. Hanya dia sudah memakai baju kasual – berkemeja yang dilipat ke siku tanpa blazer.

Membulat mata dua beranak itu bila mendengar kata-kata Abang Andika.

"Apa? Memang itu pun doktor cakap tadi kan?" Abang Andika tayang muka selamba.

"Abang ni kan!" Kak Wafana bertambah-tambah sakit hati lalu terus masuk ke biliknya dengan kaki terhentak-hentak.

"Baguslah sangat kamu ni. Adik kamu sedang marah, kamu tambah lagi marahnya. Sibuk sangat bela Linda! Siapa adik kamu sekarang sebenarnya?" Ibu Suraya kecewa bila Abang Andika sibuk membela Linda melebihi adiknya sendiri.

Abang Andika menguap sahaja mendengar bebelan itu. Ibu Suraya pun masuk ke dalam bilik untuk memujuk anak perempuannya.

Linda hanya menonton dengan bingung. Dari tadi dia tak bercakap apa-apa. Hanya senyap dengan fikiran yang kosong.

"Pergi balik bilik kau." Tiba-tiba Abang Andika bersuara. Dingin nadanya seperti biasa.

Linda mengangguk walaupun dia ada banyak perkara hendak ditanyakan pada Abang Andika. Perlahan dia bangun dari sofa. Kakinya terasa kejang semacam. Tapi dia gagahkan sahaja untuk melangkah. Sempat dia memandang Abang Andika dan nampaknya lelaki itu hanya memerhati sahaja. Bila Linda memandangnya, terus dia pandang lain. Kadang-kadang Linda pun keliru, apa sebenarnya tanggapan Abang Andika padanya. Sebab kadang-kadang Abang Andika nampak macam risaukan dia, dan dalam masa lain Abang Adika nampak macam benci sangat padanya.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now