04 '

59.8K 2.9K 157
                                    

Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Suasana didalamnya sangat kekok sehinggalah doktor Arfan mula bersuara.

"Bella.. Can i ask u something? "

Bella Najwa hanya mengangguk. Mata di kerling sedikit kearah doktor Arfan. 

"Why u hate me ?" soal doktor Arfan. Bella Najwa yang mendengar itu mula rasa bersalah.Memang Bella Najwa akui yang selama ini dia agak berkasar pada doktor Arfan.  Nafas ditarik dalam sebelum dia mula bersuara.

"No, i'm not hate u. Just.. I rasa tak selesa bila dekat dengan lelaki. I ada sebab i tersendiri. I'm sorry doktor Arfan sebab selama ni i banyak buat u terasa dengan i. " Bella Najwa menundukkan kepalanya kebawah. Masih rasa bersalah terhadap lelaki itu.

"It's okay, i faham. I hope we can be friend.. " doktor Arfan bersuara sambil tersenyum lebar. Peluangnya untuk memiliki Bella Najwa semakin cerah.

Setelah 30 minit perjalanan akhirnya Bella Najwa dan doktor Arfan telah sampai ke rumah milik Dato' Hans Carl. Kereta diparkir diperkarangan rumah yang luas itu.

Mulut Bella Najwa sedikit ternganga kerana terkedu-terkesima-terpesona dengan kebesaran dan keindahan rumah itu. Seketika dia sedar ke realiti apabila terasa tangannya dipegang oleh doktor Arfan. Lelaki itu memimpin tangan Bella Najwa untuk masuk kedalam. Dan gadis itu tidak menolak kerana dia perlahan-lahan cuba untuk menerima doktor Arfan.

(Rumah Dato' Hans Carl)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Rumah Dato' Hans Carl)

Bella Najwa menjadi lagi teruja apabila dia melangkah masuk kedalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bella Najwa menjadi lagi teruja apabila dia melangkah masuk kedalam rumah. Reka bentuk dan susun atur perabot di rumah itu sangat menepati cita rasanya.

Kelihatan beberapa rakan doktor yang lain sudah sampai. Mereka menegur mesra Bella Najwa dan doktor Arfan. Ada juga yang mengusik mereka berdua kerana datang sekali. Rumah itu dipenuhi dengan gelak tawa.

Seketika terlihat wajah Dato' Hans Carl dan isterinya Datin roses melangkah turun dari anak tangga. Wajah mereka terukir senyuman mesra menyambut kedatangan tetamu.

"Welcome to my house. Tujuan saya menjemput kamu semua kesini kerana ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa syukur saya kerana kamu semua telah berjaya menyelamatkan nyawa isteri saya. " Dato' Hans Carl bersuara ramah. Tangannya bersalam dengan doktor-doktor lelaki disitu.

"Thankyou Dato'. Memang dah tugas kami semua untuk menyelamatkan nyawa pesakit kami. " Bella Najwa selaku ketua OP bersuara. Senyuman manisnya dihadiahkan kepada datin Roses yang sedari tadi memandangnya.

kelihatan seorang lelaki dengan berpakaian kot melangkah masuk kedalam rumah. Wajah kacaknya yang sedikit seperti orang Turkey itu tersenyum manis kearah mereka. Doktor wanita yang lain sudah bertamparan sesama sendiri kerana cair dengan senyuman lelaki itu. Tetapi tidak untuk Bella Najwa. Gadis itu hanya menunjukkan riak biasa.

"Perkenalkan ini anak saya, Aciel Carl." Dato' Hans Carl bersuara memperkenalkan anak lelakinya itu.

"Hye guys. " lelaki yang bernama Aciel Carl itu menyapa ramah membuatkan para gadis disitu tersenyum manja. Bella Najwa hanya memasang muka menyampah melihat rakan-rakan sekerjanya itu.

Riak wajah gadis itu di perasan oleh Aciel Carl. Lelaki itu tergelak perlahan kerana berasa comel dengan expression yang ditunjukkan Bella Najwa.

Dato' Hans Carl menjemput semua tetamunya ke meja makan selepas mereka berbasa-basi disitu. Meja makan yang panjang itu dilihat Bella Najwa kagum. Kalau boleh semua benda yang dilihat Bella Najwa dalam rumah ini hendak dikagumi nya.

Belum sempat Bella Najwa mahu menarik kerusi, sudah ada seseorang yang tolong tarik untuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belum sempat Bella Najwa mahu menarik kerusi, sudah ada seseorang yang tolong tarik untuknya.

"Have a seat pretty. " Aciel Carl bersuara. Pipi Bella Najwa memerah kerana semua mata tertumpu ke arah mereka.

"Thanks. " Bella Najwa bersuara perlahan. Gadis-gadis lain yang disitu mula cemburu akan Bella Najwa. Doktor Arfan yang disebelahnya juga memasang muka tidak puas hati pada Aciel Carl.

Bella Najwa terasa ingin cabut lari sahaja sekarang ini. Bayangkan, disebelah kanannya ialah doktor Arfan dan disebelah kirinya Aciel Carl. Sungguh dia tidak selesa!

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now