| Mona | 35

12.2K 1.6K 334
                                    

MONA menunduk. Menatap hujung jari kakinya yang comot. Riaknya keruh dan keliru. Berbagai soalan berbirat penuh dalam akalnya.

"Mona, awak okay?" Iman yang baru keluar dari dalam rumah menegur. Kakinya menapak mendekati Mona yang sedang terduduk di pangkin.

Mona sekadar mengulas senyuman pada wanita itu. Dia baru tahu nama wanita itu ialah Iman Nadrah, dan dia tetap memilih untuk memanggil wanita baik ini Kakak.

"Awak betul tak kisah kami siasat mayat nenek awak?" Iman bertanya. Duduk dilabuhkan di sisi Mona.

Mona menggeleng. "Tak apa kakak. Lagipun kakak kata dengan cara itu kita dapat pastikan siapa pengangkara." Jawab Mona seraya tersenyum lemah.

Iman mengusap bahu Mona. Memujuk gadis itu.

Pastinya segala terasa sangat sukar buat dia.

Kehilangan orang yang tersayang bukan mudah.

"Mona bertenang ya." Iman tahu Mona tidak tahu apa itu sabar jadi dia tukarkan pujukan itu pada perkataan tenang.

Mona mengangguk. "Saya cuba." jawabnya.

Seketika mereka sama-sama jeda. Sama-sama memikirkan masalah-masalah yang sedang melanda.

Sehingga Mona akhirnya mengeluh berat.

Iman tertarik untuk memandang.

Wajah Mona kelihatan sangat kusut.

"Mona masih fikirkan tentang masalah tadi?" Iman menerka.

Mona tidak beragak untuk mengangguk. "Ya. Saya rasa keliru. Kenapa nama saya boleh sama dengan nama perempuan jahat itu? Adakah itu satu kebetulan atau kecelakaan?" Mona menunduk.

Iman sendiri tidak tahu hendak kata apa apabila soalan itu muncul.

Adakah itu satu kebetulan atau kecelakaan?

Soalan yang sering bermain dalam minda mereka sejak mereka masuk ke dalam hutan ini.

"Saya rasa penat untuk berfikir. Tapi saya tak dapat juga tahu kenapa nama saya sama dengan perempuan itu."

"Mungkin hanya kebetulan. Kami pada mulanya pun terkejut bila mendengar nama Mona ialah Mona. Apatah lagi muka Mona--" Iman terputus ayat di situ. Muka berubah sedikit.

"Muka saya kenapa?" Mona berkerut. Ayat Iman tak habis.

"Tak ada apalah.." Iman pandang ke arah lain. Masih berfikir samada hendak menambah kekeliruan gadis ini dengan mengatakan mukanya sama macam Linda atau membiarkan gadis ini bertenang dahulu dengan segala kejutan.

Iman memilih yang kedua.

"Hrmm.. Patutlah kalian sangat terkejut apabila saya memperkenalkan diri sebagai Mona. Rupanya nama saya ialah nama yang cela--"

"Tak Mona. Nama itu tidak celaka." Iman menegur.

"Tapi, dia pembunuh. Dia kejam. Nyai cerita bahawa dia juga yang membunuh bapa dan bonda. Kenapa dia perlu jadi sangat kejam?" Mona menggenggam tangan. Kejap. Hatinya sakit.

Kenapa nama perempuan itu kena sama dengannya?

Ianya ialah satu kesialan.

Dan Mona mula faham kenapa Nyai tidak memberitahunya nama perempuan jahat itu. Pasti Nyai sudah dapat mengagak apakah reaksi Mona apabila mendapati nama dia dan perempuan itu sama.

"Kakak tahu. Tapi Mona yang kakak kenal ini baik. Tak jahat. Nama Mona tidak bermaksud dia jahat. Mona kena ingat yang itu." Iman tersenyum lembut.

FALAH | Serunai Maut ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant