01 '

142K 3.9K 345
                                    

"Aduh sakit daddy! Sakit! Jangan pukul wawa .." suara rintihan anak kecil memenuhi ruang tamu.

Dia dipukul tanpa belas kasihan. Lelaki itu benar-benar melepaskan amarahnya kepada anak kecil itu.

"Jangan pukul wawa abang! Pukul saja saya! Tolong jangan buat anak kita macam ni ! " kini suara rayuan dari seorang wanita pula kedengaran.

Dengan segala kudrat yang ada, wanita itu cuba menyelamatkan anak gadisnya dari menjadi mangsa amukan lelaki tersebut. Tetapi nasib tidak menyebelahi wanita itu apabila lelaki tersebut menendang tepat perutnya.

" Mummy! " serta merta Bella Najwa terjaga dari tidurnya. Dadanya berombak kencang dengan nafas yang tidak teratur. Butiran peluh mula membasahi dahi gadis itu. Mimpi itu, ia datang kembali. Mimpi yang pernah menjadi realiti.

Bella Najwa melangkah kaki menuju ke bilik air. Dia perlu mandi untuk menghilangkan trauma yang pernah dialaminya dulu. Hanya air yang boleh membuatkan dia tenang.

Jam menunjukkan baru pukul 5 pagi. Bella Najwa menunaikan solat tahajjud sebelum tunggu azan subuh berkumandang. Walaupun dia  freehair,  dia tidak pernah lupa akan kewajibannya yang satu itu. Bella Najwa selalu berharap Tuhan membuka pintu hatinya untuk berhijab.

Setelah selesai menunaikan kewajiban, Bella Najwa mengaturkan kaki ke dapur untuk menyediakan breakfast buat mummy nya. Hanya omelette yang tahu di masaknya. Itupun jenuh berperang dengan minyak. Selain itu, Bella Najwa juga pandai memasak maggie..

"Morning mummy.. Jom breakfast. "  Bella Najwa menyapa mummy nya dengan pelukan dan morning kiss. Dia memang seorang anak yang manja.

"Morning sayang. Wah wawa masak apa ni? Omelette again ?" Soal mummy nya dengan sedikit sindiran. Bella Najwa hanya tersengih menunjukkan gigi putihnya.

"Apa wawa masak, semua mummy makan. Don't worry ok? Just jangan bagi mummy makan racun sudah laa.. Hehe " mummy nya cuba membuat lawak.

"Ish mummy ni, takkan wawa nak bagi mummy makan racun kot. Nyawa orang lain wawa selamatkan, takkan laa nyawa mummy sendiri wawa nak ragut. " Bella Najwa mencebik bibir tanda dia tidak puas hati dengan lawak mummy nya itu.

"Muncung laa bibir tu, jadi itik baru tahu.. Wawa masuk kerja pukul berapa ni? " soal mummy nya.

"Haa mummy, sumpah laa anak sendiri jadi itik.. Jadi betul baru tahu. " Bella Najwa bertambah tidak puas hati bila mendengar ayat mummy nya itu.

"Wawa masuk kerja pukul 8 japgi..harini wawa on call, so kena masuk awal sikit. " sambung Bella Najwa lagi.

"Okay.. Mummy balik lewat sikit tau harini. Ada kerja yang nak kena diuruskan di cafe tu. " mummy nya bersuara sambil menikmati masakannya itu.

"Mummy jangan la kerja kuat sangat. Jaga kesihatan sama. Kan wawa dah cakap yang wawa boleh tanggung kita berdua. Tutup je lah cafe tu, biar wawa kerja sorang and tanggung mummy pula.." Bella Najwa berbicara panjang lebar.

"Wawa tahu tak dengan cafe tu lah mummy besarkan wawa sampai wawa jadi doktor. Dengan cafe tu juga lah kita berdua boleh teruskan hidup dulu. Kalau tak ada cafe tu ---"

"Mummy wawa dah lewat nak pergi keja. Got to go mummy, i love you!! " Bella Najwa mencium pipi mummy nya kiri kanan dan mengucup tangan tua itu. Dia terus mengambil kunci kereta dan handbag nya lalu berlari keluar.

Tahu sangat lah perangai Bella Najwa yang satu itu, alah dengan leteran mummy nya. Wanita tua itu hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai anak gadisnya.

"Good morning doktor Bella. " para staf nurse menyapa Bella Najwa sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk ke ruangan mereka.

"Morning, hai.. " Bella Najwa membalas sapaan mereka.

Bella Najwa memang dikenali dengan sikap peramahnya. Tetapi peramah hanya dengan kaumnya sendiri sahaja. Jika dengan kaum lelaki, dia sangat dingin sehingga digelar princess ice.

