07 '

57.7K 3.1K 164
                                    

Suasana di hospital ketika ini agak lenggang kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Rata-rata pesakit sudah nyenyak tidur diulit mimpi dan ada juga yang masih merintih kesakitan.

Bella Najwa sedang gigih memeriksa seorang pesakit. Wajah pesakit itu sangat pucat, perut dipegangnya sambil merintih kesakitan, seluruh tubuh tua itu menggeletar kuat.

"Sediakan bilik op sekarang! " Bella Najwa bersuara tegas kepada staff nurse.

"Tapi doktor Bella.. Pesakit ni under doktor Erin jadi hanya doktor Erin je yang boleh jalankan operation ke atas pesakit ni. " salah seorang staff nurse yang bernama nurse Alia itu menerangkan panjang lebar.

"So tolong call doktor Erin datang sekarang. Pesakit ni perlu di operate segera sebab apendiks dalam perut dia dah pecah! " Bella Najwa bersuara cemas. Jika pesakit ini tidak di operate segera, pelbagai kemungkinan akan berlaku.

"Saya dah cuba call doktor Erin tapi dia tak jawab. " nurse Alia turut cemas. Pesakit itu sudah pengsan tidak menyedarkan diri. Mungkin kerana tidak mampu menahan kesakitan yang dialaminya.

"Bawak je pesakit ni ke bilik op. Saya sendiri yang akan jalankan operation. Dan segala kemungkinan, biar saya yang bertanggungjawab. " Bella Najwa mengambil risiko. Baginya, nyawa pesakit lebih penting berbanding apapun.

"Bismillah,  Ya Allah permudahkan lah segala urusan hamba-Mu ini. " Bella Najwa berdoa kepada yang Esa sebelum dia masuk ke bilik op. Sesungguhnya dia juga gentar kerana jika menurut protokol hospital, apa yang dilakukannya sekarang ini adalah salah. Silap-silap dia boleh diberhentikan kerja.

Edmund Carl pov

"Boss ni maklumat mengenai perempuan yang boss suruh cari tu." anak buah Edmund Carl menghulurkan sebuah dokumen yang berisi maklumat tentang Bella Najwa.

Edmund Carl mengambil dokumen itu dan membelek seketika. Dia tersenyum sinis, puas dengan hasil kerja yang dilakukan oleh anak buahnya.

Asap rokok dihembusnya perlahan. Didalam otak sudah memikirkan rencana untuk mengenakan gadis malang itu.

"Poor you girl. " Edmund Carl bersuara perlahan sambil tersenyum suka.

Bella Najwa pov

Alhamdulillah pembedahan selamat dijalankan. Setelah berhempas pulas selama 4 jam di dalam bilik op, akhirnya Bella Najwa terduduk kepenatan.

meskipun penat, hati gadis itu tetap puas kerana dia berjaya menyelamatkan nyawa seorang pesakit. Baginya , itulah kebahagiaan yang sebenar.

Bella Najwa melangkah malas menuju ke ruang kerjanya. Mata yang kuyu sedaya upaya dicelik luas.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Tinggal lagi satu jam sahaja sebelum shift nya berakhir.

"Hey doktor Bella! You tunggu sekejap! " kedengaran suara seorang perempuan memanggil nama Bella Najwa dari belakang dengan kuat.

Bella Najwa pantas menoleh kebelakang. Kelihatan doktor Erin berjalan laju menuju ke arahnya.

"Yes? " Bella Najwa menyoal.

"Why you jalankan operation ke atas patient i? You tak tahu peraturan ke yang main langgar je ambik patient orang! " doktor yang bernama Erin itu menghambur amarahnya kepada Bella Najwa.

Bella Najwa merengus perlahan. Dia sudah cukup barai sekarang ini kerana tidak cukup tidur. Ditambah pula dengan minah kerek didepannya ini. Mahu sahaja dia menampar pipi gebu gadis itu, tetapi dia masih waras untuk melakukan sedemikian.

"I dah suruh staff nurse call u, tapi u yang tak angkat. U nak tunggu patient u mati dulu ke baru u nak menyesal?" Bella Najwa tidak tunggu diam. Dia harus bertegas supaya tiada siapa dapat pijak kepalanya.

Doktor Erin merengus geram mendengar jawapan yang diberikan oleh bella najwa. Belum sempat doktor Erin membalas kata-kata bella najwa, gadis itu terus berlalu pergi membuatkan doktor Erin bertambah marah.

"Wait and see Bella, u belum kenal i siapa! " doktor Erin bersuara perlahan.

♚♚♚

"Aku nak kau bunuh pesakit ni. Bukan dengan cara tikam, tapi dengan cara ini. " dia meletakkan racun sejenis arsenik di atas meja.

Racun arsenik sangatlah berbahaya kerana dengan hanya setitis sahaja, ia mampu membunuh manusia.

"Jangan sampai kantoi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan sampai kantoi. Kalau tidak, kepala kau yang hilang. " si dia memberi amaran tegas kepada pekerjanya dan menyuruh pekerja itu pergi.

"Sorry dear but i have to.." si dia tersenyum sinis..










Who's dia tu ? Edmund Carl or doktor Erin? Or watak baru? Hahaha just wait ok.. And don't forget to tap the star..

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now