| Falah | 27

11.2K 1.7K 191
                                    

FALAH memanjat tangga satu persatu daripada dapur, di tangannya ada senarai bahan yang perlu dia beli di pekan nanti. Bawang dan sayur sudah habis. Tempoh hari dia hanya beli sedikit kerana bimbang nanti tidak digunakan dan pastinya akan jadi buruk jika ditinggal lama-lama.

Ketika dia menapak ke pintu rumah, pandangannya disajikan dengan dua susuk tubuh yang sedang berada di halaman rumah.

Henry nampak termangu di kerusi, manakala Iman kelihatan sedang duduk di tangga dalam keadaan menekup wajah.

Falah kehairanan. Namun tidak pula dia ingin bertanya. Mungkin pasangan suami isteri itu ada masalah rumahtangga.

Capal disarung ke kaki. Bunyi itu membuatkan Iman mengangkat wajahnya daripada terus melekap dengan tangan.

Dan sebaik sahaja melihat wajah Iman pucat, Falah berkerut. Hatinya terusik melihat wajah sugul kakaknya itu.

"Kau nak ke mana?" suara Iman sangat perlahan. Menatap wajah Falah dengan pandangan bening.

Ketika itu juga Henry seakan baru menyedari kewujudan Falah di situ, terus dia memandang Falah. Wajahnya serta merta sugul.

Falah menatap lama wajah Iman. "Pekan akak." jawabnya jujur.

Hatinya mula tak enak. Deria keenamnya seakan bergetar.

Iman terdiam. Melontar pandangan pada Henry di belakang. Seolah meminta pertolongan agar menjelaskan sesuatu.

Henry bangkit dari duduknya, mendekati Falah. Falah memandang Henry kemudian Iman. Ada riak hairan pada wajahnya apabila melihat Henry dan Iman sama-sama berwajah sugul.

Ada sesuatu yang berlaku kah?

"Jangan pergi Falah. Kita tunggu dekat sini sahaja." Henry memegang bahu Falah.

Falah berkerut. "Kenapa?"

Salahkah kalau dia ke pekan?

"Orang kampung sedang memarahi kita." Iman yang duduk menjawab. Lesu.

Falah tidak mengerti.

"Atas sebab apa?" Soalnya.

Iman diam. Menunduk. Menyembunyikan wajahnya daripada dilihat Falah mahupun Henry. Hati hawanya tercarik. Mengingati senyuman dan tawa Nuna sudah buat jiwanya sesak.

"Atas sebab apa? Kenapa penduduk kampung memarahi kita?" Falah rasa tertinggal sesuatu yang penting.

Bersilih ganti dia memandang Iman dan Henry.

Melihat wajah Henry yang tertunduk lemah dan Iman yang sudah kedengaran menarik hingus buat Falah sedar - pasti ada sesuatu buruk yang telah terjadi.

"Kenapa ini? Apa terjadi?" Falah tidak dapat menahan rasa ingin tahu.

Henry memejam mata. Tekaknya rasa perit. Baru memahami kenapa Takir begitu sukar memberitahu alasan itu, hakikatnya berita ini seakan melukakan lidah sendiri.

Sakit.

"Abang, apa--"

"Nuna." Henry menahan sebak.

Jiwa lelakinya menjerit.

Allah..

Nuna.

Falah jeda.

"Takir datang tadi dan beritahu yang Nuna dijumpai mati dalam bilik tidurnya, badannya rentung.." Henry tidak sanggup membalas pandangan Falah. Bibirnya bergetar.

"Tengahari ini mayat akan dikebumikan." Henry menyambung.

Manakala Falah tergamam.

Nafasnya bergerak perlahan.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now