41 '

48.8K 2K 621
                                    

Bella Najwa menatap dirinya di dalam cermin. Gaun putih yang dipilih di butik perkahwinan haritu tersarung cantik di tubuhnya. Muka pula disolek dengan solekan 'light make up'. Walaupun hanya mengenakan solekan yang simple, wajah gadis itu tetap nampak berseri-seri.

Rantai silver dengan berloketkan huruf z dipakai pada leher. Dr Zafrael kata, itu pemberian hadiah kecil darinya.

Bella Najwa memegang loket rantai itu erat. Air mata di tahan takut solekannya rosak. Dia sebak, di hari-hari bahagianya, mummy dan daddy nya tiada. Dia sendirian. Tiada wali dan tiada wakil keluarga.

Yang ada hanyalah Mimi. Dari semalam sahabat baiknya itu gigih menyiapkan beberapa dulang hantaran untuk dibalas kepada pihak pengantin lelaki.

"Haaa besiap dah? Jom cepat, satgi kita lambat. " Mimi yang berada di depan muka pintu bilik menghampiri Bella Najwa.

"Mimi.. "

Bella Najwa terhenti. Tidak tahu nak meneruskan ayat. Dia sangat berterima kasih pada gadis itu sampai tak boleh nak di ungkap dengan kata-kata.

"Apa dia? Cakap la.. "

"Terima kasih. Terima kasih sangat sangat sebab kau dah banyak tolong aku. Dari dulu sampai sekarang. Aku terhutang budi dengan kau.. "

Mimi diam mendengar kata-kata ikhlas yang keluar dari mulut Bella Najwa. Dia berasa sedikit kekok sebab jarang-jarang mereka berdua nak bercakap dalam nada yang serius.

"Hang bukan terhutang budi hang terhutang kfc !! Hahahaha" Mimi ketawa besar cuba untuk membuang suasana kekok buat dirinya.

"Ish hang takyah laa rasa lagutu .. Kita kan adik beradik. Even we are not sister by a blood, but we are sister by a heart right? Aku akan sentiasa ada untuk hang."

Bella Najwa merangkul tubuh Mimi erat. Dia sebak mendengar ayat gadis itu. Kawan dunia akhiratnya.

"Jangan peluk. Nanti rambut hang rosakkk! Eee penat aku buat. " Mimi kembali berleter sambil memperbetulkan rambut kawan baiknya itu.

"Hahaha jom laaa, nanti kita lambat. "  Bella Najwa ketawa perlahan sambil membawa diri keluar. Kalau nak tunggu Mimi berleter, sepuluh hari sepuluh malam pon tak akan habis.

"Amboi gelojoh betul pengantin perempuan kita ni. "

****

Mereka tiba di hadapan masjid. Rumah Allah, tempat di mana pertalian halal Bella Najwa dan Dr Zafrael bakal dimeterai.

Bella Najwa dan Mimi berjalan beriringan sambil Mimi mengangkat sedikit kain labuh Bella Najwa supaya tidak menyapu jalan.

Kelihatan tok kadi dan wali hakim sudah berada di dalam masjid itu. Masih menunggu pengantin lelaki yang belum sampai.

Mimi dan Bella Najwa di tempatkan di saf perempuan bersama beberapa orang lagi makcik yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

"Alhamdulillah pengantin lelaki sudah sampai.. " kedengaran tok kadi bersuara lega.

Makcik-makcik di saf perempuan itu berusaha menjenguk di balik tirai untuk melihat muka pengantin lelaki. Penglihatan mereka sedikit terbatas dek tirai nipis yang menjadi penghadang saf lelaki dan saf perempuan.

Bella Najwa menggengam tangan Mimi erat. Tangannya sedikit terketar dan berpeluh menandakan yang dia sedang gementar. Beberapa saat sahaja lagi, dia bakal diijabkabulkan.

"Relaks wawa, everything gonna be okay.. " Mimi cuba untuk menenangkan gadis itu. Peluh yang berada di dahi dilap lembut dengan tisu.

Mata Bella Najwa meliar mencari kelibat bonda Dr Zafrael. Namun dia tidak dapat mengagak yang mana satu. Bella Najwa akhirnya mengambil nafas panjang dan cuba untuk bertenang.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now