TUMPANG PROMOTE

2.8K 82 7
                                    

Bukan Aku Suami Kau isteri Update ya.

Saya nak promote ebook latest saya

"Wafa, aku nak minta tolong kau boleh?" naufal bertanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wafa, aku nak minta tolong kau boleh?" naufal bertanya.

"Minta tolong apa? Selagi aku boleh tolong aku tolong, cakaplah," balas Wafa.

"Kahwin dengan aku,"

Permintaan Naufal membuatkan Wafa terkejut. Jantungnya mula berdebar-debar.

"Kenapa tiba-tiba?"  Wafa bertanya. Nada suaranya perlahan.

"Sebab mummy aku nak aku kahwin. Dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia kalau aku tak ada calon lagi. Wafa tolong aku. Kau tahu kan aku sukakan Syira. Tapi Syira tak ready lagi nak kahwin,"

Kata-kata Naufal ibaratkan pisau belati yang menghiris tajam hati Wafa. Setelah 4 tahun, dia memendam rasa pada kawan baiknya itu, walaupun selama ini hatinya selalu pedih melihat Naufal dengan perempuan lain. Ini kali pertama dia betul betul rasa hatinya sangat terluka.

"Kenapa aku?" Wafa bertanya. Perasaan  kecewa disembunyikan.

"Sebab kau kawan baik aku," alasan Naufal mengundang amarah dalam hati Wafa.

"Wafa please. Kita kahwin sekejap je. Setahun ke. Sementara tunggu Syira ready untuk terima aku. Please. Aku tak nak kahwin dengan pilihan mummy aku sebab aku tahu, susah nak bercerai nanti,"

Wafa terkilan. Dia benar benar sedih. Naufal tak pernah melihatnya lebih dari seorang kawan.

"Kau nak jadikan aku scapegoat kau?" Wafa bertanya sinis.

"Ala Wafa. Bukan macam tu. Please Wafa. Dengan kau je aku selesa," Naufal merayu. Wafa menghela nafas lemah. Kalau masuk bab Naufal dia selalu tidak boleh menolak. Entah kenapa hatinya selalu lemah bila dengan Naufal.

"Tengoklah nanti aku fikir,"

Naufal terus bersorak riang.

**

**

Dalam tempoh setahun Wafa dan Naufal berkahwin, mereka masih sama. Seolah-olah hubungan mereka hanya sekadar sebagai kawan baik bukan sebagai suami isteri. Namun dalam tempoh itu juga, Naufal dan Wafa mengenali sesama mereka. Naufal mula lihat Wafa dari segi lebih daripada seorang kawan. Mana tidaknya Wafa selalu ada dengannya. Ketika susah dan senang.

"Kau okay tak?" Wafa bertanya melihat wajah kelam Naufal.

"Syira masih tak ready nak terima aku. Dia minta aku bagi masa setahun lagi," Naufal mengeluh. Wafa diam. Maknanya dia hanya ada lebih kurang setahun sahaja lagi untuk buat Naufal jatuh cinta padanya.

Wafa sebagai isteri usaha untuk buatkan Naufal sayang padanya dan bukan Syira. Dan layanan Wafa yang tulus sedikit demi sedikit melembutkan hati Naufal. Namun akibat keliru dengan perasaan sendiri, Naufal tanpa sengaja telah melukaka hati Wafa.

"Kau masih sayangkan Syira?" Wafa bertanya takut takut. "Syira cakap dengan aku, dia dah ready nak terima kau," sambung Wafa lagi.

"Boleh tak kita cakap pasal benda lain kali?" Naufal yang ketika itu sedang keliru berkata. Fikirannya bercelaru.

"Naufal. Aku tanya tolong jawab," Wafa menggesa. Naufal tarik nafas berat.

"Wafa. Kau jangan tanya aku pasal ni boleh tak? Jangan serabutkan kepala aku," marah Naufal.

"Aku ada hak Naufal. Aku isteri kau," Wafa juga naik angin.

"Isteri sementara! Kau dah lupa?" Naufal tengking Wafa. Wajah Wafa terus berubah. Kali ini dia tidak sembunyikan perasaan sedih dan kecewanya di hadapan Naufal. Biarlah Naufal tahu betapa sakit dan terlukanya dia ketika itu.

"Jadi bila kau cakap kau nak teruskan hubungan ni dekat aku tu semua tipulah kan,__" Wafa ketawa kelat. Dia meraup muka. Air matanya mula bertakung di kolam mata. Pedih Ya Allah. Sangat pedih.

Naufal pula tercengang. Dia tiada niat untuk tengking Wafa. Dia cuma penat ketika itu.

"Wafa,. Aku_" Naufal cuba menyentuh tangan Wafa tapi Wafa elak.

"Aku penat Naufal. Penat. Empat tahun aku pendam perasaan aku dan selama kita kahwin aku ingat kau dapat bukak hati kau untuk aku. Tapi aku salah. Hati kau hanya untuk Syira," air mata Wafa akhirnya mengalir. Hatinya betul betul lelah. Lelah dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Wafa tarik nafas mengumpul kekuatan untuk menyebut perkataan seterusnya.

"Lepaskan aku,"

"Wafa," Naufal cuba sekali lagi untuk memaut tangan Wafa. Wafa geleng kepala. Dia tidak mahu Naufal menyentuhnya ketika itu.

"Lepaskan aku. Aku penat. Cukuplah enam tahun aku korbankan masa dan hati aku untuk rebut hati kau. It's time for me to let go of you. No--" Wafa ketawa kelat. Air matanya makin laju. Biarlah Naufal anggapnya gila sekalipun ketika itu. Dia tidak peduli.

"You were never mine to begin with," Wafa berkata sinis.

**


EXTREMELY CLICHE
20 CHAPTERS ONLY
ONLY A BIT OF ANGST.
HARGA RM2

INI CERITA PENDEK YA. KALAU ADA LONGKANG, SEBAB DIA CERPEN.

BERMINAT BOLEH WHATSAPP SAYA

0198042021 ATAU TEKAN LINK WS DI PROFILE.

TERIMA KASIH.

SORRY GANGGU. EHEKS.


****

P/S: SAYA akan gunakan platform wattpad untuk promote ebook. Bagi yang save story saya, maaf kalau spam okiess.

Happy ramadan.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now