Serunai Maut | Falah | 20

12.7K 1.9K 112
                                    

FALAH pulang dari pekan bersama tok penghulu tepat jam sembilan. Waktu itu matahari sudah pun naik tinggi dan bahang pantai mulai terasa. Mereka lewat sedikit kerana sibuk menguruskan papan kayu yang dibeli.

Ketika mereka sampai di masjid, kelihatan Nuna bersama Iman sedang berbual-bual di tangga. Henry tidak kelihatan. Apabila sahaja ternampak lori yang mula memasuki pekarangan masjid ini, serta merta Nuna melompat riang.

Tok penghulu bersama Falah serentak turun dari lori tersebut, hanya tersenyum apabila melihat Nuna yang keriangan menyambut kepulangan mereka. Namun sungguh mengejutkan apabila Nuna menerpa Falah dahulu daripada atuknya sendiri. Seronok benar dia apabila melihat Falah.

Tok penghulu hanya mampu menayangkan muka pasrah apabila melihat Nuna lebih mendahulukan Falah darinya. Iman yang memerhati tertawa sendiri.

Suasana hadapan kediaman ini riuh rendah dengan suara kecil Nuna yang bercerita tentang keseronokannya bermain dengan Iman, diselangi bunyi Tok penghulu bersama Iman memunggah barangan dari belakang lori.

Falah dalam terpaksa layankan sahaja keletah Nuna yang kecoh benar bercerita itu.

"Nuna, mana pacik hensem?" Selepas cerita Nuna habis barulah Falah bertanya. Sedikit hairan apabila tidak mendapati abang iparnya itu di mana-mana.

Nuna meletakkan jarinya di dagu. Berfikir.

"Tak tahulah.. Tadi pacik hensem kata nak mandi." Nuna angkat bahu dengan dua tangan diangkat sama.

Falah tersenyum sahaja, dia kemudiannya meminta diri dari Nuna. Sempat mencubit pipi tembam itu sebelum turut mengerah tenaga mengangkat semua papan kayu bersama tok penghulu dan Iman.

"Terima kasih tok, terima kasih banyak-banyak." Falah tidak tahu hendak kata apa lagi untuk mengatakan penghargaannya pada jasa tok penghulu yang begitu banyak membantu mereka.

"Tak ada apalah, sekadar tolong angkat barang apalah sangat." Tok penghulu senyum kecil.

Dia kemudiannya memandang Nuna, "Jom Nuna, kita balik. Nenek pasti sudah cari kita." tangannya dihulur pada Nuna. Nuna laju sahaja memegang tangan atuknya.

"Terima kasih sekali lagi tok." Falah menundukkan sedikit kepalanya.

Tok penghulu angkat tangan sahaja. Tanda tidak mengapa, sedar-sedar orang tua itu bersama cucunya itu sudah selamat naik atas lori. Lambaian dihulur sebelum kenderaan itu lesap dari balik pepohon.

Jeda seketika.

"Berapa ringgit semua ni Falah?" Iman bertanya seraya memandang pada sebungkus papan kayu yang baru dibeli tadi.

Falah turut memandang benda yang sama.

"Seratus ringgit sahaja.." Falah menjawab.

Mata Iman membulat. "Murahnya!"

Falah terangguk kecil. "Memang murah, dekat sini semuanya murah."

Iman mencebik. Untunglah.

"Jom kak, Falah ada belikan nasi lemak halal. Kita makan pagi dan tengahari dengan nasi lemak sahaja."

"Oh ya? Hoho.. Bestnya." Iman teruja. Digosok-gosok dua tapak tangannya penuh semangat.

"Apa yang best?" Henry muncul di muka pintu.

Iman mencebik. Spoil mood betullah.

"Tak ada apa.. Jom masuk!" Iman terus masuk ke dalam.

Falah tersenyum sahaja, membalas pandangan Henry yang menjongket kening hairan.

"Jom masuk bang. Dah lewat ni."

SELESAI bersarapan, ketika Iman sedang terbaring kekenyangan dan Henry pula sibuk membelek fail siasatan - Falah melangkah mendekati mereka berdua. Dia baru sahaja selesai mengemas dapur. Kini dia tekad untuk bercakap sesuatu dengan kakak dan abang iparnya ini.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now