Serunai Maut | Falah | 16

12.8K 1.8K 354
                                    

HARI ini, jam 0800 pagi. Semua sudah siap membuat kelengkapan untuk bertolak pulang menggunakan feri. Awal pagi tadi sebuah helikopter tiba membawa beberapa kelasi bersama dua orang tuan kapal yang akan memandu feri mewah ini pulang ke tanah air. Malah bekalan untuk seminggu juga disediakan sama.

Begitu juga untuk tiga orang yang bakal tinggal di Pulau Jengka.

Henry, Iman dan Falah yang dari tadi sibuk memenuhkan bot milik mereka dengan bekalan-bekalan mereka. Selepas subuh tadi lagi mereka sudah mula membuat kerja. Malah Henry sempat membuat salinan untuk semua kertas siasatannya yang sudah pun diambil alih oleh pasukan Dato' Hussain. Semuanya dilakukan dengan senyap-senyap.

Semalam sebelum senja lagi lelaki singa laut itu sudah pulang bersama Melissa, tinggal lagi Dr Khalil dan Inspektor Halim yang bakal berlayar bersama kelasi dan tuan. Sambil itu mereka akan meneruskan siasatan di atas feri ini.

Selesai sahaja kerja memunggah barang-barang ke dalam bot, mereka segera meminta diri untuk bertolak ke pulau, sempat bersalaman dengan semua orang yang ada di atas feri. Dr Khalil acuh tidak acuh sahaja menyambut jabat tangan Henry. Dan akhirnya mereka bertiga bertolak memandu bot itu ke pulau.

Bot bergerak membelah lautan. Menjauhi feri gergasi yang dahulunya gah dan mewah namun kini hanya tinggal menjadi sebuah kapal yang menyeramkan.

Iman menghela nafas. Dari tadi hanya dia berada di luar sini merenung Feri Miranda Gold yang makin mengecil pada pandangan. Falah dan Henry berada di bahagian pemandu. Sedang mengendalikan bot ini menuju Pulau Jengka.

Bot makin menjauhi feri. Menghala ke arah matahari yang baru sahaja memancar di timur.

Iman tersenyum nipis.

Selamat tinggal Miranda.

"APA jadi ni?"

Ketika mereka sampai di masjid, mereka disajikan dengan pemandangan yang sangat menyakitkan hati sanubari.

Henry segera memandang ke sana sini mencari kelibat sesiapa yang berdekatan.

Falah pula segera mengutip tong cat yang sudah pun tergolek di tanah, dilihatnya paku dan papan kayu yang masih baru semuanya disimbah cat. Tidak dapat dibuat apa kerana semua cat sudah keras. Tidak cukup dengan itu sahaja, malah di dinding masjid yang masih dalam proses itu - tertulis dengan cat biru yang juga milik mereka, KELUAR DARI KAMPUNG KAMI PENCURI.

Falah menghela nafas. Tidak perlu disoal angkara siapakah ini. Pastinya penduduk kampung ini sendiri. Memang dia sendiri sedar ketika mereka berlabuh di jeti tadi dan menambat tali bot bersama bot nelayan lain - semua penduduk kampung yang ada di situ memandang mereka seolah mereka ialah penceroboh dan pencuri. Sehinggakan ketika mereka memunggah barang daripada bot ke dalam lori milik tok penghulu, jelas sekali semua yang memerhati berbisik tidak puas hati. Pastinya semua tidak berpuas hati kerana tok penghulu membantu mereka bertiga.

Sedikit sebanyak Falah bersyukur kerana tok penghulu sudi membantu mereka, bukannya satu kepala dengan penduduk kampung yang kelihatannya sangat membencikan mereka.

"Macamana ni Falah? Habis semua barang kita dia simbah dengan cat." Henry menguis paku-paku yang sudah bergaul dengan cat menggunakan kakinya. Payah hendak buat kerja jika begini bentuk pakunya.

"Nampak sangat diorang dah sabotaj semua ini semalam.." Iman yang baru sahaja turun dari lori bersuara. Nafasnya dihela. Semestinya perkara ini berlaku semalam, buktinya semua cat sudah keras.

Falah berdiri tegak di hadapan dinding yang tertulis kata-kata usiran itu.

Nafasnya bergerak perlahan.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now