44 '

63.1K 2.1K 573
                                    

'Aku kat mana..'

Mimi menyeringai sakit. Namun suaranya tidak dapat dikeluarkan dek mulut yang diikat dengan kain.

Di lihat sekeliling. Dia berada di atas katil dalam sebuah bilik dengan tangan dan kakinya digari disetiap penjuru katil.

Tubuh yang dingin dilihat. Hanya baju dalam dan seluar dalam sahaja yang tinggal. Kesejukan di dalam bilik itu sudah mencucuk cucuk kulit putihnya.

"Mmmmmm!!! Mmmmmmm!!! " Mimi bersuara meminta tolong. Kulitnya rasa disiat-siat kerana terlalu sejuk.

Mimi memejamkan mata memikirkan memoirnya sebelum dia pengsan.

"Minum laaa Najwa." air di dalam gelas yang tinggal lagi separuh dipaksa minum.

Bella Najwa hanya tersenyum sambil menyebut lagi dan lagi air milo di dalam gelas itu sehingga kosong.

Mimi mengetap gigi geram. Gelas sudah kosong tetapi Bella Najwa masih tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

"Aku rasa aku nak kena balik dah laa." Bella Najwa bersuara sambil menatap jam di dalam telefonnya. Sudah pukul 7.30 pm.

"Alaaa awal lagi laa Najwa. Relaks laa dulu." Mimi bersuara melarang. Dia tetap tidak puas hati selagi tidak melihat sendiri bagaimana Bella Najwa bertindak balas dengan racun itu.

"Sorry Mimi tapi suami aku suruh balik awal..nanti kita jumpa lagi eh."

Telinga Mimi semakin berasap mendengar perkataan suami yang terluah dari bibir Bella Najwa. Dihantar tubuh gadis itu ke kereta dengan pandangan yang tajam.

"Sial!" dia mencarut perlahan. Dipandang gelas air milo yang sudah kosong itu dengan rasa marah yang ditahan.

Mimi melangkah laju menuju kearah dapur restoran. Dirempuh pintu itu kasar dan dicari lelaki yang dia upah tadi.

"Hang mai sini sat!" Mimi menarik tubuh lelaki yang di upahnya tadi ke belakang dapur.

"Hang bubuh dak benda yang aku suruh bubuh tu?!" Mimi menyoal kasar.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now