22 '

52K 2.7K 213
                                    

"Tolong!! " Bella Najwa menjerit kuat saat Doktor Arfan cuba untuk mengoyak bajunya.

Geram dengan jeritan gadis itu, doktor Arfan mencium bibir mungil Bella Najwa dengan kasar dan rakus.

Tubuh kecil gadis itu dicempung dan dilempar di atas katil. Kemudian tubuh itu ditindih dengan tubuh tegap doktor Arfan.

"Kan i pernah cakap dulu. I will be ur first and ur last one. " doktor Arfan bersuara sinis. Tangisan dan rotaan Bella Najwa dihiraukannya.

Habis hilang sifat empati di dalam dirinya kerana nafsu serakah yang menyelubungi lelaki itu.

Bukk!!!

Dengan sekali tendangan, tubuh doktor Arfan terjelepuk di bawah katil.

"Fuck you man! Bitch!! " jelas bergema jerkahan kuat dari peti suara seorang lelaki.

Lelaki itu kemudian menumbuk pula wajah doktor Arfan. Habis pecah wajah doktor Arfan dek kerana tumbukan yang bertubi-tubi dihadiahkan pada wajahnya.

Melihatkan keadaan doktor Arfan yang sudah nyawa nyawa ikan itu, lelaki itu segera mendapatkan Bella Najwa pula.

"Are you ok sweetie? " soal lelaki itu lembut pada gadis kesayangannya.

"Help me.. Edmund.. " Bella Najwa bersuara lemah sambil merangkul erat tubuh lelaki itu. Tubuh Bella Najwa menggeletar kuat kerana terlalu takut. Akhirnya dia pengsan didalam dakapan lelaki itu. Edmund Carl.

♣♣♣

30 minutes ago

Edmund Carl membaringkan badannya di atas katil. Fikirannya melayang memikirkan keadaan Bella Najwa yang sedang terlantar di wad hospital.

Dia tahu dia bersalah dalam hal ni. Dan dia sudah berjanji pada dirinya untuk membahagiakan gadis itu. Tetapi dengan caranya yang tersendiri.

Jika dengan kekerasan dapat memberikan kebahagiaan buat mereka berdua di penghujung nanti. Ya dia akan lakukan. Love need a sacrifice right?

Seketika kedengaran telefon bimbitnya berdering. Tertera nama anak buahnya pada screen telefon.

"Hello boss. Gadis yang boss suruh saya jaga tu dah lari dengan sorang laki. Rasanya laki tu doktor kat hospital ni sebab dia pakai uniform doktor. "

Lelaki yang telah diarahkan untuk mengawasi Bella Najwa itu melaporkan segalanya pada Edmund Carl.

"Fuck! Kau follow diorang. Nanti kasi location kat aku. Kalau diorang terlepas, mampus kau dengan aku! " Edmund Carl bersuara tegas sambil memberi amaran.

Sweater hitam yang tersangkut pada penyangkut itu diambilnya. Dan sepucuk pistol disimpan pada poket belakang seluar.

Kereta dipandu laju setelah mengenal pasti lokasi gadis itu. Rumah? She's too easy. Edmund Carl tersenyum sinis sambil melajukan lagi kadar kelajuan keretanya.

Setibanya di kondominium gadis itu, Edmund Carl melangkah pantas ke arah lif yang disediakan. Butang nombor empat ditekan lelaki itu.

Edmund Carl sedikit pelik apabila melihat pintu rumah gadis itu tidak tertutup rapat.

Tidak menunggu lama, Edmund Carl terus menerjah masuk rumah tersebut.

"Tolong!! "

Edmund Carl terkedu apabila mendengar suara teriakan seorang gadis meminta tolong.

Dalam keadaan cemas, dia mencari dari mana datangnya suara itu. Suara yang amat dikenalinya.

Edmund Carl membuka setiap pintu bilik yang ada didalam rumah itu. Sehingga lah tiba di master room.

Dia naik berang apabila melihat situasi yang berada dihadapan matanya sekarang ini.

Bibir diketap geram. Pistol sudah bersiap sedia ditangan dan hanya tinggal menarik picu nya sahaja.

Sesaat pistol itu disimpan kembali di poket belakang seluar.

Prinsip Edmund Carl; seksa dahulu baru bunuh.

Tubuh doktor Arfan ditendangnya kuat. Kemudian muka lelaki itu ditumbuk berulang kali sehingga lah lelaki itu menggeleng kepala sambil darah tersembur keluar dari mulut.

Wait man! Kau dah cari pasal dengan orang yang silap.

Welcome to the hell!

Edmund Carl segera mendapatkan tubuh Bella Najwa yang sudah terkulai di atas katil.

"Are you ok sweetie? " Edmund Carl menyoal lembut. Tubuh gadis itu dipeluknya erat. Dan tidak dia sangka yang gadis itu akan membalas pelukannya.

"Help me.. Edmund.. " Bella Najwa bersuara perlahan sebelum semuanya gelap buat gadis itu.

'Yes, i will girl.'

'Aku akan jaga kau walaupun nyawa jadi taruhan. '

'Aku janji '

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now