35 '

51.6K 2K 247
                                    

Warning : kalau rasa diri anda tak berapa nak cukup umur , boleh laa skip part yang last sekali yaa.. I already told you this so any risk is on your own :)

♣♣♣

"Awad hang balik tak bagitau aku dulu? Penat tau dak aku cari hang kat sana. Call pon tak reti nak angkat. "

Mimi sudah mencekak pinggangnya dengan muka yang masam.

Aku mengigit bibir perlahan cuba untuk mencari alasan yang bernas. "Sorry tadi aku period sebab tu aku balik dulu naik grab. And phone aku takde bateri. Sorry eh.. "

"Laaa yakaa.. Hm takpa laa.. Patut aku tengok hang macam takdak mood kat majlis tadi. "

Aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba rasa bersalah datang menyerbu.

"Aku mintak maaf tau.." aku bersuara ikhlas.

"Alaaa takpa, aku faham. Perempuan kalau mai bulan memang mood ke laut, hehe. "

"Mimi.. " aku menatap matanya dalam. Serba salah nak cakap, tapi aku terpaksa. " boleh tak kau jangan rapat sangat dengan boss kau tu? Aku tak sedap hati lah. "

Bukan setakat tak sedap hati, malah aku sakit hati. Aku tak nak mimi jadi mangsa iblis dia yang seterusnya.

"Kenapa dengan boss aku? Dia baik lah Bella. Dia siap ajak aku dinner tau malam esok. And you know what?! Aku rasa dia suka aku! " mimi bersuara teruja. Senyuman di bibir dia tu buat aku rasa nak menangis.

Tolong jangan percaya syaitan tu mimi. Lelaki tu kejam, malah lagi kejam dari syaitan.

"Kau suka dia? " soalan aku membuatkan mimi diam seketika.

Dia bermain dengan jarinya sambil menundukkan kepala. "Aku taktau. Aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku. Tapi setiap kali dia senyum dekat aku, aku rasa bahagia. Kalau boleh hari-hari aku nak dia senyum dekat aku. Dia baik. "

Aku menahan air mata yang berada di tubir. Aku bukan cemburu. Yaa aku yakin itu. Aku cuma sedih sebab Mimi sudah termasuk dalam jerat syaitan tu. Lelaki tu banyak muslihat.

"Mimi, tolong jangan cepat percaya dengan lelaki. Mereka banyak helah. Dan jujur aku cakap, aku tak suka tengok boss kau. "

"Kenapa hang yakin sangat yang boss aku tu jahat. Hang kenal dia ka? "

Lebih dari kenal mimi. Tapi aku tak boleh bagitahu kau kisah silam aku. Sebab aku yakin yang kau akan berhenti kerja dekat syarikat itu kalau kau tahu. Aku tak nak jadi punca impian kau hancur.

Cuma dengar cakap aku. jangan rapat dengan dia, dan kau akan selamat.

"Tak aku tak kenal. "

"Habis tu apa hak hang nak tuduh dia macam tu? Jangan sebab daddy hang, hang nak hukum semua lelaki atas muka bumi ni. Semua manusia tak sama Bella.. "

Ayat mimi bagaikan batu besar yang menghempap kepala aku. Kali ini aku dah tak dapat bendung air mata aku dari terus mengalir.

Yes, memang dulu aku benci lelaki sebab daddy aku. Tetapi sekarang ni aku dah ada sebab yang baru. Dan sebab itu adalah lelaki durjana itu. Edmund Carl.

Aku mengangkat punggung dan berlalu masuk ke bilik. Malas nak bertikam lidah dengan gadis itu. Lagipun aku hanya menumpang di sini.

Panggilan mimi aku abaikan. Aku tidak marah dekat gadis itu. Cuma aku kecewa sebab dia bangkitkan hal daddy. Dan aku juga kecewa sebab tak boleh terangkan hal yang sebenarnya.

BAD MAFIA [COMPLETED] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora