Serunai Maut | Henry | 15

12.4K 1.7K 315
                                    

BANG!

Meja mesyuarat ditampar. Semua tersentak.

Lagi sekali, Dato' Hussain mengamuk.

"Apa yang kalian semua fikir?! Bina masjid di pulau?! Adakah itu antara penyiasatan!!?"

Henry memejam mata. Menahan geram memikirkan siapakah yang melapor hal ini pada Dato' Hussain padahal dia sudah sehabis daya menyembunyikannya dari 'singa laut' itu, gelarannya untuk Dato' Hussain.

Namun tidak perlu berfikir lebih panjang, jelas sekali yang Dr Khalil yang sedari tadi menunjukkan riak garang di sisi Dato' Hussain bersama Melissa yang meniup kuku di salah sebuah kerusi mesyuarat - merekalah yang melaporkan hal ini pada majikan mereka.

"Kalian tinggalkan petugas saya di feri, kemudian kalian buat kajian tentang benda mengarut di pulau sana! Bina masjid?! What? Apa kalian ingat kalian ini gerakan dakwah ke apa?!"

Suara Dato' Hussain lantang.

Henry, Iman dan Falah memilih untuk diam sahaja.

"Saya dapat laporan bahawa kalian semua langsung tidak buka lampu pada waktu malam kerana mempercayai serunai.. Serunai apa? Maut? Hahaha. Apa yang merasuk kalian semua ini?" Dato' Hussain ketawa memperlekeh. Dr Khalil turut ketawa manakala Melissa hanya tayang muka selamba.

Henry mengetap rahang. Dipandang Iman, wanita itu tampak juga menahan sabar. Apabila dipandang Falah, Henry tidak tahu bagaimana Falah boleh berwajah setenang itu.

"Dan kamu Henry, kamu menyisihkan petugas saya! Bukankah kamu sudah berjanji untuk memasukkan mereka dalam setiap tugas kamu?"

Henry mengeluh. "Saya beri mereka kerja juga, yaitu menyiasat tentang feri tapi mereka yang tidak mahu." Jawabnya selamba.

"What?! Sejak bila pula aku tak nak?!" Dr Khalil berang.

Henry pandang lelaki itu, "Saya tak perlukan arahan dari orang macam kau. Dah lupa ayat itu? Doktor yang cakap macam tu pada saya semalam."

Dr Khalil mengetap gigi. Memang dia ada cakap begitu kerana hatinya tercabar bila dirinya diarah itu dan ini oleh Henry. Baginya yang boleh mengarahnya hanyalah Dato' Hussain.

"Sudah, saya tak mahu dengar kalian bergaduh. Apa saya mahu ialah satu hati, kerjasama. Kenapa susah sangat kalian mahu satu hati?" Dato' Hussain menggeleng kepala.

"Kamu tinggalkan anak buah saya macam tunggul kayu di feri, Henry. Itu tidak patut sama sekali!" Dato' Hussain marahkan Henry. Henry garu hidung.

"Satu lagi pekara, kenapa sampai sekarang tiada langsung laporan untuk saya? Khalil yang saya baru hantar semalam pun dah hantar laporan pada saya tahu! Kalian yang dah berminggu saya hantar ke mana semua laporan itu?"

Henry menghela nafas. Jika Dato' Hussain boleh menerima hal tidak logik bolehlah dia memberi laporan.

Tapi ini kalau setakat sebut serunai maut pun lelaki singa laut itu sudah ketawa remeh begitu apatah lagi jika disebut berbagai perkara lagi yang lebih tidak logik.

"Khalil, beritahu apa yang kamu dah dapat." Dato' Hussain mengarah.

Henry sudah garu belakang leher. Nafas dihela panjang-panjang.

Dr Khalil bangun dari kerusi, dengan penuh bangga dia berdiri di hadapan semua orang. Tersenyum angkuh.

"Daripada siasatan saya, ada seseorang yang telah mensabotaj lampu spotlight ke arah selatan. Dia telah halakan ke arah kapal kerana dia mahukan cahaya untuk membuat kerja kerana feri pada malam kejadian sangat gelap."

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now