38 '

47.8K 2K 700
                                    

"...but trust me, i really love you. "

Ayat itu sedari tadi asyik berputar dalam kepala Bella Najwa. Dia sekejap mengiring ke kiri, lepas tu mengiring ke kanan. Kemudian baring terlentang. Semua posisi tidak kena.

Gadis itu akhirnya bangun dari katil dan menuju ke jendela yang bersebelahan dengan meja kecilnya. Punggung di labuhkan di atas kerusi tersebut. Pandangan mata dibuang ke arah luar tingkap. Tiada apa yang menarik, hanya batu konkrit yang terhias.

Bella Najwa memegang kepalanya yang terasa pening. Sudah beberapa hari dia jadi macam ni. Mungkin sebab terlalu tertekan dengan masalah hidup.

Fikirannya asyik melayang teringatkan kata-kata Edmund Carl malam semalam. Lelaki itu sudah gila.

"Tolong Najwa, kahwin dengan aku. Aku nak bertanggungjawab atas apa yang terjadi. " Edmund Carl bersuara merayu. Tangan Bella Najwa dipegang erat.

"Kau faham tak aku tak nak! Kau dan aku tak mungkin akan bersatu. Jadi tolong jangan ganggu aku lagi. "

Bella Najwa merentap tangannya kuat dan menolak bahu Edmund Carl agar lelaki itu berdiri jauh darinya.

"Auch.. " Edmund Carl mengeluh sakit. Luka jahitan dibahu nya terasa berdenyut.

"Syamimi.. " Edmund Carl tersenyum sinis sebelum menyambung kata-katanya. "Aku bagi kau masa dua hari untuk berfikir. Think wisely dear.. I don't know what will happens next. "

Bella Najwa mengetap gigi geram. "Touch her and i kill you! "

Edmund Carl hanya senyum mendengar ucapan gadis itu. Dia sudah tak kisah apa yang akan jadi selepas ini. Yang penting, Bella Najwa harus jadi miliknya.

" i will not touch her if you accept me dear. Pilihan ada kat tangan kau. Fikir baik-baik. " lelaki itu menghampiri Bella Najwa. Dahi gadis itu dikucupnya lembut sebelum berlalu pergi dari situ.

"Gila.. " Bella Najwa menggumam perlahan. Perut yang berbunyi ditampar berkali-kali.

"Ish kau ni pon! Tak boleh ke sehari je tak makan? Menyusahkan betul. "

Nak tak nak dia melangkah juga kaki ke dapur. Tiada apa yang boleh di masaknya selain maggie.

Sebungkus maggie kari dibuka dan diletakkan ke dalam periuk. Kemudian air mineral dituangkan ke dalam itu.

"Shit! Terlebih air "

Bella Najwa akhirnya hanya pasrah untuk makan maggie yang tawar itu. Masak maggie pon failed..

Baru beberapa suap , gadis itu berlari menuju ke sinki. Habis segala isi perut di muntahnya keluar.

"Husnudzon wawa, maggie tu yang tak sedap sebab tu kau muntah.. " Bella Najwa mengurut dada cuba menenangkan jantung yang berdetak laju.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now