31 '

48.5K 2K 381
                                    

Bella Najwa pov

Aku melihat jam pada dinding. Waktu tepat menunjukkan pukul 8 pagi. Tinggal lagi sejam sebelum temu janji aku dengan pengarah hospital. Aku memegang dada yang sudah berdetak laju.

"Fuhh chill wawa, everything gonna be okay.. " aku cuba untuk memberi kata-kata semangat pada diri sendiri. Walaupun sebenarnya aku memang takut separuh mati sekarang ni.

Aku melangkah menuju ke bilik tidurku. Almari pakaian dibuka. Haih ni lagi satu struggle jadi perempuan. Aku tak tahu apa yang patut di pakai.

Baju blouse bewarna coklat muda aku capai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju blouse bewarna coklat muda aku capai. Okay laa ni, tak terlalu casual sangat.

Selepas bersiap ala kadar. Aku terus mencapai kunci kereta dan menuju ke hospital. Stereng kereta aku genggam erat cuba untuk mencari kekuatan.

Bangunan putih yang gah berdiri di tengah kota sibuk itu mula kelihatan. Aku melilau di kawasan hospital itu untuk mencari parking. Hm penuh macam biasa.

Gotcha! Ada satu parking. Haha berpeluh jugak laa nak kena jalan sebab tempat parking agak jauh dari pintu lobi.

Tak kisah laa, perasaan takut lebih menguasai sekarang ini. Yang penting aku perlu dapatkan balik pekerjaan aku.

Kaki melangkah laju menuju ke pintu hospital. Wajah-wajah nurse di situ tersenyum manis menyapa aku. Hm nurse pelatih i guess? Sebab tak pernah nampak pon sebelum ni.

"Oh my god!!! Doktor Bella!! " suara nyaring seorang wanita menyapa aku dari belakang. Mata-mata semua melihat ke arah kami, mungkin kerana suara dia yang terlalu kuat.

"You buat apa kat sini? Ya Allah lamanya i tak nampak you. "

"Hi doktor ziha.. Long time no see. " aku membalas sapaannya ramah. Tubuh gadis itu aku peluk seketika.

"You pergi mana selama ni? Ramai orang tanya pasal you tau. " dia menyoal. Jelas wajah ingin tahu terukir di wajah wanita itu.

"I ada problem sikit sebelum ni but no need to worries, Alhamdulillah semua dah settle. "

"Eh i ada appoinment dengan pengarah ni.. Nanti kita borak lagi eh. Bye ziha." aku menyambung kata-kata aku sebelum doktor ziha menyoal dengan lebih lanjut. Siapa tak kenal doktor ziha dengan perangai kepoh dia tu ? Kalau boleh sampai lubang cacing pun dia nak korek.

Aku sudah tiba di hadapan bilik pengarah. Meja assistant yang menempatkan seorang lelaki itu aku tuju.

"Hi, i ada appoinment dengan pengarah pukul 10. " aku memberitahu lelaki itu. Kelihatan dia sedang sibuk menaip sesuatu di laptop miliknya. Sampaikan soalan aku pon dia buat tak tahu.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now