| Linda | 39

13.1K 1.9K 681
                                    

TANGAN Iman menggeletar menyentuh tubuh Falah. Air matanya terasa kebas di pipi.

Falah tampak begitu sukar bernafas. Bibirnya memucat dalam lumuran darah pekat yang tersembur keluar.

Bilah runcing berupa anak panah tidak sempurna buatannya itu benar-benar menembusi dada Falah. Darah memancut keluar seolah nyawa Falah bakal melayang bila-bila masa sahaja.

"Falah.." Iman cuba menyentuh bilah tersebut. Air matanya tumpah dan terus tumpah. Pemandangan di hadapan sangat mengerikan jiwanya.

Henry pula sudah bungkam di tempat berdirinya. Darah Falah turut terkena pakaiannya sebentar tadi. Rasa hangat itu masih menapak bahagian belakang tubuhnya.

Perlahan dia menerpa tubuh Falah.

"Falah.. Falah, jangan macam ni." Henry terketar-ketar memegang bahu adik iparnya itu.

Mata Falah sekejap tertutup sekejap terbuka. Nafasnya makin memberat. Dadanya makin terasa sakit. Seakan ada sesuatu yang membakar kawasan dadanya itu.

Dia tak mampu bercakap apa-apa. Sakaratul maut berlegar-legar di ubunnya.

"Falah.. Bertahan.. Bertahanlah." Iman bersuara lemah. Bersimpuh di sebelah kiri adiknya itu dalam keadaan sedaya mungkin menahan tangisannya.

"Falah.. Abang cabut anak panah ini. Boleh? Lepas itu kita hentikan pendarahan.. Darah keluar terlalu banyak." Dengan nada bergetar Henry bersuara. Tangannya memegang bilah runcing itu, berniat untuk mencabutnya.

Otaknya blank untuk fikirkan penyelesaian masalah ini. Dalam fikirannya hanya ada Falah yang berdarah.

Falah dengan tangan menggeletar sebegitu tiba-tiba memegang kejap lengan Henry.

Henry tersentak. Air mata jantannya mula memenuhi tubir mata. Melihat Falah dalam keadaan begini sungguh menyeksa jiwanya!

"Cabut.." dengan nafas kasar Falah bersuara.

"Cabut bilah celaka ini.." Falah bersuara tajam. Tangannya mencengkam kejap lengan Henry yang masih sahaja memegang bilah runcing itu.

Henry tergamam. Matanya menatap lama pandangan Falah.

Iman sudah menangis di sebelah sana. Menggigil tubuh wanita itu memikirkan kesudahan nanti.

"Cabut aku kata.." Falah mengetap gigi. Suaranya semakin hilang. Matanya merah. Dia nampak benar-benar dalam kerakusan sakaratul maut.

Henry kejung tak terkata. Tangannya masih sahaja memegang bilah itu tanpa menariknya.

Suara Falah kedengaran sangat lain pada pendengarannya.

Jantungnya berdegup pantas.

"AKU KATA CABUT!!!" Tanpa diduga Falah menjerit.

Iman serta merta berhenti menangis. Tersentak.

Suara Falah sangat sangat garau.

Henry terkelu. Pegangan pada bilah melonggar. Namun cengkaman tangan Falah semakin kuat sehingga dia dapat rasa kuku Falah terbenam dalam kulit lengannya.

"Cabut sekarang tak guna.. Kau pekak ke?" Falah bersuara keras. Seketika dia terbatuk-batuk darah. Badannya mengigil-gigil. Kesakitan semakin merasuk dirinya.

Henry sedar sesuatu.

Sesuatu yang sangat menakutkan. Sehingga membuatkan dia terus tergamam tidak terkata.

Tidak semena-mena mata Falah yang tadinya tajam merenung Henry - terbeliak memerhati sesuatu di belakang Henry. Nafasnya tertarik kasar seperti nafas lembu yang sedang disembelih.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now