Serunai Maut | Henry | 4

15.1K 1.9K 125
                                    

PAGI itu, dunia dikejutkan dengan berita kematian beramai-ramai di Feri Miranda Gold yang sememangnya sangat terkenal dan masyhur itu. Siaran berita tidak putus-putus menyiarkan berita yang kedengarannya sangat dahsyat itu. Keluarga mangsa hanya mampu menangis teresak-esak meratapi kematian yang sungguh aneh itu. Terasa seperti baru semalam mereka melambai feri mewah itu di Jeti Kenanga berdekatan Melaka, hari ini mereka kembali ke sini dalam keadaan meratapi kematian ahli keluarga mereka yang sangat jauh untuk digapai. Beribu kilometer sudah feri itu bergerak dan untuk ke sana adalah mustahil, akhirnya mereka hanya mampu duduk di sini menunggu berita dari pihak berkuasa.

Manakala di feri mewah itu, pihak polis dan jabatan penyiasatan sudah mula berkampung sejak jam enam pagi tadi. Mereka mendapat laporan daripada seorang nelayan jam empat pagi tadi kemudian pihak Marin tanpa berlengah terus ke sana, dan apa yang mereka dapati ialah sesuatu yang tidak pernah mereka jangkakan. Malah semua pihak berkuasa yang diarah untuk menyiasat kes ini juga hanya mampu memegang kepala apabila melihat pemandangan yang terasa sangat berlawanan dengan hukum alam ini.

Feri damai. Namun di dalamnya beribu mayat bergelimpangan dalam keadaan sepenuhnya rentung namun anehnya, tiada langsung kesan kebakaran di sekeliling tubuh mangsa.

Sungguh aneh!

Sehingga jabatan forensik yang turut diterbangkan menggunakan helikopter bagi membantu siasatan ini hanya terduduk di tepi salah satu mayat dengan wajah berkerut. Tidak pernah-pernah perkara ini berlaku dalam kes apa-apa sekalipun!

Di bahagian atas dek, seorang lelaki tinggi lampai kemas memakai kemeja berdiri dengan wajah keliru merenung sekujur tubuh yang terbaring di situ. Tubuh yang hitam legam sehingga tidak kelihatan langsung rupanya dan bentuk tubuhnya, yang tinggal hanyalah rangka.

Dia menggeleng perlahan. Tidak mampu dia kaitkan kejadian kali ini dengan mana-mana hukum fizik mahupun biologi dan kimia! Semuanya terasa tunggang terbalik!

"Henry."

Satu suara yang halus namun dingin menyedarkannya daripada terus menerus merenung mayat 'rentung' itu.

Apabila dia mengangkat wajah, seraut wajah manis namun serius menjamu pandangan.

Iman.

"I dah pergi jumpa orang kampung sana.. " Wanita berkemeja putih itu mendekat. Di tangannya tergantung sekeping tablet. Wajahnya kelihatan sangat penat.

"So, apa you dapat?" Henry menggaru dagu.

"Nothing. Semua sibuk cakap tentang benda sama and I dan Kira dah malas nak dengar." Iman menaikkan mata ke atas.

"What? Apa yang diorang cakap?" Henry tertarik untuk tahu.

"Serunai maut. Ugh." Iman benar-benar bosan.

Manakala Henry sudah berubah muka. "Apa tu?" Dia tak faham.

"Entah. I pun tak tahu and I malas nak ambik tahu. Bayangkan diorang semua asyik cakap yang penumpang feri ini mati sebab langgar pantang larang yaitu buka lampu. And serunai maut mengamuk."

Iman memeluk tubuh. Nafasnya dihela panjang-panjang. Dia rasa sangat penat bersesak-sesak di jeti Pualu Jengka tadi dan akhirnya apa yang dia dapat langsung tidak membantu siasatan malah makin memeningkan kepalanya. Semua sibuk terpekik terlolong mengatakan yang Serunai Maut telah meniupkan rohnya semalam. Pasti kerana Feri Miranda Gold telah melanggar undang-undang yang sememangnya dikawal ketat di kawasan ini. Jangan buka lampu.

Peraturan apakah itu?!

Malah dengan bersungguh-sungguh penduduk kampung menunjukkan padanya papan kenyataan yang tertulis tentang larangan membuka lampu itu dan mengatakan bahawa papan itu telah ditulis oleh nenek moyang mereka yang pernah menetap di sini dahulu. Mengikut cerita mereka lagi, jika pantang larang itu diabaikan maka seluruh penduduk kampung akan mati rentung dan dalam dua hari sahaja akan hilang. Semuanya gara-gara Serunai Maut yang mana disebut-sebut sejak tadi.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now