09 '

56.4K 2.9K 574
                                    

"Dasar perempuan tak guna! Kalau jadi apa-apa dekat anak aku ,aku bunuh kau!!" seorang lelaki tua di dalam lingkungan 40-an mengherdik Bella Najwa.

"Saya minta maaf encik.. Saya pasti akan selamatkan nyawa anak encik.. Beri saya masa." Bella Najwa seolah-olah merayu kepada lelaki itu.

"Aku taknak tangan kotor kau tu sentuh tubuh anak aku lagi! Perempuan sial! " lelaki itu mengherdik sekali lagi sambil tangan menghayun keatas cuba untuk menyepak Bella Najwa.

Bella Najwa yang melihat itu memejam matanya rapat.

Satu saat..

Dua saat..

Tiada apa yang berlaku.

Gadis itu kembali membuka kelopak mata apabila tiada rasa sakit di pipinya.

Kelihatan seorang lelaki muda mencengkam kuat pergelangan lelaki tua itu.

Edmund Carl. Ya dia. Syaitan yang bertopengkan manusia. Cuba menjadi sang malaikat saat ini.

"Bro. Benda boleh bawak bincang. Tak gentle langsung nak pukul perempuan. " Edmund Carl bersuara kepada lelaki tua itu. Cengkaman tangannya masih erat di pergelangan lelaki tua itu membuatkan lelaki tua itu berkerut kesakitan.

"Lepaslah bodoh! Aku tak ada urusan dengan kau! Dan perempuan sial ni, dia tiada kena mengena dengan kau! " lelaki tua itu bersuara sedikit menjerit ke arah Edmund Carl membuat semua orang menumpukan perhatian kearah mereka.

"Perempuan sial yang kau cakap tu bakal isteri aku. So, segala urusan dia, jadi urusan aku. " bushhhh!! Edmund Carl menghadiahkan tumbukan kuat pada wajah lelaki tua itu. Tidak cukup dengan itu, dihadiahkan pula tendangan di perut lelaki itu.

Bella Najwa yang terkejut dengan situasi itu menarik tangan Edmund Carl. Cuba untuk menghalang lelaki itu dari terus menganas.

Tetapi segala usaha Bella Najwa gagal. Tangannya hanya ditepis oleh Edmund Carl.

Bella Najwa mengambil tindakan drastik dengan memeluk bahagian tubuh belakang Edmund Carl erat.

"Please stop.. " ujar Bella Najwa. Dapat didengari getaran dalam suaranya. Dia rasa serba salah. Segala huru-hara ini berlaku disebabkan dia.

Edmund Carl terkedu seketika kerana tidak ada sesiapapun yang pernah memeluk tubuhnya selain ibunya.

Bella Najwa melepaskan pelukannya dari tubuh Edmund Carl lantas menarik tangan lelaki itu untuk pergi dari tempat tersebut.

At rooftop hospital

"Kenapa awak buat macam tu? " soal Bella Najwa. Rambutnya yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu dibiarkan beralun. Wajah masih lagi merah kerana baru lepas menangis.

"Saja." jawab Edmund Carl ringkas. Bella Najwa yang mendengar jawapan itu mulai bengang.

"Saja awak cakap? Awak tahu tak semua yang awak buat tadi tu saya yang nak kena tanggung nanti? " Bella Najwa menangis untuk kesekian kalinya. Sungguh mental gadis itu tidak kuat ketika ini.

Edmund Carl yang melihat tangisan gadis itu hanya menunjukkan riak kosong walaupun hatinya sekarang ini terdetik sedikit rasa bersalah. Entah mengapa, dia mulai rasa lain apabila melihat Bella Najwa.

"Aku just nak tolong kau."

"Tolong awak cakap ? Tolong menyusahkan lagi ada la! " ujar Bella Najwa. Gadis itu membuka langkah untuk berlalu dari situ.

Baru beberapa langkah, tangannya direntap.

"Aduh sakitlah! Lepas! " Bella Najwa mengaduh kesakitan. Dia meronta-rontakan tangannya.

"Kau tak tahu ke yang lepas ni kau akan masuk penjara? " soal Edmund Carl dingin. Matanya mencerlung tajam kedalam mata Bella Najwa.

"Aku yakin kau tak mampu nak ikat jamin diri kau sendiri. Sebab kesalahan kau tu.. Membunuh! " ujar Edmund Carl lagi. Bukan menenangkan malah menyerabutkan lagi kepala Bella Najwa.

Gadis itu terjatuh lemah. Tetapi dia tidak jatuh diatas lantai, malah dia terjatuh kedalam pelukan Edmund Carl.

Bella Najwa menangis teresak-esak didalam pelukan Edmund Carl. Dia cuba mencari kekuatan dengan menghamburkan semuanya pada lelaki itu.

"Please help me.. " ujar Bella Najwa lemah.

"Yes i can.."

"But u have to be my slave first.. "

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now