02 '

70.3K 3.3K 814
                                    

Bella Najwa keluar dari bilik op setelah selesai menjalani pembedahan terhadap pesakit yang mengalami kegagalan autommune - systemic lupus erythematosus(SLE).

Jam di tangan dilihatnya. Waktu menunjukkan pukul 8 malam. Cuma tinggal satu jam sahaja lagi sebelum dia dapat pulang kerumah.

"Laparnya." Bella Najwa mengumam perlahan.

Dia berjalan menuju ke kedai serbaneka yang tersedia di dalam hospital tersebut. Roti ikan bilis dan air kotak milo digapai Bella Najwa. Cukup lah sekadar mengalas perutnya sebelum dia melahap masakan mummy nya dirumah.

"Hai Bella. Makan tu je ke? Patut lah i tengok u kurus semacam je  " Doktor Arfan yang kebetulan berada di dalam kedai serbaneka itu menegur Bella Najwa.

Seperti biasa. Bella Najwa hanya tersenyum kekok. Gadis itu pantas membuat pembayaran dan segera pergi meninggalkan doktor Arfan.

"Wait doktor Bella. " Doktor Arfan memegang pergelangan tangan Bella Najwa bagi menahan gadis itu dari terus melangkah.

Bella Najwa segera menepis tangan doktor Arfan. Jelas riak tidak selesa diwajahnya.

"Don't cross the line Doctor Arfan. " Bella Najwa bersuara dingin. Plastik makanan yang berada ditangannya digenggam erat menunjukkan yang gadis itu ketakutan. Takut apabila dipegang lelaki.

"I'm sorry but i just wanna ask you to have a dinner with me.. Once again i'm sorry Bella if i buat u tak selesa. " Doktor Arfan meminta maaf kepada Bella Najwa. Wajahnya menunjukkan yang dia bersungguh-sungguh.

"I've a plan with my mummy tonight. Sorry.. " Bella Najwa menolak pelawaan doktor Arfan.

Gadis itu terus mengorak langkah ke bilik kerjanya meninggalkan doktor Arfan yang belum sempat mengatakan apa-apa.

"Hello, Edmund Carl. Ni Robin. Malam ni i nak u sendiri yang hantar dadah tu ke kondominium i. I dah tak percaya kat budak-budak u yang tak pandai buat kerja tu. "

"Okay malam ni aku sendiri yang pergi hantar. Make sure duit kau cukup. kalau tak, kepala kau yang aku pancung. " Edmund Carl bersuara melalui ganggang telefon. Panggilan terus dimatikan setelah dia berkata demikian.

Makin berang Edmund Carl dengan perangai anak buahnya. Minggu lepas anak buahnya ditangkap polis kerana kantoi mengedarkan dadah secara haram.

Edmund Carl merupakan pengeluar dadah yang terkenal dalam kalangan mafia. Sikapnya yang tiada toleransi itu amat ditakuti oleh semua. Edmund Carl akan bunuh siapa sahaja yang gagal mengikut kehendaknya. Dia digelar bad mafia dalam kalangan ahli mafia.

Jangan tertipu disebalik wajahnya yang kacak itu kerana dia lebih kejam dari sang haiwan.

Golongan mana sahaja yang tak pernah dibunuh oleh Edmund Carl?

Dari kanak-kanak sehingga lah warga emas.

Semua golongan itu pernah merasai peluru pistol Edmund Carl.

Heartless.

Ya itu lah Edmund Carl.

Pintu rumah dibuka Bella Najwa setelah kod ditekan. Di berjalan longlai kearah biliknya. Badan dihempas kuat atas katil.

Gadis itu merenggangkan badannya bagi menghilangkan segala lenguh yang ada. Sesekali dia menekan perut kerana merasai sakit dibahagian itu.

"Aduh kenapa sakit sangat perut ni.. Takkan la senggugut kot.." Bella Najwa mengeluh perlahan.

Telefon bimbit dicapainya bagi memeriksa tarikh hari ini. 6 haribulan. Bella Najwa merengek perlahan.

"Patutnya lagi dua hari lah.. Asal kau nak datang cepat sangat ni? " Bella Najwa menyoal. Entah soalan itu ditujukan kepada siapa.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now