| Kevin | 43

11.8K 1.7K 81
                                    

Imbas kembali.

MATANYA tercelik. Terus kegelapan menyambut pandangan. Nafasnya laju. Tangannya terasa sejuk.

Apa yang berlaku?

Perlahan dia mendudukkan tubuh, tangannya dapat merasakan fabrik lembut. Tilam. Dia sedar sekarang dia sedang duduk atas katil. Tangannya kemudian naik memegang kepala. Rambut yang jatuh diselit ala kadar.

Wajah diangkat ke sekeliling.

Seluruh ruang gelap. Tiada apa yang dia dapat lihat. Dia cuma dapat dengar bunyi kipas dan bunyi ombak di luar sahaja. Tangannya bergerak hendak mengambil telefon di meja tepi katil.

Sebaik dapat menyentuh objek segi empat itu, serta merta dia menekan punat on. Cahaya muncul sekaligus membuatkan mata Linda jadi silau. Dia kelipkan mata beberapa kali untuk menyesuaikan diri.

Jam di skrin telefon dipandang. Jam 1245 pagi. Spontan dia mengeluh. Kenapalah dia bangun sekarang? Baiklah dia tidur. Dia kembali berbaring, memaksa diri untuk tidur. Mata dipejam. Dia kena tidur.

Namun dia tak dapat tidur. Badannya rasa tak selesa.

Matanya dicelik semula. Tidurlah Linda! Dia memejam mata kembali. Namun lenanya tetap tak berkunjung. Akhirnya dia bangkit terduduk. Dua tanya naik meraup wajah. Nafas dihembus perlahan-lahan. Dua tangan dijatuhkan dari wajah. Terus ke tepi tubuh. Lembik.

Namun sesaat, matanya menangkap sesuatu yang asing. Suasana kubikel yang gelap tiba-tiba menjadi cerah!

Matanya terbeliak apabila dapat melihat bayang-bayang tingkap kubikel. Terus dia melemparkan pandangan ke luar tingkap yang bulat itu. Sebaik terlihat cahaya yang terang benderang dari luar tingkap, dia tak dapat menahan dirinya dari terlompat ke lantai. Terus dia menghampiri tingkap dengan wajah pucat lesi.

Saat berdiri di tingkap ini, dia dapat lihat dengan jelas bahawa cahaya ini adalah dari spotlight di dek atas. Sesekali spotlight gergasi itu kelihatan digerak-gerakkan. Cahaya lampu jadi bergoyang.

"Ya Allah.. Diorang ni tak faham bahasa ke apa?! Kan dilarang bukak lampu! Sengaja nak cari pasal!" Linda membebel-bebel perlahan. Tidak mahu menganggu rakan sebiliknya lain lain. Lantas tanpa berlengah dia terus merembat tudung di bucu katilnya dan menyarungnya ke kepala. Dengan berbekalkan telefon yang dipasang torchlight, dia terus keluar dari kubikel berlari ke dek atas.

Sesampai di dek atas, angin malam terus bertiup menyejukkan tubuhnya. Linda mula menyesal tidak menyarung kardigan dahulu sebelum keluar ke sini. Namun itu semua tidak penting. Cahaya lampu yang sedang dipasang itu lebih penting!

Linda mencari arah cahaya tadi, sekejap dia mundar-mandir di dek atas itu. Hilang punca. Apabila dia teringat yang biliknya di sebelah timur, maka dengan segera dia berlari ke arah timur. Sebaik kakinya memijak kawasan timur, dia terus dapat melihat sesusuk tubuh berjaket lengkap dengan hud sedang berbuat sesuatu pada lampu gergasi feri ini. Cahaya lampu terang benderang, mata Linda mula pedih.

"Encik!! Berhenti!!" Linda menjerit lantang. Sudah tidak dipedulikan keselamatannya menghadapi lelaki itu, yang lebih penting adalah lelaki ini telah melanggar pantang larang Pulau Jengka.

"Jangan buat kerja gilalah! Berhenti pasang lampu!!" Linda menjerit lagi apabila melihat susuk itu seakan terkaku.

Angin laut menampar tubuh. Menerbangkan hujung tudung. Linda cepat-cepat memegangnya sebelum auratnya terbuka. Tubuh dipeluk kemas-kemas. Sejuk.

"Encik patut tahu, kita tak boleh bukak lampu!! Kan Mr Suzuki dah jelaskan tadi!! Takkan tak faham lagi? Encik tolonglah tutup lampu itu!!"

Apabila lelaki itu mengabaikannya maka dia tiada pilihan lain, dengan segera dia berlari mendekati tiang yang menempatkan lampu gergasi itu.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now