34 '

44.1K 2K 210
                                    

"Zaf, thanks tau sebab tolong gantikan  on call I semalam. I pon terkejut tiba-tiba mak i call cakap dia sakit. "

"Is ok lah , I tolong mana yang I mampu. So condition mak you macam mana sekarang? " Dr zafrael duduk di sebelah Dr Mia.

Aku yang mengemas kotak-kotak di atas meja itu terus memasang telinga dari tepi.

Dr Mia tersenyum manis. Ayu sahaja wajahnya yang dilitupi dengan tudung bawal itu. "Alhamdulillah Mak I dah okay. I banyak terhutang budi dengan you Zaf. "

"You kawan I Mia. Tak payah laa nak rasa macam tu. Just belanja I Milo je japgi . " Aku terkejut mendengar tawa kecil terbit dari bibir lelaki itu.

Dia dengan aku, muka tu bukan main ketat lagi. Dengan orang lain bukan main mesra. Siap gelak ketawa lagi. Yelah, siapalah aku ni. Hanya seorang Bella Najwa yang kesepian.

"Dr Bella. Jom lah join kami lunch. " Dr Mia menegur aku. Dr Zafrael yang disebelahnya itu hanya memandang aku tanpa riak.

Kalau ye pon tak suka aku, jangan laa tunjuk sangat muka tu. "Eh takpe lah, Dr pergi laa dulu. Saya ada kerja lagi yang nak kena settle ni. "

Aku berpura-pura sibuk menyusun barang di atas meja itu walaupun semuanya sudah siap di kemas.

"Alaaa kejap lagi laa kemas tu. Sekarang time lunch, Dr pon kena jaga kesihatan tau. " Dr Mia tersenyum ikhlas.

Haih, dia buat aku jadi serba salah. Aku menganggukkan kepala sambil membalas senyumannya. Dr Zafrael yang berada disisi Dr Mia itu aku abaikan.

***
Suasana di kedai makan itu sangat janggal bagi aku. Setiap soalan yang keluar dari mulut Dr Mia aku jawab sepatah dua je.

Aku bukan jenis introvert, tapi pandangan Dr Zafrael buat aku jadi tak selesa.

"Bella stay dengan siapa dekat sini ? "

Dr Mia mengajukan soalan. Aku perasan yang dia tidak suka akan suasana yang sepi. Sebab tu dari tadi dia asyik menanyakan soalan.

"Saya stay dengan kawan dekat sini. "
Aku menjawab soalannya ramah.

"How about your parents? Diorang tak stay sekali dengan you? " sekali lagi wanita itu menyoal.

Aku menelan air liur kasar sambil mengukir senyum nipis. "Diorang dah takde. "

Tiba-tiba suasana menjadi janggal. Dr Zafrael yang dari tadi khusyuk menjamah nasi gorengnya turut memandang ke arah aku.

Pandangan mereka berdua, pandangan simpati. Dan aku benci pandangan itu.

"Sorry.. I takde maksud.. " wajah Dr Mia kelihatan serba salah.

"Eh takpe, saya tak kisah pon. " aku cuba untuk tersenyum. Air teh o ais aku sedut perlahan cuba untuk menghilangkan gugup.

Beberapa saat kemudian bunyi panggilan masuk pada telefon Dr Mia.

"What? " gadis itu menyoal dengan nada yang terkejut.

Dr Zafrael yang disebelahnya sudah menyoal kerisauan. Jelas yang lelaki itu sangat prihatin terhadap Dr Mia.

"Sorry guys, i need to go. My mom tiba-tiba collapse. "

"Biar I hantar you. " Dr Zafrael sudah berdiri sambil mengambil kunci keretanya.

"Eh no no. Adik I datang ambil kejap lagi. You balik hospital dengan Dr Bella dulu ok. Nanti apa-apa I inform dekat you. "

Aku dengar keluhan berat di bibir Dr Zafrael. Dia hanya mengangguk dan membiarkan Dr Mia pergi.

Dan sekarang ni aku menyesal sebab tak naik kereta asing. Dr Mia lah yang beria ajak naik kereta sekali tadi.

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now