24 '

52.9K 2.3K 96
                                    

Bella Najwa menendang punching bag yang tergantung itu dengan kuat. Tidak cukup dengan itu, kini dia mengunakan skill tumbukan padunya pula. Peluh yang membasahi tubuhnya tidak dihiraukan. Matanya penuh diisi dengan dendam.

Sudah dua bulan berlalu sejak dari kejadian itu. Kejadian yang memusnahkan hidupnya.

Kini dia bukan lagi Bella Najwa yang lemah seperti dulu. Gadis itu berusaha mempelajari seni mempertahankan diri kerana satu tujuan. Dia ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menculik mummy nya.

Dia bertekad, walau apapun terjadi dia tetap akan mencari manusia sial yang telah rosakkan hidup dia dan mummy.

Sudah dua bulan juga dia cuba untuk menjejak kedudukan mummy nya, tetapi semuanya sia-sia. Adakah mummy nya sudah mati ? Jika begitu, hutang darah perlu dibayar dengan darah. Dia tidak kira. Jika dengan membunuh dapat membela kematian mummy nya, dia sanggup.

Bella Najwa membersihkan diri setelah dua jam berlatih. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dia perlu bersiap siap untuk membuka cafe. Sejak mummy nya tiada, dia lah yang mengambil alih cafe itu.

Perkerjaannya sebagai seorang doktor? Dia telah meletak jawatan itu kerana ingin memulakan hidup baru.

Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapapun yang dia kenal. Dia mahu bersendirian dan tidak dikenali. Mungkin itu lebih baik.

Ting~

Kedengaran pintu cafe dibuka. Seorang lelaki dengan berpakaian jaket denim hijau berjalan santai menuju ke meja yang terletak jauh dari pintu masuk.

Laptop di dalam bag dikeluarkan dan tangan mula menaip laju pada papan keyboard. Lihat daripada gayanya seperti seorang pelajar universiti.

"Ya adik nak minum apa?" Bella Najwa menyoal ramah pelanggannya.

Buku kecil dan pen dijari sudah bersiap sedia mahu menulis pesanan lelaki tersebut.

"Adik? Am i look too young for you?" soal lelaki muda itu. Tangan yang tadinya laju menaip kini berhenti.

Matanya melihat ke arah Bella Najwa. Dia sedikit terpegun melihat kecantikan Bella Najwa yang natural tanpa make up itu.

"I'm sorry.. My bad.." Bella Najwa cepat cepat akui kesalahannya. Dia sudah tidak ego seperti dulu. Atau lebih tepat, dia sudah tidak mahu mencari gaduh dengan orang seperti dahulu. Semua itu hanya memakan dirinya sahaja.

"Is okay sweetie.. Give me one americano ya" lelaki itu menyambung kerja menaipnya.

Bella Najwa masih tercegat berdiri di situ.

Sweetie?

'He is remain me of someone.'  desis hati Bella Najwa.

"Are you okay sweetie? " soal lelaki muda itu sambil melihat Bella Najwa pelik. Rasanya dia sudah membuat pesanan, kenapa perempuan ni masih berdiri statik disini.

"Stop calling me sweetie" Bella Najwa bersuara dingin. Habis hilang wajah manisnya yang kini digantikan dengan wajah yang beku.

Gadis itu membawa diri ke bahagian dapur. Secawan americano ice disiapkannya. Lalu cawan yang berisi air itu diletakkan di atas dulang.

"Enjoy your drink."  ujar Bella Najwa sambil meletakkan secawan americano ice diatas meja lelaki itu.

"Wait." lelaki muda itu bersuara sambil menahan tangan Bella Najwa. Disebabkan tindakan refleks, Bella Najwa tidak sengaja menepis tangan lelaki itu kuat menyebabkan air americano ice tertumpah sehingga membasahi laptop lelaki tersebut.

"Shit! " lelaki muda itu berdesis perlahan. Wajah cuak Bella Najwa ditenung dalam.

Laptop itu cuba dihidupkan oleh lelaki tersebut tetapi malang semuanya sudah terlambat. Laptop itu sudah rosak.

"What have you done girl? " lelaki muda itu bersuara dingin. Sakit hatinya apabila melihat laptop kesayangannya mangkat begitu rupa. Habis segala assignment yang telah dia buat.

"I'm sorry.. I'm really really sorry, i meant it " ujar Bella Najwa.

"Saya ganti balik laptop awak.. I'm promise. " sambung Bella Najwa lagi. Kedua tangan disatukan menjadi bentuk 🙏 . Dia melihat wajah lelaki muda itu dengan wajah kasihan.

"I tak perlukan laptop baru, i just nak assignment i balik je. Just that. But now look what have you done girl. Tarikh submit tu esok tau. " lelaki muda itu mula mengusutkan rambutnya. Laptop ditangan gigih digoncang kuat, berharap yang laptop itu akan hidup kembali.

"Assignment subject apa? " Bella Najwa menyoal. Terbit rasa bersalah dalam hati gadis itu. Dia tahu rasa peritnya bagaimana jika assignment yang hampir siap, hilang begitu sahaja.

"Penting ke subject apa sekarang ni? " lelaki muda itu mula naik berang.

"Ish jawab jelah! " kini giliran Bella Najwa pula.

Hm baran bertemu baran.

"Health service medical.. I'm pretty sure that you don't know nothing about that. " lelaki muda itu tersenyum sinis. Ada ke pelayan cafe tahu pasal medic? Tch.

"Easy" Bella Najwa bersuara perlahan. Kini giliran gadis itu pula tersenyum sinis. Hey kids, Bella Najwa dah hadap 1001 jenis penyakit tau dalam dunia ni. Siap rawat lagi. So don't judge a book by it's cover.

"Wait here. " Bella Najwa melangkah laju masuk ke bahagian dapur. Beg laptop diambilnya. Hm bawak laptop masuk dapur buat apa lagi, tengok kdrama lerr..

"Give me a detail about ur assignment. " aplikasi words dibukanya.

"Nak buat apa? " lelaki muda itu menyoal pelik.

"Ish orang mintak tu bagi jelah. Banyak tanya pulak. " Bella Najwa sudah naik angin. Nasib baik harini cafe takde orang datang. Hm macam tahu tahu je yang dia tengah busy sekarang ni.

Lelaki muda itu menghulurkan beberapa helai kertas yang mengandungi maklumat mengenai assigment nya itu.

Bella Najwa membelek seketika sebelum tangan mula lincah menaip.

"What ur full name? " gadis itu menyoal. Kita mulakan dengan cover page dulu ya anak anak. Takde cover page, tolak 10 markah. Naya je.

"Muhammad Damien Iskandar bin dato Ishak. " lelaki muda yang bernama Damien itu mula bersuara. Dia malas mahu bertekak jadi dilayankan sahaja Bella Najwa itu. Nak buat sangat kan? Haa buat laa.. Entah apa laa yang jadi dengan assignment aku nanti sob sob T.T

"Muhammad Damien Iskandar bin dato.... " jari Bella Najwa yang tadinya lincah menaip kini berhenti seketika. Gadis itu terkedu. Tiba-tiba sahaja tubir matanya bergenang.

'Takkan laa... '














Helloooooooo semua! Long time no see 😭 Alhamdulillah tercapai jugak hasrat sis nak update harini.. Setelah sekian lama tertangguh.. Mesti ramai readers yang dah lupa dengan story ni kan 😓 i'm sorry ok 🤧❤️ btw sis start cuti sem hujung bulan 10 nanti, lambat lagi uolsss 😭 time tu sis nak publish puas² 😞 last but not least, i miss you guys damn much.. Bella too ❤️

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now