| Falah | 23

11.6K 1.8K 212
                                    

SELURUH tubuh rasa membeku. Tenggelam ditarik bayu graviti. Pakaian terasa memberat dalam air. Nafasnya makin hilang.

'Tenggelam. Tenggelam.'

Bisikan itu masih terdengar dalam fikirannya. Membuatkan dia terus sahaja membiarkan dirinya dibawa arus. Seolah tubuhnya dikawal sesuatu yang tidak nampak.

"Iman,"

"Apa dia?"

"You tahu kan tentang.." Jeda.

"..kita?"

Iman pandang dia.

"Tahu. Mama I dah bagitahu semalam."

"So?"

"Apa so?" Dahi Iman berkerut.

"You rasa?"

Jeda lagi.

"Henry.." Iman tarik nafas. Tampak cuba mengawal rasa.

"I cuma anggap you rakan sekerja. And untuk bina rumahtangga dengan rakan sekerja, I tak minat. You pun tahu I macamana kan.."

Dia senyap.

"Lagipun I tahu.. You pun terpaksa macam I kan. Terdesak untuk cari pasangan sebab itu you terima je tawaran mama I." Iman lepas nafas.

"Kita tak saling mencintai kut.. Macamana kita nak kahwin?" Wanita itu kemudiannya ketawa.

"Iman.."

Iman memandangnya. Tawa wanita itu pudar.

"Tak salahkan kalau kita mencuba?"

"HENRY!!!"

"HENRY MIKAIL!!" Suara itu. Kedengaran sayup-sayup.

'Terus tenggelam Henry.. Jiwa kau biarkan tenang. Hati kau biarkan lapang. Kau sudah penat dengan dunia ini. Dengan hidup ini. Tenggelam.. Tenggelam.' suara itu mendahului.

Tubuhnya terasa lemah. Tidak mampu bergerak. Kakinya beku. Jemarinya sejuk. Nafasnya perlahan terhakis.

"Mika.."

Langkahnya mati dipanggil ibunya. Terus menoleh.

"Ya ibu?"

"Mika dah tahu keputusan Nadrah?"

Mika dan Nadrah. Panggilan daripada keluarganya.

Dia tersenyum. Menggeleng. Tadi ketika berjumpa dengan Iman, wanita itu banyak mengelak.

Ibunya tersenyum tenang.

"Nadrah call ibu tadi.."

Senyumannya pudar.

"Dia setuju."

"HENRY!!!"

Suara itu lebih kuat. Serentak itu tubuhnya terasa ditarik ke atas. Kolar kemejanya direntap kasar dalam air laut yang makin menghanyutkannya ini. Nafasnya sudah lama hilang. Menjadikan pandangan sekeliling jadi makin gelap. Tubuhnya hilang deria. Apa dia tahu, dirinya sedang ditarik ke atas ketika ini. Menjauh dari dasar lautan.

Menariknya daripada terus tenggelam.

Henry tertidur dalam laut.


IMAN tidak tahu hendak buat apa. Tidak sedar bilakah air matanya menitis jatuh ke atas lantai perahu. Tekaknya sudah perit menjerit nama Henry dan Falah. Sudah hampir lima minit lamanya dua lelaki itu hilang.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now