08 '

55.3K 2.8K 315
                                    

Wajah Bella Najwa bertukar pucat selepas mendapat panggilan dari pihak hospital.

Suara ketua unit jabatannya masih terngiang-ngiang di pendengaran. 

"Hello Doktor Bella Najwa! Kamu datang ke hospital sekarang! "

Belum sempat Bella Najwa menjawab, panggilan sudah dimatikan.

Tergesa-gesa Bella Najwa mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar. Sehingga mummy nya pun, dia tidak sempat untuk maklumkan.

Pedal minyak ditekan kuat. Dia memecut keretanya pantas. Dalam hati sudah beristighfar panjang, takut perkara buruk berlaku.

Setelah sampai dihospital, dia memarkir kereta di tempat yang telah disediakan untuk doktor-doktor pakar.

Kaki berlari pantas menuju ke bilik ketua unit. Doktor-doktor dan para jururawat memandang Bella Najwa aneh. Segala sapaan mereka diabaikan Bella Najwa.

Apa yang ada didalam fikirkan gadis itu sekarang ini hanya lah mengenai pesakit yang dibedah nya semalam.

Setiba sahaja Bella Najwa di hadapan bilik ketua unit, dia menarik nafas panjang. Tangan memulas tombol pintu perlahan.

Jelas kelihatan muka ketua unitnya yang bernama prof. Ishak. Muka lelaki itu sangat bengis membuatkan wajah Bella Najwa pucat.

"Kamu tahu apa salah kamu? " soal prof Ishak kepada Bella Najwa.

Bella Najwa hanya geleng tanda dia tidak tahu.

"Kamu jalankan pembedahan ke atas pesakit tanpa meminta izin keluarganya dulu! Dan pesakit tu under doktor Erin. Suka hati kamu je kan! Kamu fikir ni hospital bapak kamu ke?! " prof Ishak memarahi Bella Najwa di atas kesalahan gadis itu.

"Dan lebih teruk lagi, pesakit yang kamu bedah tu sekarang berada di ruangan ICU. Ingat doktor Bella, kalau jadi apa-apa ke atas pesakit tu, kamu harus bertanggungjawab. " sambung prof Ishak lagi sebelum orang tua itu melangkah pergi dari situ.

Bella Najwa terkedu. Tubuhnya kaku. Dia tidak menyangkakan semua ini akan berlaku. Niatnya baik, dia mahu selamatkan nyawa orang. Tetapi dia mengaku yang cara dia salah.

Gadis itu terduduk sambil menangis teresak-esak. Dia takut. Jika pesakit itu mati, dia boleh dipenjarakan..

♚♚♚

"Semua settle boss. Sekarang pesakit tu ada dalam icu. " seorang lelaki di dalam likungan 30-an bersuara.

"Good. Make sure kau pantau keadaan kat sana. " Edmund Carl bersuara. Dia tersenyum sinis. Puas hatinya dapat mengenakan perempuan itu. Walaupun nyawa seseorang menjadi taruhan, dia kisah apa. Janji rancangannya berhasil.

Edmund Carl memakai jam di pergelangan tangan kirinya. Jam yang berjenama Tag Heuer dikenakan dengan baju berjaket dan seluar berwarna hitam.

Kunci kereta yang berjenama volkswagen diambil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kunci kereta yang berjenama volkswagen diambil. Kaki melangkah menuju kearah kereta volkswagen merahnya.

Kereta dipandu menuju ke hospital. Niatnya kesana hanyalah satu. Ingin melihat wajah Bella Najwa. Pasti gadis itu sedang menangis teresak-esak sekarang. Edmund Carl tersenyum sinis.

Setibanya lelaki itu dihospital, dia terus melangkah masuk ke bahagian kaunter pertanyaan.

"Excuse me, ada nampak doktor Bella Najwa tak? " soal Edmund Carl kepada salah seorang staff nurse yang bertugas di situ.

"Ermm tak silap saya, dia ada dekat tingkat tiga tadi.. " nurse itu menjawab soalan Edmund Carl. Suara sengaja dimanjakan dihadapan lelaki itu.

"Thanks. " jawab Edmund Carl sepatah. Kaki melangkah laju menuju ke tingkat tiga.

Sewaktu didalam lif, Edmund Carl terdengar perbualan antara doktor dan staff nurse yang membicarakan mengenai kes Bella Najwa.

Cepat betul khabar angin tersebar. Ada yang mengatakan Bella Najwa diberhentikan kerja. Ada juga yang mengatakan bahawa Bella Najwa akan dipenjarakan.

Edmund Carl yang mendengar semua khabar angin itu tersenyum ceria.. Plan nya untuk mengenakan gadis itu berhasil.

Tetapi Edmund Carl masih belum puas. Suatu nilai kepuasan baginya adalah melihat gadis itu melutut merayu kepadanya.

Yes he's cruel. Cruel than a monsters..

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now