28 '

48.3K 2.1K 210
                                    

Bella Najwa merenung lama batu nisan dihadapannya. Matanya sudah merah dan sembap kerana terlalu lama menangis

"mummy.." panggilnya sayu. dia kemudiannya memeluk tanah itu seolah-olah memeluk ibunya. Air mata terus mengalir perlahan di pipi.

Edmund Carl yang memerhati turut rasa bersimpati akan nasib malang yang dilalui gadis itu. sudah satu jam dia menunggu Bella Najwa, namun tiada tanda-tanda yang gadis itu mahu beredar.

"Let's go.. Nak hujan dah ni.. " Edmund Carl mengajak gadis itu untuk pulang. Belakang tubuh gadis itu diusapnya perlahan.

Bella Najwa menggeleng kepala lemah.

"Taknak, nak teman mummy kat sini. " dia bersuara sambil tersedu sedan. Hingus di hidung di lap pada hujung lengan baju.

"Jom laa.. Esok kita datang melawat mummy kau lagi. Kita bawak bunga sekali eh? Please bella? " Edmund Carl bersuara memujuk. Sejujurnya dia tidak pandai memujuk. Jika nak ikutkan hati, nak sahaja dia mencempung tubuh gadis itu dan bawak masuk dalam kereta.

"Mummy, esok wawa datang tengok mummy lagi eh. Mummy tunggu wawa tau.. Isk isk.. " masih tersisa tangisan gadis tersebut.

Bella najwa berdiri lemah. Matanya melihat pada wajah Edmund Carl. Senyuman palsu cuba diukir untuk lelaki itu.

"Jom.. " ajaknya perlahan sambil mengatur langkah menuju ke kereta.

Kau sangat kuat Bella Najwa..

♣♣♣

"So apa plan kau lepas ni? " Edmund Carl bersuara memecah kesunyian di dalam kereta.

Wajah bella najwa dipandang sekilas. Kelihatan gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.

Soalan yang tidak tepat, diwaktu yang tidak tepat.

Edmund Carl mengambil tangan gadis itu dan diletakkan di atas pehanya. Tangan runcing itu dielusnya lembut.

"You have me.." Edmund Carl bersuara  memberi semangat.

Namun tidak sampai beberapa saat, gadis itu menarik tangannya kembali. Hanya reaksi dingin yang diberikan.

"Aku tahu aku dah banyak sakitkan kau. Jadi bagi aku peluang untuk tebus semua kesalahan aku bella.." Edmund Carl tidak berputus asa dan dia benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya.

Bella Najwa tetap begitu. Dingin tanpa sebarang reaksi. Pandangan pula dibuang diluar tingkap.

Beri dia masa. Gadis itu masih sedang mencerna apa sebenarnya yang berlaku dalam hidupnya.

Sesampai sahaja di hotel, bella najwa terus merebahkan tubuhnya diatas katil. Tidak sampai beberapa minit, gadis itu sudahpun diulit mimpi. Mungkin kerana terlalu penat. Ataupun dia cuba untuk lari dari realiti dunia yang kejam.

"Are you already sleep ?" edmund carl menyoal lembut. Setelah beberapa saat tidak mendapat respon dari gadis itu, tahu la dia yang gadis kesayangannya itu telah tidur.

Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh tubuh bella najwa. Sebuah kucupan hangat dihadiahkan lama pada dahi gadis itu. Kemudian dia menutup lampu bilik. Hanya lampu luar jalan yang menerangi bilik hotel mereka.

"I love you, my baby girl. So i will take revenge on your behalf.."

Sepucuk pistol yang disimpan di dalam beg diambil. Kemudian pistol itu diselit pada bahagian belakang poket seluarnya. Lelaki itu membawa diri keluar dari bilik hotel tersebut dengan wajah yang penuh dengan dendam.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now