45 ' [TAMAT]

80K 2.5K 740
                                    

"Bella." bisik Edmund perlahan di belakang telingaku. Aku diamkan saja, hati masih terasa sakit dengan perbuatannya.

"Aku mintak maaf. Aku tak dapat nak kawal diri aku tadi."

Aku masih diam.

"Bella, kau marahkan aku ke?"

Aku pusingkan wajahku menyembam bantal dan memejam mataku rapat-rapat, mahu bendung rasa keliru yang tak tertahan. Apa yang aku nak sebenarnya ni? Aku bencikan dia, tapi setiap sentuhannya buatkan aku rasa bahagia. Ini nafsu atau cinta?

"Hei aku bercakap dengan kau ni." Edmund bersuara tidak puas hati. Dia menarik bahuku turun agar aku kembali telentang. Aku menutup mukaku dengan tangan.

"Please look into my eyes sayang." Edmund cuba menarik tanganku pula. Tubuhnya dinaikkan sedikit ke atas tubuhku dan menahan kedua tanganku ke tepi kepala.

"Bella." aku menoleh wajahku ketepi. Mata masih dipejam rapat. Air mata keliru menitis ke bantal. Aku tersedu-sedu menahan tangis.

Edmund Carl menampung badannya dengan sebelah lengan, dan tapak tangan sebelah lagi mendorong wajah aku menghadapnya.

"Shhhh, jangan menangis. I'm so sorry. Aku janji tak akan buat kau macam tu lagi." Edmund memandang ke dalam anak mataku sambil mengelus lembut rambutku.

"Saya keliru." aku bersuara jujur. Air mata kini mengalir lebih laju.

"Apa yang kau fikirkan?" Edmund menyeka air mataku. Wajahnya jelas menunjukkan riak risau.

Aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan. Tapi semua ni buat aku rasa sedih, kecewa, dan marah. Aku tak marah pada dia, tapi sebaliknya pada diriku.

Kenapa aku terlalu lemah untuk menjaga hati. Kenapa setiap kali lelaki ini berlembut, mesti aku akan jatuh. Adakah berdosa bila kau mencintai lelaki yang hampir membunuh ibu kau sendiri?

"I want to sleep." aku cuba menolak tubuhnya ketepi, tetapi dia tetap berkeras. Ditekankan bahu aku pada katil agar tidak bergerak.

"No until you tell me." dia mendesak.

Aku melepaskan nafas berat. "Boleh tak berhenti buat saya sayangkan awak? Semua ni terlalu berat untuk saya hadap. Awak fikir mudah untuk saya beri hati pada seseorang yang dulu pernah berniat untuk bunuh mummy saya? Tak mudah Edmund. Saya penat bertarung dengan diri sendiri."

Aku tenung matanya yang berkaca. Bila-bila masa sahaja air mata lelaki itu boleh jatuh. Namun tetap sahaja dia cuba menahan.

"I'm sorry for that. Aku mengaku itu salah aku. But i'm only human. Aku bodoh masa tu. Aku buat silap. Aku hancurkan kau. Tapi bagi aku peluang. Peluang untuk perbetulkan semua ni balik." Edmund bersuara dengan nada yang kesal. Rasa keliru di dalam hati semakin kuat. Aku tidak tahu sama ada beri peluang kedua adalah pilihan yang baik atau tidak.

"Tolong bagi aku peluang untuk jadi suami dan bapa yang baik. Aku janji tak akan sia-siakan peluang ni. Aku merayu dekat kau Bella. Aku betul-betul cintakan kau." kini Edmund mula melutut. Disatukan tangannya sambil merayu. Air mata lelakinya aku lihat sudah gugur menitis ke pipi.

Aku buntu. Lelaki yang dulunya bengis dan menyeramkan kini sedang melutut merayu kepada aku hanya untuk sebuah peluang.

"Edmund.." aku memanggilnya perlahan. Wajahnya yang menunduk aku angkat.

"Maaf saya tak boleh percayakan awak. Tapi saya akan bagi awak peluang sebab awak bapa kepada anak saya. Jadi tolong. Tolong jangan hancurkan peluang ni untuk ke sekelian kalinya."

Dia memandangku tidak percaya. Wajah yang suram tadi bertukar dengan sengihan lebar.

"Betul ke ni sayang?" Edmund mengoncang bahuku.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now