"Hai Bella." kini giliran doktor Arfan pula yang menyapa Bella Najwa. Gadis itu hanya tersenyum kekok. Tiada balasan yang diberikan.

Doktor Arfan yang tua dua tahun dari Bella Najwa itu memang telah lama menaruh hati pada gadis itu. Tetapi semakin dia mendekati gadis itu, semakin gadis itu menjauh.

"Nurse,  Bella nak fail pesakit katil 18 tu boleh tak? " Bella Najwa meminta sopan. Doktor Arfan yang merenung nya itu tetap tidak dilayan.

"Thankyou.. Bella minta diri dulu ya.. " Bella Najwa meminta diri setelah fail berserah tangan .

Fail yang mengandungi maklumat pesakit itu dilihat secara teliti. Kaki melangkah laju menuju kearah pesakit tersebut dengan mata yang masih lagi tercacap pada maklumat.

"Aduh" Bella Najwa mengaduh kesakitan apabila kepalanya terlanggar dengan sesuatu yang keras.

"Oh my god, sorry. Saya tak sengaja. " Bella Najwa meminta maaf apabila tersedar benda yang dilanggar nya tadi itu adalah manusia.

Manusia yang berpakaian serba hitam yang disertakan topi itu merempuh bahu Bella Najwa kuat sehingga hilang keseimbangan gadis itu. Manusia itu seakan-akan kalut untuk berlalu pergi.

" shit " Bella Najwa mencemuh perlahan. Bahu yang terasa pedih digosoknya. Fail yang jatuh diambil kasar kerana sebal dengan manusia tadi itu.

"Nasib aku tak nampak muka kau. Kalau tak , memang mampus kau dengan aku. " masih sempat Bella Najwa berleter. Pandangan orang awam padanya hanya dibuat tak tahu.

Kaki sambung melangkah ke katil pesakit nombor 18 itu.

"Assalamualaikum pakcik.. Pakcik rasa macam mana harini? Okay sikit tak? " Bella Najwa menyoal sambil senyuman manis dihadiahkan kepada pesakitnya. Walaupun dia benci akan lelaki, tetapi Bella Najwa tetap bersikap profesional apabila melibatkan pesakitnya.

"Walaikumsalam. Alhamdulillah okay sikit. Doktor, pakcik takut.. Tadi lelaki tu..dia yang pukul pakcik haritu. " balas lelaki tua itu. Jelas riak ketakutan terpancar pada wajahnya yang sudah cengkung itu. Luka dan lebam-lebam pada wajahnya memang jelas menyatakan bahawa dia dipukul.

Bella Najwa jelas terkejut selepas mendengar pernyataan pesakitnya itu. Lelaki itu? Lelaki mana ? Mata Bella Najwa meliar ke sekitar mencari lelaki yang dikatakan oleh pakcik itu. Tetapi tiada siapa yang aneh dipandangan mata Bella Najwa.

"Siapa pakcik? " Bella Najwa menyoal.

"Lelaki tadi. Lelaki yang doktor langgar tadi. " balas pakcik itu bersungguh.

"Tolong pakcik nak. Pakcik takut.. "Sayu pakcik itu bersuara meminta tolong pada Bella Najwa.

"Pakcik jangan risau ya. Kat sini takde siapa yang boleh ganggu pakcik. Pakcik selamat dalam hospital ni sebab pengawalan ketat." Bella Najwa cuba menenangkan pakcik itu sambil fikirannya memikirkan lelaki yang dilanggarnya tadi.

"Boss, lelaki tua tu sekarang ni ada di hospital. Kitaorang tak boleh nak tangkap dia sebab pengawalan di hospital terlalu ketat. " lelaki itu bersuara menyampaikan maklumat pada boss nya.

"Bodoh! Itu pun kau tak boleh nak uruskan! " lelaki yang digelar boss itu menendang kuat perut lelaki tersebut.   Tidak cukup dengan itu, mukanya turut menjadi mangsa tumbukkan.

"Kau tahu kan apa aku akan buat kalau arahan yang aku suruh gagal dilaksanakan? " boss itu bersuara kembali sambil mengacukan pistol ditangannya pada lelaki tersebut.

"Boss tolong boss saya janji akan---"

Bang

Bunyi tembakan kuat kedengaran. Peluru yang dilontar mengena tepat pada dahi lelaki tersebut. Dalam sekelip mata, lelaki itu sudah tidak bernyawa.

♣♣♣

Hello readers.. Ni cerita pertama sis yang berkaitan dengan mafia.. If ada kekurangan, im sorry.. I'll try my Best ♡

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now