Serunai Maut | Henry | 8

14K 2K 245
                                    

0100 PAGI. Henry tidak dapat tidur. Sibuk menelaah itu dan ini dalam kes kali ini. Meja mesyuarat penuh dengan kertas yang dia telah coretkan beberapa bahan bukti yang dia dan petugasnya kumpulkan siang tadi. Sejak kes ini dipindahkan kepada kes tidak logik, Henry turun padang sekali untuk menyiasat. Dia tidak tahu kenapa tapi hatinya kuat untuk menyiasat juga kes itu walaupun tidak logik.

Dia bersandar. Merenung sehelai kertas yang menunjukkan gambar Andika memakai hud hitam dalam keadaan bola matanya memandang ke tepi - gaya seseorang yang sedang memerhatikan sekeliling.

Apa lelaki ini lakukan di luar pada waktu begini?

Satu pagi? Dalam keadaan gelap?

Henry terus menjatuhkan pandangan pada lilin di sisi mejanya, dia pun turut bergelap sekarang. Hanya sebatang lilin yang menemaninya di ruangan yang sangat luas ini.

Henry memandang jam tangannya, satu pagi tepat.

Dahinya berkerut sedikit. Waktu inilah..

Segera dia bangun dari kerusi, mengambil lilin yang diletakkan di atas piring khasnya. Kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu, selajur dia memanjat tangga menuju dek paling atas. Hendak pergi melihat lokasi mayat Andika.

Apabila sahaja dia sampai di lokasi tersebut, dengan beratapkan langit malam yang ditaburi bintang, angin laut menyapanya sekaligus membuatkan api pada lilin yang dipegangnya meliuk-liuk - Dia termangu memandang tempat asal mayat Andika. Jam dipandang. Mengukur masa.

0102 pagi.

Dia mengangkat wajah. Pandangan dialihkan ke sana sini. Mencari kamera pengawasan. Benar. Memang tiada kamera di sini. Memandangkan ini kawasan terbuka maka kamera diletakkan pada beberapa sudut sahaja namun tidak pada lokasi mayat Andika.

Nafas dihembus. Bercampur dengan bau masin air laut yang bertiup lembut.

Krak..

Bunyi dari atas membuatkan Henry sedikit tersentak.

"Auch.." suara serak basah kemudian menyusul.

Henry mendongak. Pada menara pendek yang menempatkan lampu spotlight di sisi lokasi mayat Andika.

Kelihatan Iman di situ sedang mengibas-ngibas tangannya. Mukanya berkerut menahan sakit.

Henry mengerutkan kening. Berundur beberapa tapak sehingga jelas pada matanya tubuh Iman yang berbalut sweater itu. Gadis itu sedang membelek badan lampu spotlight.

"Hei, buat apa tu?" Henry menegur, melaungkan sedikit suaranya agar Iman dengar.

Iman mengangkat wajah. Kemudian menjengukkan kepalanya, memandang Henry di bawah.

"I periksa lampu ni, ada benda yang tak kena."

Iman kembali fokus pada apa yang dia cari.

"Periksa dalam gelap?" Henry menjongket kening.

Iman menunjukkan pada sesuatu di matanya. Cermin mata night-vision, "I tak sebodoh itu nak periksa dalam gelap." Iman menjawab selamba.

Henry menggeleng kepala. Dia kemudiannya memanjat tangga yang berputar mendaki menara tersebut. Apabila sahaja tiba di sisi Iman, dia dapati perut spotlight sudah terburai dan alat-alat menukang ada di sisi wanita itu.

Apakah..?

Henry menggeleng lagi.

"You tak rasa pelik ke? Tentang cahaya yang kita dapat lihat dari gambar Linda." Iman mencekak pinggang, berhenti seketika dari kerjanya. Cermin mata night-vision ditanggalkan.

FALAH | Serunai Maut ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