29 '

48K 2.1K 518
                                    

"Kau stay laa dulu kat bilik ni. Kalau nak apa² bagitau je. " Fayyadh bersuara sambil meletakkan beg Bella Najwa ditepi katil. Langsir yang tidak terikat di bukanya luas. Terbentang lah suasana petang di bumi Brunei.

"Thanks fayyadh.." Bella Najwa mengucapkan terima kasih.

Fayyadh mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada gadis itu sebelum melangkahkan kaki keluar.

Bella Najwa menghampiri jendela. Suasana petang di bumi Brunei di amatinya. Sesak dengan kereta yang berpusu-pusu. Serabut dengan bangunan pencakar langit yang banyak.

Memandangkan rumah lelaki itu berada di tingkat 31, jadi dia boleh melihat dengan jelas pemandangan disini.

Bella Najwa termenung seketika. Fikirannya melayang pada peristiwa pagi tadi.

(Throwback)

"Bella , kau pergi mana tadi? " Edmund Carl bersuara cemas apabila melihat gadis itu baru pulang.

Tubuh gadis itu segera ditarik ke dalam pelukannya. Sungguh dia risau apabila gadis itu tidak ada di dalam bilik waktu dia pulang tadi.

Edmund Carl terkedu seketika apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Bella Najwa.

"Jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau. " gadis itu bersuara dingin. Mata Edmund Carl ditatap tajam.

Gadis itu kemudian segera mengambil beg pakaiannya dan mahu melangkah pergi. Namun tangannya ditahan oleh Edmund Carl.

"Kau ni kenapa? " lelaki itu menyoal inginkan kepastian. Beg Bella Najwa diambil bagi menghalang gadis itu daripada pergi.

Pang! ~

Sebuah tamparan kuat mendarat pada pipi lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, sebuah tendangan diberi tepat pada perutnya membuatkan dia terjatuh kebelakangan.

"Jangan pura-pura bodoh Edmund. Mulai detik ini dan mulai saat ini, jangan pernah tunjuk muka kau depan aku dan anggap je yang kita ni tak pernah kenal. " Bella Najwa bersuara tegas. Beg yang berada di lantai itu segera diambilnya.

"Tch, it's funny how people apologize and do the same shit. Oh yaa aku lupa.. Sebab syaitan macam kau ni memang takkan pernah berubah! " sambung gadis itu lagi sebelum melangkah kaki keluar dari situ.

Edmund Carl masih diposisi yang sama. Dia hanya melihat gadis kesayangannya berlalu pergi tanpa menghalang.

Dia sakit. Sakit dengan kata-kata yang dilontarkan oleh gadis itu.

Dia beralih pandangan pada kotak cincin berwarna merah yang berada di atas katil. Lelaki itu tersenyum sinis sambil menahan air mata yang berada di tubir matanya.

"Nobody wants me. Not even myself.. "

---

"Bella.. " suara kuat Fayyadh menyentak lamunan Bella Najwa. Dia yang sudah berada dimuka pintu selama lima minit itu terpaksa bersuara deras memandangkan gadis itu ralit termenung.

"Khusyuk termenung nampak. Teringat apa tu? " Fayyadh cuba berborak kosong dengan gadis itu.

"Nothing.." hanya balasan ringkas diberikan.

"Jom turun makan. Aku ada masak sikit. " Fayyadh mengajak gadis itu makan. Kening diangkat sebelah apabila tidak mendapat jawapan dari gadis itu.

"Kau masak? Serious lah?! " Bella Najwa menyoal lebih kepada memperli.

Fayyadh berasa lega melihat senyuman yang berada pada wajah gadis itu. Sudah lama senyuman itu hilang. Walaupun tidak terlalu lebar, tapi sekurang-kurangnya ada laa juga.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now