14 '

53.9K 2.7K 258
                                    

Doktor Arfan menunggu kehadiran Bella Najwa di sebuah kedai coffee yang berhampiran dengan hospital.

Cawan yang berisi coffee sejenis latte dihirupnya perlahan. Sesekali jam di tangan dipandangnya. Janji mahu bertemu pukul 10 pagi, tapi jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.30.

Seketika kelihatan figura seorang gadis yang berpakaian dengan dress bewarna pink muncul dimuka pintu kedai. Rambut gadis itu yang serabai menyapa mata doktor Arfan.

"Sorry im late" Bella Najwa bersuara dengan tercungap-cungap. Rambutnya yang serabai diikat dengan gaya ponytail.

Doktor Arfan tersenyum melihat telatah gadis itu.

"It's okay. Have a seat. " Doktor Arfan bersuara sambil tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipitnya yang dalam itu.

"I dapat bad news from pihak hospital tadi. " suara Bella Najwa kedengaran lemah. Mukanya ditundukkan sedikit.

"What's it? "

"Pihak keluarga patient tu saman i. I kena bayar saman sebanyak rm10000 and if not i akan dipenjarakan selama 10 tahun.. I don't know.. what should i do right now? I takde duit sebanyak tu.. " Bella Najwa merengek perlahan. Mukanya kelihatan merah menahan diri dari menangis.

Doktor Arfan juga terkedu mendengar jumlah yang dikatakan oleh Bella Najwa sebentar tadi. Dia bukannya kaya sangat pun nak tolong sampai banyak tu. Gajinya sebagai doktor hanya cukup untuk menampung ibu dan adik adiknya dirumah. Jadi bagaimana dia mahu menolong gadis malang itu? Doktor Arfan turut buntu dan berasa simpati kepada Bella Najwa.

"Take a breath bella. Inshaallah semua ini akan ada jalan penyelesaiannya. Kita ikhtiar sama-sama ok? " doktor Arfan bersuara untuk menyedapkan hati gadis itu. Padahal dia sendiri tidak tahu mahu ikhtiar dengan cara yang bagaimana.

Disebalik dinding kaca cafe itu, terdapat seseorang yang memerhati dengan hati yang puas. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Like what i said in the past.. I'll make sure u kneeling in front of me. "

♣♣♣

"Assalamualaikum makcik.. " Bella Najwa bersuara menegur salah seorang daripada ahli keluarga pesakit itu.

Tangannya dihulur tanda ingin bersalaman. Biasalah adab orang Melayu jika ingin bersalam-salaman. Namun huluran tangan itu hanya diabaikan oleh makcik tersebut. Malah dibalasnya Bella Najwa dengan satu jelingan.

"Tak payah nak acah baik. Kau bayar rm 10000 , masalah settle. " kali ini suara seorang lelaki yang berusia dalam 40-an pula bersuara. Rokok yang berada diantara jari di isapnya kemudian dihembus tepada pada muka Bella Najwa membuatkan gadis itu terbatuk.

Dia datang dengan cara yang baik tetapi dilayan seperti seorang pengemis. Tetapi Bella Najwa tetap tidak mahu mengalah.  Dia harus meminta budi bicara dari keluarga itu. Jika boleh diturunkan sedikit harga saman, dia pasti boleh membayarnya.

"Saya nak mintak budi bicara makcik dan pakcik untuk turunkan sedikit harga saman. Sebab saya tak mampu nak bayar sampai rm 10000 tu. Harga tu terlalu tinggi untuk saya jelaskan. " Bella Najwa kuatkan diri untuk bersuara. Kawasan kedai makan yang agak sunyi itu merisaukan hatinya. Yelah, muka makcik dan pakcik tu seperti mahu memakannya hidup-hidup saja sekarang ni.

"Kepala hotak kau nak turunkan harga. Ouhh pandai pulak kau nak cakap pasal mampu tak mampu!  Time kau bedah anak aku tu kau tak fikir pulak yang kau tu mampu ke tak mampu? Eh kau ni memang bangsat laa! " makcik tua itu mengherdik bella najwa kuat. Tidak cukup dengan herdikan, kini rambut Bella Najwa pula menjadi mangsa untuk makcik itu lepaskan geram.

"Aduhh sakit makcik! Sakit! Tolonglah lepas. " Bella Najwa merintih kesakitan.

Beberapa orang yang melihat kejadian itu hanya mendiamkan diri kerana malas mahu masuk campur urusan orang lain.

"Bodoh lepaslah sial! " kali ini kedengaran herdikan seorang lelaki pula. Tubuh makcik itu ditolaknya kuat sehingga jatuh tersungkur orang tua itu dibuatnya.

"Kau nak sangatkan rm10000 tu? Haa nah ambik!! " sebuah cek yang bernilai rm 10000 dilempar kearah pakcik tua yang sedang menolong isterinya bangun.

"Lepas ni aku taknak korang ganggu lagi perempuan ni! Korang faham tak? " sekali lagi lelaki itu menengking. Kedua-dua makcik dan pakcik itu hanya mengangguk ketakutan sambil mengutip cek yang dicampak tadi.

Tubuh Bella Najwa dicempung oleh lelaki itu membuatkan Bella Najwa meronta kuat.

"Kau duduk diam-diam sebelum aku campak kau kat dalam longkang besar tu. " lelaki itu memberi warning kepada Bella Najwa membuatkan gadis itu tidak berani untuk melawan. Kerana dia tahu, jika dia melawan, lelaki itu akan buat seperti apa yang dikatakannya tadi.

Kerana dia adalah Edmund Carl.. Jadi jangan dibuat main dengan lelaki ini.

Tubuh Bella Najwa dicampak kedalam kereta membuatkan gadis itu mengaduh perlahan.

Edmund Carl memandu keretanya laju tanpa menghiraukan Bella Najwa yang asyik bertanyakan soalan dari tadi.

"Awak! Kita nak pergi mana ni?! "

"Ish awak dengar tak ni?! "

"Awak! Saya cakap dengan awak ni! "

"Awakkk!! " Bella Najwa tidak berputus asa menyoal kepada lelaki itu.

"Kau diam sebelum aku cium kau! " hanya dengan satu ayat ni sudah mampu menutup mulut Bella Najwa yang bising itu.










I'm felt so guilty right now bcs of my late updates 😥 sorry gais ,sis busy gila sekarang ni so takleh nak update kerap².. Ni pun sis curi² masa nak update to u gais 😭 sorry yaa gais?  I love you with all my heart ❤ thankyou sebab support story merapu sis ni 😘

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now