| Falah | 40

12.1K 1.7K 77
                                    

LINDA serta merta berundur setapak dari tempatnya sebaik melihat pemandangan di hadapan. Susuk yang dia telah panahkan tadi tidak semena bertukar rupa.

Semua serta merta menjauh. Apatah lagi apabila mendapati mata susuk gimbaran yang terbeliak itu tiba-tiba bertukar hitam sepenuhnya. Mulutnya tiba-tiba ternganga luas seolah rahangnya sudah terkoyak.

Bau busuk mula menguasai tempat. Spontan Iman menutup hidung. Baunya sangat menjijikkan. Henry sendiri sudah hendak termuntah.

"Kenapa ni.?" Linda berkerut melihat perubahan mendadak susuk itu. Tekaknya mula rasa kembang menghidu bau yang sangat busuk itu.

Belum sempat mereka membuat perkiraan, tidak semena-mena keluar ulat hitam yang sangat banyak daripada seluruh rongga mayat gimbaran itu. Mata susuk itu yang tadi nampak hitam sudah tinggal rongga apabila ulat-ulat keluar, malah mulut yang ternganga luas itu seolah memuntahkan ulat hitam dengan begitu banyak.

Iman hampir terduduk dek terkejut dengan keadaan tersebut, nasib baik Henry sempat menyambutnya.

Linda pula terkedu sehingga tidak berbuat apa. Matanya terbuntang. Ulat-ulat hitam itu berselerak keluar dari tubuh tersebut. Kebanyakannya sibuk melahap tubuh itu sendiri, manakala ada juga yang bergolek-golek sehingga hampir menyentuh hujung selipar Linda. Namun Linda tidak menyedari apa-apa kerana terlampau pegun melihat semua ini. Sehinggalah Falah menarik lengannya menjauh dari kawasan itu barulah dia tersedar.

Linda serta merta menoleh pada Falah. Wajah lelaki itu serius menatap tubuh yang sedang dilahap ulat hitam itu. Suasana terasa sangat mengerikan apabila bunyi tubuh dilahap mengisi kesepian. Namun itu semua tidak menjadi perhatian Linda, kerana dia lebih tertarik apabila melihat bibir Falah bergerak membaca sesuatu menatap mayat tersebut.

Apa yang abang Falah baca?

"Apa sebenarnya berlaku Falah?" Henry yang sedang menahan loya dek bau busuk - bersuara. Dia tidak dapat menahan sabar menonton semua ini.

"Kita pergi dari sini sahajalah Falah." Iman memberi saranan dalam keadaan separuh wajahnya ditutup dengan kain. Mukanya berkerut menahan rasa jijik.

Falah hanya diam memerhati mayat itu melalui proses tersebut. Tidak membalas soalan mahupun cadangan yang diutarakan padanya.

Iman dan Henry berpandangan. Sedikit tidak berpuas hati. Ya tuhan, mereka sudah hendak muntah.

"Kita tunggu." Falah menjawab kemudiannya.

"Tunggu apa? Keadaan di sini sangat menjijikkan!" Iman tidak dapat menahan. Apatah lagi apabila dia melihat susuk mayat itu sudah dikerumuni sepenuhnya oleh ulat hitam itu. Sehingga sudah tiada ruang untuk diintai kulitnya.

Iman sudah mula merasakan bulu romanya menegak dan geli-geli di serata tubuh. Tangannya pun jadi lembik.

Ianya adalah perasaan bila kau sangat-sangat geli sehingga kau rasa ada ulat sedang merayap di badan kau.

Iman pejam mata. Terlampau berasa jijik.

"Tunggu sehingga.." Ayat Falah terhenti apabila ulat-ulat hitam yang tadinya sangat agresif itu secara mendadak jatuh ke tanah dalam keadaan mengecut.

Dengan jumlah yang sangat banyak begitu, semuanya mula mengecut dan jatuh berguguran ke tanah. Linda cepat-cepat berundur ke belakang.

Susuk mayat tersebut mulai jelas pada pandangan mereka apabila ulat itu berguguran satu demi.

Dan sebaik semua ulat itu jatuh ke tanah dalam keadaan berubah menjadi bangkai dan susuk mayat itu sudah zahir sepenuhnya - Linda serta merta tergamam di tempatnya.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now