20 '

56.2K 2.5K 93
                                    

Bella Najwa merintih kesakitan. Sudah seharian dia diikat sebegitu rupa. Tanpa diberi makan dan minum.

"Tolong--- "

"Tolong---"

Sayu sahaja suara itu meminta pertolongan. Tubuhnya sangat lemah sehingga tidak mampu untuk bergerak banyak.

Yang dia harapkan sekarang ini hanyalah satu. Seseorang yang dapat keluarkan dia dari tempat neraka ini.

Seketika dia terdengar bunyi derapan tapak kaki manusia yang menapak didalam bilik itu. Dia tidak tahu siapa kerana posisinya yang membelakangi figura tersebut.

"Sweetie, wake up.. I bought u some delicious food.. " suara itu menyapa lembut halwa telinga Bella Najwa.

Dengar suara sahaja Bella Najwa sudah dapat mengagak siapa figura tersebut. Edmund Carl. Nightmare buat dirinya.

Melihatkan Bella Najwa yang tidak bergerak sedikit pun, lelaki itu segera mendekatinya.

"I know you are not sleep. So open ur eyes sweetie.. " ujar Edmund Carl yang telah mengambil tempat disamping Bella Najwa.

Rambut gadis itu yang sedikit serabai dirapikan olehnya. Ikatan pada tangan Bella Najwa juga dibuka. Terbit sedikit rasa bersalah didalam dirinya apabila melihat pergelangan gadis itu yang sudah merah dan lebam.

Bella Najwa cuba untuk duduk namun tidak boleh. Kepala dia terlalu berat untuk bangun. Melihatkan keadaan gadis itu yang susah untuk bangun, Edmund Carl segera menolong.

Lelaki itu melekapkan tapak tangannya pada dahi Bella Najwa. Panas.

"Kau demam. Jom kita pergi klinik. " Ujar Edmund Carl prihatin.

Wajah Bella Najwa ditenung lama. Terbit rasa bersalah yang teramat sangat. Ini bukan diri dia.. Yaa rasa bersalah tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Tetapi kini.. Entah dia juga tidak pasti sama ada ini perasaan suka atau.. Kesian?

"I don't want.. I just want to back home.. Please.. " Bella Najwa bersuara perlahan. Dia tidak bertenaga untuk memberontak sekarang ini.

"Tolong jangan cari gaduh sekarang atau kau akan bertambah sakit. Just listen to me. " Edmund Carl bersuara tegas. Malas mahu mencari gaduh dengan gadis itu memandangkan kondisinya yang lemah.

"But before that you have to eat something. " sambung lelaki itu lagi.

Bella Najwa menggeleng kepalanya tanda tidak mahu. Dia tidak lalu sekarang ini. Apa yang dia mahu hanyalah pelukan hangat mummy nya.

"Jangan melawan. " ujar lelaki itu sepatah seraya membuka bekas makanan yang di tapaunya tadi.

Sudu yang berisi makanan itu disua pada mulut Bella Najwa. Mahu tidak mahu gadis itu terpaksa membuka mulutnya kerana gerun melihat muka Edmund Carl yang serius.

"Saya dah kenyang. " selepas beberapa suapan, Bella Najwa bersuara. Nasi yang disuap oleh Edmund Carl itu seperti tidak terluak. Masih banyak.

Tidak membantah, lelaki itu terus memasukkan bekas makanan itu kedalam plastik.

Kemudian dia mencapai satu beg kertas yang berada disisi meja solek.

"Ambik ni pakai. " Edmund Carl menghulurkan Beg kertas itu pada Bella Najwa.

"Apa ni? " gadis itu menanyakan soalan yang agak cerdik.

"Seluar lah. Jangan cakap kat aku kau nak pergi klinik dengan pakai macam tu je? " Edmund Carl bersuara sambil menjuihkan mulutnya ke arah pakaian Bella Najwa.

Gadis itu hanya mengenakan hoodie separas pehanya. Hoodie itu oversize kerana ia kepunyaan Edmund Carl. Jadi bila Bella Najwa pakai, dah nampak macam short dress pula.

"Kau hanya boleh pakai macam tu bila dengan aku je. " sambung Edmund Carl lagi sebelum melangkah keluar. Memberi ruang untuk gadis itu menyalin pakaiannya.

Wajah Bella Najwa sudah kemerahan. Bukannya dia tidak biasa memakai pakaian yang sesingkat itu. Cuma bila berdua dengan Edmund Carl, dia rasa lain. Rasa yang tidak sepatutnya hadir.

Setelah siap menukar pakaian, Bella Najwa cuba untuk berjalan menuju ke ruang tamu. Namun pergerakannya terbatas. Dia memegang kepalanya dek rasa berpinar yang hadir.

"Awak... " panggil Bella Najwa perlahan. Dia perlukan bantuan. Bukan nak manja tetapi dia betul betul tidak tahan.

"Awak---" sekali lagi dia memanggil sebelum dunianya gelap. Yaa dia pengsan.

Edmund Carl yang berada diruang tamu itu menunggu penuh sabar. Sudah 10 minit. Masih belum kelihatan wajah gadis itu.

Tidak betah menunggu akhirnya Edmund Carl melangkah menuju kebilik yang menempatkan Bella Najwa.

"Oh my god! Bella! " Edmund Carl menjadi cemas apabila melihat gadis itu pengsan. Tidak tunggu lama, dia terus mencempung tubuh kecil itu menuju ke kereta.

Kereta dipandunya laju. Tidak kisah dengan lampu trafik yang merah, habis semua dilanggarnya.

"I'm sorry.. " ujar Edmund Carl perlahan. Matanya sedikit berair.

"I didn't mean to hurt you.. But.. What's mine, belong to be mine.. " sambungnya lagi.

Setelah sampai di hospital, Edmund Carl segera memakir kereta di bahagian kes kecemasan.

Tubuh Bella Najwa yang berada di seat belakang segera dicempungnya. Tubuh gadis itu dibawa masuk.

Para staff yang berada disitu semua bergerak kalut apabila mendengar Edmund Carl menjerkah.

"Korang semua tak reti buat kerja ke?!! " suara itu lantang keluar apabila tiada seorang pun yang mengambil tindakan semasa dia membawa tubuh pengsan Bella Najwa.

Beberapa orang doktor yang berada disitu juga sedikit terkejut mendengar jerkahan kuat Edmund Carl. Mereka segera mendapatkan lelaki itu apabila melihat ada tubuh seseorang yang terbaring kaku diatas katil pesakit.

"What's going on here? " soal seorang doktor lelaki disitu.

"Kau tak nampak ke yang dia pengsan? And kalau aku tahu cara nak rawat dia , aku takkan bawa dia datang sini! " Edmund Carl sedikit memberontak apabila mendengar soalan dari doktor lelaki tersebut.

Doktor lelaki itu terpana seketika. Bukan kerana hamburan dari Edmund Carl. Tetapi gadis itu.. Bella Najwa..

"Dokor Bella? " soal doktor lelaki itu sedikit terkejut.











So here's next chapter.. Fyi, sis memang suka bagi readers tertanya tanya 😂 hehehe jangan marah eh 👉👈

So siapa doktor lelaki tu ? Edmund Carl ni betul² suka kat Bella ke or dia rasa kesian je kat Bella ? Haa kita tunggu next chapter okeh!😘

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now