15 '

56K 2.5K 241
                                    

Bella Najwa pov

"Kau diam sebelum aku cium kau! " Edmund Carl memberi amaran kepadaku. Puih!!  Bising sikit je cium, bising sikit je cium!  Pelik punya manusia.

Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap kereta. Hm, dia nak bawak aku pergi mana ni..

Tidak tahan dengan kesunyian didalam kereta, tangan aku cuba menekan punat radio. Namun belum sempat radio itu mahu hidup, tangan aku sudah ditampar oleh lelaki psycho disebelah aku ni.

"Don't touch anything " dia bersuara keras. Cehh kedekut betul! Nak buka radio pun tak boleh.

Aku mencebikkan bibir. Sesekali mata aku memandang kearah dia. Hm hensem jugak mamat ni.. Tapi sayang.. Common sense takde..

"Kau tengok apa? Aku tahu la aku ni hensem, takyah nak tengok sampai ternganga mulut tu. " Edmund Carl bersuara. Aduhh kantoi.. Hm dari dulu sampai sekarang, aku memang takde bakat dalam mengusha orang.

"Mana ada saya tengok awak! Saya tengok kera yang kat sebelah sana tu lah.. Tu! Tu! " demi menjaga nama baik aku sebagai Bella Najwa, aku cuba mencari alasan terbaik. Siap jari ditunding kearah yang dimaksudkan. Halahh bukannya dia perasan ada kera ke tak tadi.

"Tangan kau ni boleh duduk diam-diam tak? " dia berkata perlahan lantas mengambil tangan aku dan digenggam nya erat. What the.. Suka hati kau je nak pegang.

"Lepas lah! Saya tak selesa! " aku bersuara dengan nada yang tegas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lepas lah! Saya tak selesa! " aku bersuara dengan nada yang tegas.

"Habis kau fikir aku selesa bila kau tak reti duduk diam? Dah macam kera aku tengok. " Edmund Carl membalas sambil melihat ke arah muka aku sebentar sebelum pandangannya ditumpukan kearah jalan semula.

Daripada aku nak sakit hati lawan mulut dengan mamat bebal ni, lebih baik aku diam! Annoying sungguh perangai dia. Dah la samakan aku dengan kera! Dia tak tahu ke yang perangai dia lagi teruk dari beruk? Huhh..

Setelah beberapa jam perjalanan yang entah hala tujunya kemana pun aku tak tahu, akhirnya Edmund Carl berhenti disebuah tempat. Ok, tempat ni agak sunyi sebab dikelilingi oleh pokok pokok. But guess what.. Rumah yang berada dihadapan mata aku ni sumpah cantik gila.

"Where are we? " aku menyoal kepadanya setelah dia membuka pintu kereta bahagian aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Where are we? " aku menyoal kepadanya setelah dia membuka pintu kereta bahagian aku.

"Tempat pelacuran. " selamba sahaja mamat ni menjawab.

K muka aku dah pucat.

"Ish kau ni! Aku melawak jela. Dah dah jom masuk. " HA. HA. HA lawak sangat.. Dia menarik lengan aku menuju ke rumah tersebut. Sejujurnya aku tidak sedap hati sekarang ini.

"Kita buat apa kat sini? " soal aku lagi dengan rasa yang tidak puas hati.

"As we had promised before. You will be my slave. Not remember it? " dia membalas sambil tangan cuba untuk membuka kunci pintu rumahnya.

"Bila masa saya setuju?! " soalku dengan geram. What the.. Aku setuju apa pun tidak. Suka sangat buat keputusan sendiri!

"So kau prefer nak bayar rm10000 tu? Or kau lebih prefer nak masuk lokap? Aku boleh je nak pergi ambik balik cek tu kalau kau tak setuju. " Edmund Carl bersuara dingin. Hm aku tak tahu nak kata apa. Adakah dia satu satunya jalan penyelesaian terbaik untuk aku?

"Okay saya setuju... "

"Tapi kenapa awak bawa saya datang sini?! " soal aku dengan nada yang masih lagi tegas. Walaupun aku setuju dengan cadangan bodoh tu, aku tetap perlu berhati-hati.

"Ish kau ni pekak ke apa? Tadi aku dah jawab soalan tu. Baru satu minit lepas kau tanya. Pastu tanya lagi. " dia bersuara sambil memandang kearah aku yang hanya separas bahunya ketika ini.

"Takkan nak kena jadi slave kat sini kot! " seperti biasa. Aku dan keras kepala berpisah tiada.

"Habis kau nak jadi slave kat mana? Ada ke orang jadi slave kat tengah jalan? Nak buat apa kat tengah jalan? Nak sapu jalan tar tu? Nak mop jalan tar tu? Nak masak kat jalan tar tu ? Macam tu ?" dia berleter panjang. Perghhh first time dia cakap ayat yang panjang. Berleter mengalahkan mummy ni.

"Hehe, memang la tak.. " aku hanya mampu menghadiahkan senyuman kerang busuk.

"Masuk. " dia bersuara. Cehh cakap pun macam bagi arahan untuk askar askar je.

Kaki aku melangkah masuk kedalam rumah tu. Wahhh cantiknya.. Walaupun tak besar mana, tapi decorations dia cantik sangat. Dan...

"Hachummm! " aku terbersin kuat. Bapak ah berhabuk gila rumah ni! Ni orang ke beruang yang duduk ni?

"See? So ni first job kau as my slave. Aku nak kau bersihkan tempat ni. " dia memberi arahan sekali lagi. Gila. Aku tarik balik ayat yang rumah ni tak lah sebesar mana tu.

Mummyyyyy!! Wawa ni pegang penyapu kat rumah pun jarang, inikan pulak nak membersihkan rumah orang. Hm, demi hutang.. Sis redha.

"Semua peralatan untuk kerja pembersihan ada kat dalam stor tu. So if u need anything else just panggil aku kat tingkat atas. Aku nak mandi jap. "

"And. Jangan masuk kedalam bilik tu. Only that room" dia menunjukkan kearah bilik yang dimaksudkan.

Kaki lelaki itu terus melangkah ke tingkat atas. Aku hanya memandang tubuh lelaki itu dari belakang. Aumm, tegap.. Hehe sempat lagi ye kau Bella. Najwa..

"Alright now jom kita start! Hm nak start dari mana dulu eh? "

"Haaa situ! Okay good. First benda alah ni kita lempar kat luar dulu. " sofa yang berwarna merah tu aku cuba alihkan untuk memudahkan aku menyapu. Tapi ya tuhan, berat gila. Hm kita seret jela. Maaf lantai, aku harap kau tak calar sangat. Ini demi kebaikan tuan kau jugak.

Okay settle alih sofa, now kita sapu pulak. Kat mana dia cakap ada barang tu tadi?

Bilik ni or bilik ni eh? Hm k aku pening antara dua bilik ni. Dah la duduk sebelah sebelah.

Dia kata jangan masuk bilik ni ke bilik ni ? Aku bertapa di situ selama beberapa minit sebelum membuat keputusan untuk membuka pintu yang disebelah kanan. Orang kata kanan lebih afdal. Buka buka sahaja pintu aku terus nampak...

"ARGHHHHH!!! "













Hehehehe korang Agak²  Bella Najwa nampak apa eh? Cer teka cer teka 😂 HAHAHAHAHAHA!! nanti kita sambung 😉 so, enjoy gais 😘

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now