23 '

54.2K 2.5K 212
                                    

"Kau memang menempah maut kan?" Edmund Carl menyoal sinis kepada doktor Arfan.

Pipi doktor Arfan dikelarnya perlahan dengan menggunakan pisau pelipat. Kelaran yang agak dalam itu mengundang jeritan doktor Arfan.

"Arghhh!! " jeritan itu bergema di dalam bilik yang terpencil. Bilik yang merupakan tempat Edmund Carl menyeksa mangsa mangsanya.

Doktor Arfan meronta kesakitan. Ikatan tali pada tubuhnya itu di ketatkan lagi oleh Edmund Carl.

Kemudian tanpa rasa bersalah, lelaki itu memerahkan limau purut di atas luka yang dikelarnya tadi.

Doktor Arfan mengetap gigi menahan kepedihan yang tidak terhingga. Bayangkan apabila limau purut diperah pada luka yang masih lagi segar.

"Hm bosan la main cara pondan ni. Jom kita ekstrem sikit nak? " Edmund Carl mengeluarkan pistolnya dan mengacu tepat pada kepala Doktor Arfan.

"Please jangan. Aku merayu! Yes aku salah! Aku sanggup buat apa je yang kau mintak. But please don't kill me! " Doktor Arfan menangis merayu.

Edmund Carl hanya tersenyum sinis melihat lelaki itu melutut merayu. Tiada sikit pun rasa simpati yang hadir didalam dirinya. Yang ada hanyalah rasa suka apabila melihat lelaki itu terseksa kesakitan.

"Lain kali jangan sentuh 'barang' aku. Kan dah mendapat. " Edmund Carl bersuara kuat. Kepala doktor Arfan ditendangnya kuat membuatkan tubuh lelaki itu jatuh tertiarap di atas lantai. Tidak cukup dengan tendang, sekarang kepala lelaki itu dipijak-pijaknya pula. Habis darah mengalir keluar dari mulut lelaki itu.

"Kau bernasib baik sebab mood membubuh aku takde sekarang ni. So kau pergi lah bertaubat dulu sebelum ajal datang jemput kau esok. " Edmund Carl tergelak sinis. Puas hatinya melihat keadaan doktor Arfan yang sudah nyawa nyawa ikan itu. Siapa suruh kacau gadisnya? Tanggung la akibat..

Edmund Carl mengarahkan anak buahnya untuk mengurung doktor Arfan di dalam sel tahanan. Terdapat lebih kurang 20 sel tahanan yang ada di dalam bilik itu. Sekali kaki kau melangkah masuk ke dalam sel itu, aku jamin yang hidup kau akan musnah.

♣♣♣

Bella Najwa membuka matanya perlahan. Perit yang dirasakan apabila cahaya lampu menembusi pandangan matanya.

"Tch, tempat ni lagi." Bella Najwa berdesis perlahan apabila dia mengenal pasti tempat tersebut.

Bilik lelaki itu. Lelaki yang bakal menyakitkan mental dan fizikalnya sebentar lagi.

Bella Najwa hanya baring dan memandang ke syiling. Lebih tepat memandang masa depan nya yang sudah pun musnah.

Ingatkan bila dah jadi doktor ni , hidup dia akan senang, akan lebih terjamin.

Tapi dia silap..

Hidup dia yang sekarang ini seperti tiada hala tuju yang jelas. Dia terlalu serabut untuk merungkai kisah hidupnya sekarang ini. Jadi dia serahkan semuanya pada takdir dahulu.

"Termenung jauh nampak? " Edmund Carl yang sedari tadi berada disitu menegur gadis itu perlahan.

Dia melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Bella Najwa ditatapnya lama.

Gadis itu masih di posisi yang sama. Baring dan memandang ke syiling. Sedikit pun dia tidak hiraukan Emdund Carl.

"Why are u ignore me sweetie? " Edmund Carl menyoal. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah gadis itu.

Mata gadis itu di tatapnya dalam. Edmund Carl sedikit terkejut apabila gadis itu membalas pandangannya. Selalunya gadis itu akan mengelak dari bertatapan mata dengannya.

Bella Najwa seperti meluahkan perasaannya melalui pandangan mata. Perasaan yang tidak boleh diungkap dengan kata kata. Edmund Carl tahu yang gadis itu terseksa dan dia lah puncanya.

"Have anything to tell me? " tidak berputus asa, Edmund Carl menyoal lagi sambil mata mereka masih bertentangan.

"Why u did this to me ? " Bella Najwa membalas soalan dengan soalan. Air mata sudah bergenang pada tubir mata. Hanya tunggu masa untuk ia menitis.

"Did what? "

" Awak seksa saya. Awak kurung saya. Awak culik mummy saya. Awak musnahkan hidup saya. " Bella Najwa sudah tidak dapat membendungkan air matanya. Dia hamburkan semuanya pada lelaki itu.

Edmund Carl yang mendengar itu sedikit tersentak. Dia tidak sangka yang dia sekejam itu.

Yes dia bunuh orang. Tetapi menyeksa perempuan? Bella Najwa yang pertama.

"Aku tak pernah seksa kau tapi sebaliknya kau yang seksa diri kau sendiri. And bila masa aku culik mummy kau ? Kau ada bukti? Show me then. " Edmund Carl menegakkan kebenaran. Bila masa dia culik mummy gadis itu? Hm dia tidak berniat untuk menculik, tapi dia berniat untuk membunuh. Bukankah itu lebih teruk?

Bella Najwa sudah penat. Dia mengalihkan posisinya membelakangi Edmund Carl.

Tiada guna jika mahu bertekak dengan lelaki ini, kerana pastinya dia tidak akan menang.

"Mulai sekarang aku dah tak kisah kau nak buat apa. Nak pergi mana. Idgaf about it. But if u need me, i always be there. Yes aku tahu aku banyak salah dengan kau. Tapi kau kena ingat, aku buat semua itu sebab aku sayangkan kau. Maaf sebab aku tiada cara yang baik untuk tunjuk rasa sayang aku. I'm sorry and i love you." Edmund Carl berbicara panjang. Rasanya itu kali pertama dia cakap paling lama dengan seseorang. Tubuh Bella Najwa yang membelakanginya itu ditatap lama.

" Kalau kau nak keluar pun , please keluar esok . Malam malam ni bahaya.  Nanti kalau apa apa jadi dekat kau ,aku jugak yang susah ." Edmund Carl bersuara sebelum melangkah keluar meninggalkan Bella Najwa bersendirian.

Buat kali pertamanya perkataan maaf keluar dari mulut lelaki itu. Adakah Bella Najwa sudah berjaya meruntuhkan ego lelaki beku itu ?

♣♣♣

'Yes i let u go, but in ur dream. Sorry sweetie '

'Aku perlu dapatkan apa yang sepatutnya jadi milik aku '

'Tapi bukan sekarang. Waktunya tak sesuai. '

'Bila tiba masa, kau pasti akan jadi milik aku. '

'Just wait '






















Assalamualikum korang!! Maaf sebab lambat update 🙏 sis rasa macam nak unpublish je sebab tak consistent update. Sis sibuk gila bila hujung² sem ni 😓😞  so what do u guys think? Unpublish or biarkan je? Sebab serious sis cakap, sis akan jarang gila update. Kena tunggu cuti sem laa kalau nak update banyak² pun 😭

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now