26 '

55.1K 2.5K 223
                                    


10.36 p.m.

Suasana di KLIA agak lenggang pada waktu itu. Cuma ada beberapa penerbangan sahaja lagi yang akan berlepas.

Bella Najwa menarik bagasinya sambil tangan memegang erat buku merah.

Dia mengenakan pakaian yang simple sahaja ketika itu. Hanya tshirt putih dan sweater berwarna pink serta slack jeans berwarna hitam. Sangat kontra dengan kulitnya yang putih melepak itu.

Gadis itu melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan sementara menunggu waktu berlepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Gadis itu melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan sementara menunggu waktu berlepas.

Dalam otak gadis itu sudah berfikir kemungkinan yang bakal terjadi. Adakah Edmund Carl tipu padanya? Dia juga tidak pasti dengan lelaki itu.

"Mummy kau ada kat Brunei sekarang ni. " Edmund Carl bersuara. Mata gadis itu ditenungnya dalam. Jelas terpancar sinar harapan buat gadis itu.

"Liar." Bella Najwa tidak percaya. Yaa dia berharap , tetapi susah untuk dia mempercayai lelaki itu. Setelah apa yang dia lalui, dia sudah serik.

"It's up to you then." Edmund Carl bersuara dingin dan terus melangkah keluar dari kedai itu.

♣♣♣

Edmund Carl membuka jaket hitamnya apabila dia tiba di bilik. Tubuhnya direbahkan diatas katil.

Bella Najwa.

Lelaki itu tersenyum. Sudah dua bulan dia tidak melihat wajah gadis itu. Makin cantik. Melihat wajah gadis itu sahaja sudah mampu membuat dia tersenyum.

Ting ~

Satu notifikasi masuk dalam telefon Edmund Carl. Lelaki itu malas malas sahaja ingin membukanya kerana dia tahu ia pasti mengenai kerja di syarikat papanya yang tak pernah habis itu.

Sudah sebulan Edmund Carl berkerja di syarikat Carl's holdings sebagai COO syarikat. Dan sebulan itu juga la dia dah tak pegang pistol mahupun pisau. Tetapi semua aktiviti mafianya masih di ambil tahu dan berjalan seperti biasa. Semua itu diambil alih oleh anak buahnya memandangkan dia tersangatlah sibuk.

Jay:
I saw ur future wife at airport just now.

Edmund Carl terus bangun dari pembaringannya apabila membaca mesej daripada jay memerangkap salah seorang anak buahnya.

Sekali lagi lelaki itu tersenyum. Bella Najwa masih percaya padanya.

Cepat sahaja lelaki itu melangkah menuju keluar. Kunci kereta dicapainya dan terus menuju ke kereta BMW yang baru sahaja dibelinya. Selepas kerja di Carls holdings, makin kerap pulak dia tukar kereta.

Kereta dipandu dengan kadar yang maksimum. Segala tiket penerbangannya disuruh Jay yang uruskan.

Jam menunjukkan pukul 10.50 p.m. lagi 10 minit sahaja penerbangan itu akan berlepas.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now