27 '

51.8K 2.4K 217
                                    

"Mama ed nak gula-gula kapas tu boleh? " anak kecil yang berumur 8 tahun itu bersuara. Lengan mamanya digoncangkan sedikit sambil menunjukkan riak wajah yang comel.

"Please... " budak itu bersuara lagi apabila mamanya tidak membalas. Mulutnya di muncung tanda minta simpati.

"Hehe jom! Ed nak perisa apa? " mamanya menjawab sambil senyum. Sengaja dia jawab lambat kerana suka melihat muncung mulut anak lelakinya itu.

"Strawberry! " anak kecil itu menjawab riang. Dia berlari lari anak menuju ke kedai gula-gula kapas yang terletak dihujung jalan.

"Ed tunggu mama sayang. Jangan lari nanti jatuh. " wanita itu bersuara kepada anaknya. Dia turut memperlajukan langkahnya untuk mendapatkan anaknya itu.

Dalam ketika dia mendapatkan anaknya itu, matanya tertangkap pada sebuah kereta hitam yang seperti hilang kawalan yang berada di bahu jalan.

"Edmund...!! " wanita itu menjerit kuat apabila kereta hitam itu menuju ke arah anaknya yang berada di pinggir jalan.

"Mama! " kini giliran anak kecil itu pula menjerit apabila melihat tubuh mamanya penuh dengan darah.

Tubuhnya yang tercampak ketepi dek ditolak oleh mamanya tadi bangun menghampiri wanita itu. Tangisannya yang kuat memecah kesunyian di jalan raya yang lenggang itu.

Orang ramai mula mengerumuni wanita itu. Turut simpati dengan apa yang mereka lihat.

Langit juga seperti turut bersimpati dengan kejadian itu. Langit yang mendung dan bunyi guruh yang kuat mendatangkan kegerunan pada jiwa anak kecil itu.

Dia tidak faham apa yang terjadi. Dia berlari, kemudian mamanya menolak dia kuat. Dia kalih belakang terus penuh darah.

Dia terkedu dan tidak boleh berfikir. Pada umur itu, apa sangat yang dia boleh fikir bukan? Semuanya berlaku dengan tiba-tiba.

Guruh yang tidak henti-henti berdentum itu makin membuatkan anak kecil itu tidak tentu arah. Dia berusaha menutup kedua belah telinganya namun bunyi itu masih jugak kedengaran.

♣♣♣

"Mama!! " Edmund Carl menjerit kuat. Dia bangun dari pembaringannya.

Sekali lagi mimpi buruk itu datang menjengah. Namun situasi itu bukan mimpi, ia realiti. Realiti yang harus dia lalui banyak kali. Seperti dejavu.

Dia asyik salahkan dirinya atas kematian mamanya. Sungguh dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri.

Edmund Carl mengusutkan rambutnya. Di kalih pandangannya pada sisi. Kosong. Where's that girl?

Seketika terukir sedikit senyuman pada bibirnya. Dia teringat akan situasi semalam. Situasi dimana bella najwa menenangkan dia. Dan situasi erm... Dia tidur dalam pelukan gadis itu? Haa mula laa perangai ulat bulu dia tu nak datang.

Terbit perasaan teruja apabila gadis itu mulai kisah tentang dirinya. hatinya berdebar. yaa dia sangat cintakan gadis itu dan dia akuinya. she was my drug, and i overdose.

----

bella najwa terkebil kebil memandang langit Brunei. gila, sungguh gila. mana mungkin dia dapat mencari mummy nya dalam masa terdekat dengan keluasan kota Brunei ni. hampir mustahil buatnya kerana dia tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan mummy nya.

namun muka tekad gadis itu membuktikan segalanya. dia tidak akan mengalah walaupun dia sendiri tahu yang kebarangkalian untuk dia jumpa hanyalah 1/10.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now