32 '

47.2K 1.9K 180
                                    

"Assalamualaikum! Mimi oooo mimi!"

Sudah 10 minit Bella Najwa memberi salam. Punat loceng juga tidak henti ditekan dari tadi, namun rupa tuan rumah masih tidak kelihatan.

"Ish mana Minah ni! Call tak angkat, bagi salam tak keluar.. " Bella Najwa mengomel sendirian.

Kakinya sudah kebas bediri dari tadi. Sudah lah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa selama lima jam.

Bella Najwa akhirnya duduk bercangkung sambil menghadap rumah mimi yang boleh dikatakan agak mewah.

"Hm cantiknya rumah makcik ni.. Tak hairanlah.. Bapak CEO.. Tapi aku pelik, kenapa laa anak dia tak kerja dengan syarikat bapak dia je.. " Bella Najwa sekali lagi bermonolog sendirian. Jika orang tengok, mesti disangkanya sudah gila.

Lima minit bercangkung, akhirnya kelihatan sebuah kereta putih berhenti betul-betul ditepi dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima minit bercangkung, akhirnya kelihatan sebuah kereta putih berhenti betul-betul ditepi dia.

"Woiiii rindu!!!!! " gadis itu melulu keluar dari kereta dan merangkul tubuh Bella Najwa erat.

"Sorry babe, battery fon aku habis.. Hang lama dah ka sampai? " mimi masih memeluk tubuh gadis itu sambil kepala disandarkan pada bahu Bella Najwa.

"Hahaha tak lama pon, sejam je.. " Bella Najwa bersuara seolah-olah merajuk. Tangan di silang tanda protes. Eee mengada.

"Sorry laaa, aku lupa sangat sangat yang hang nak mai harini. Tudiaa laa sapa suruh hang tak peringatkan aku pagi tadi. Hang tau kan aku ni jenis pelupa. " kini giliran mimi pula membebel sambil mencekak pinggang.

"Erm kita memang nak berkhemah dan melakukan aksi musahaqah ni kat luar ke ? " Bella Najwa yang sememangnya lenguh lutut itu mula bersuara.

Mimi hanya tersengih sambil mengaru kepala.

"Heheh jom la sambung kat dalam.. Hang parking kereta hang tang situ naih. " jari mimi menujuk tepat kedalam garaj kereta miliknya. Muat muat untuk menempatkan dua biji kereta.

"Mai laaa masuk. Rumah aku tak besaq mana pon. Aku harap hang selesa laa noh. " mimi bersuara sambil menarik luggage Bella Najwa ke ruang tamu.

"Ni kau kata tak besar? Bapakkk ahh, rumah kau nak ada sepuluh orang anak pun lepas ni! " Bella Najwa melopong melihat ruang tamu gadis itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now