03 '

66.9K 2.9K 543
                                    

"Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu didunia ini ~~~" Bella Najwa menyanyikan lagu baby pian yang sedang top di Malaysia sekarang ini.

Selepas kejadian yang memalukan tadi, hipotalamus Bella Najwa menjadi tidak betul atau boleh dikatakan , hipotalamus beliau termakan racun tikus.

Sekejap dia menangis, selepas itu ketawa dan tiba-tiba dia menjerit pula.

Mummy nya yang melihat itu sudah berkira-kira mahu menelefon pak ustaz kerana menganggap anaknya dirasuk jin.

"Mummy maruah wawa dipijak-pijak mummy.. Huwarhh. " Bella Najwa menangis meratapi nasibnya. Minah ni kalau berdrama memang nombor satu..

"APA?! SIAPA YANG ROSAKKAN KAMU?! CAKAP CEPAT BELLA NAJWA! " mummy nya yang salah faham dengan ayat Bella Najwa itu menjerit kuat. Mummy Bella Najwa juga ratu drama.. Mana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi bukan?

Telinga Bella Najwa dipulas kuat. Hampir luruh jantungnya mendengar ayat Bella Najwa itu.

"Aduh! aduh mummy! Ish bukan yang tu lah.. Lepas la telinga wawa mummy.. Sakit.. " Bella Najwa merayu pada mummy nya agar melepaskan telinga dia. Hampir tercabut dibuatnya.

"Habis tu maruah apa yang wawa maksudkan? Bagitahu mummy cepat! Jangan buat mummy risau. " mummy Bella Najwa melepaskan nafas lega kerana anggapannya sebelum ini salah.

Bella Najwa menceritakan kejadian yang dia alami tadi pada mummy nya.

"HAHAHAHAHAHAHA" mummy Bella Najwa ketawa kuat sehingga meleleh sedikit air matanya mendengar cerita anaknya itu.

Bella Najwa yang mendengar itu menekup mukanya ke bantal dan sambung menangis. Semakin menjadi-jadi tangisan dia apabila mendengar mummy nya ketawa.

Loceng rumah ditekan Edmund Carl berulang-ulang kali. Naik menyampah dia menunggu tuan rumah itu membuka pintu. Sesekali pintu itu menjadi mangsa tendangan nya.

"Yaa kejap! Aduh tak menyabar betul." sahutan suara lelaki kedengaran dari dalam rumah.

Pintu rumah terbuka. Terpampang muka Edmund Carl yang tidak puas hati. Ya, dia tidak suka menunggu.

"Ingat dah mati kat dalam tu tadi." Edmund Carl memerli lelaki yang bernama Robin itu.

Edmund Carl terus melangkah masuk walaupun tidak dipelawa oleh Robin. Robin hanya membiarkan lelaki itu melintasi nya.

"Where's my drug? " soal Robin pendek.

"Money became first. No money, no drug babe. " Edmund Carl menjawab sambil menghembuskan asap rokok ke muka Robin.

Robin mengetap giginya geram. Beg yang berisi duit itu dicampak kepada Edmund Carl kasar.

Setelah berpuas hati dengan nilai yang diberikan , baru lah Edmund Carl menyerahkan dadah sejenis Ecstacy itu kepada Robin.

"Selamat ber'high' bro. " Edmund Carl tersenyum sinis melihat Robin yang sudah teruja mendapat dadahnya itu.

Seketika telefon bimbit Edmund Carl berdering. Panggilan diangkat sambil kaki melangkah keluar dari rumah Robin.

"Hello papa. How are you? " Edmund Carl bersuara menyapa papanya.

"Hello Edmund.. Hm kamu ni, kalau nak harapkan kamu call papa, tunggu papa mati dulu laa jawabnya. "

"Sorry paa.. Edmund busy sikit.."

"Yelah.. Bila la kamu nak kerja dengan syarikat papa ni? Syarikat Carls Holdings tu dah lama tunggu kedatangan kamu.. "

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now